Assalamualaikum.
biar saya perkenalkan diri. Saya kerengga. haah. yang warna merah2 tu. kalau kena gigit memang terasa pedih dan sakit. yep, hari ini hari pertama kerengga di sini. kerengga dijemput masuk oleh segerombolan spesis semut untuk join sarang mereka yang sangatlah best. kerengga rasa mereka ni hebat sebab boleh bersatu hidup in harmony walaupun bukan dari keluarga yang sama.
nak dengar cerita kerengga?
suatu hari, kerengga jalan2. sejuk juga di sini. menyesal tak pakai sweater bila keluar dari rumah tadi. dan kerengga tersesat masuk ke lorong mana entah dan tiba2 tanah menjunam ke bawah. kerengga jatuh tergolek. dah bangun semula, kerengga pandang ke hadapan. eh, terasa masuk ke dunia yang lebih kecil, dunia yang baru. Bukan sahaja lebih gelap dan penuh lingkaran lorong2 tapi sangat2 mengelirukan. Kiranya kalau salah masuk maka sesatlah kerengga nanti.
Tapi seketika di akhir lorong, kerengga terjumpa gerombolan semut2 yang kerengga cerita kat atas tadi. semuanya sedang duduk di atas dipan2 yang indah. menjamu air2 dari piala yang bercahaya. kerengga terpaku. wah, nak join bole ?! semut2 itu terus menyambut kedatangan kerengga, memeluk kerengga erat dengan senyuman yang tak pernah lekang. sejak hari itu, kerengga tak mau keluar dari kelompok sarang ni. inilah rumah kerengga yang sebenar!
dan terima kasih Allah yang menunjukkan jalan yang kerengga ingat sesat pada mulanya sebagai jalan yang paling, paling benar.
ramai lagi keluarga kerengga akan datang menulis coret isi hati. dan mereka semuanya hebat2. dan kerengga mahu jadikan diri ni hebat macam mereka. bila dah mampu upgrade, nak jadi macam sahabat2 kerengga yang pernah hidup zaman Mekah Madinah dulu. Tak terkata hebatnya. entah berapa banyak sarang yang berjaya mereka buat di seluruh dunia. kerengga kagum dan beriman.
sebelum kerengga tutup cerita, kalau boleh nak kongsi satu ayat yang amat..amat menyentuh hati kerengga sejak dulu..
'Katakanlah, "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu imbalan pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan". '
[Asy-Syura:23]
[Asy-Syura:23]
sekian.
No comments:
Post a Comment