Sunday, February 28, 2010

Saturday, February 27, 2010

Permata

Bismillah,

Telah pasti apa yang tidak pasti.
Permata ini yang dicari.
Betapa butanya hati ini.
Dia begitu hampir sekali.
Hanya perlu sentuhan sang murobbi.

Ya Rabbul Izzati.
Giliran aku kini.
Melengkapkan diri ini.

Ya Rabbul Izzati,
Kuatkan diri ini,
Sabarkan diri ini,
Sentiasa dekati diri ini.

Pesan murobbi masih tersemat di memori,
"Mad'u itu seperti lampu. Hanya perlu dipetik suisnya."

rindukah tanah itu pada aku

(rentetan puisi karya smerah)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Pemurah..

saat-saat aku berpisah dengan tanah itu.
airmata bercurahan. kesedihan.
piluku andai kalian tak ku jumpai lagi
terbangnya aku,
tinggi.
ke satu daerah asing
membawa segenggam benih dakwah.
hasil kajian dan research 2 tahun,
selamaku di malaya.
berkualiti atau tidak, aku tak tahu.

'jangan lupa, nak kirim perfume' pesan kaklong.
Ingat lagi aku, dia mahu brand yang best-best.
'asalkan wangi tauu' suara kaklong terngiang2.
aku diam.
bukannya tiada perfume di malaya, bisikku.
mungkin mahu perfume berbau angin winter dan bunga agaknya.
baik kaklong, aku sentiasa ingat rindumu itu.
mungkin kubawa pulang satu atau dua untukmu.

saat bersalaman dengan nenek tuaku,
ku lihat berkedut seribu tangannya.
Sudah lama hidupnya.
Dia memelukku erat. bak anak kecil padaku.
bisik2 rahsia kami dia sampaikan dengan luhur sekali.
'jangan lupa baca Yasin,
ingat Allah,
jangan tinggal sembahyang' pesannya.
dan bila aku menuruni escalator,
dia memangku dagunya dengan tangan pada palang besi,
matanya semacam menghantarku. sayu. sekali.
Rindukah nenek padaku?
Doakan aku, nek. biar tak hanyut aku di sini.

seremban.
bau angin sana tiada apa. Kotor hidungku dek asap bas dan teksi haram,
yang tiada segan menindasku dengan tambang melambung,
meski bunyi gesek pintu dan tingkap selalu membingit.
terutamanya kala bas bergerak laju menuruni bukit.
Ah, selamat jugak aku harini, dengan bas tua ini.
teksi juga, andai disoal mengapa mahal?
'ah, kami juga mau carik rezeki dik..' ucapnya tipu.
kalian mahu menindasku sebenarnya.
tapi.
masih rindukah mereka padaku?
pulangnya aku nanti pasti tak banyak yang berubah.
pakaian anak mudinya, pasti masih sama.
berbaur akhlak yang rosak.
rindukah mereka padaku?
Jika ya, aku pula..bersediakah menabur benih dakwah di petak malaya nanti.
aku kaku. Tak tahu.

di bilik-bilik nostalgia itu
benar2 memukul dan merotanku,
menjadi lebih dewasa.
murobbi, mad'u, muntij. istilah2 baru yang kupelajari, kuimani.
bersamamu kalian aku menjadi dewasa.
semua cela sama2 kita buang.
tapi. rindukah bilik itu pada kita?

aku benar2 rindu pada masakan saat itu.
ikan bilis, nasi dan kicap bercili api cuma.
'sedapnya, tapi tahan pedas ke?' gerun aku melihat cili api dimacam begitu sahaja.
dulang beberapa kerat itulah memori kita,
mana ya dulang2 tu sekarang?
beras, telur, mayonaisse, oligo coco yang kita beli.
pencetus resipi telur separa masak yin,
sandwich berlada hitam angah,
nasi gebu tipah,
air panas coklat aisha.
rindu untuk mencicip sedikit air coklat itu, senyap2.
mencubit sikit sandwich kerna perutku sentiasa lapar.
tapi.
rindukah mereka pada kita?

yang pastinya, aku rindu bangat sama mereka2;nenek, seremban, bilik2ku, bas dan teksi. Sungguh!
kenapa ya, nostalgia itu sungguh menggamit hati pulang?
kerna mereka rindu padaku juakah?
Ya Allah, nekadkan niatku.
moga selamat pulang ke malaya, tanah penuh rahsia itu.
inshaA.

Wednesday, February 24, 2010

betapa aku rindu tanah itu

Bismillah..

Dalam kesejukan angin,
Indahnya butir-butir salji menari ditiup angin.
satu persatu wajah insan yang aku rindu menjelma di ruang hati.
satu persatu kenangan di kampung mengetuk kotak memori.
Bendang itu.
Byk mengajar aku menghadam makna rezeki.
Ingat aku lagi akan memori indah itu.
Petang-petang membonceng motor bersama mama.
meninjau-ninjau bendang itu.
sudah berbuahkah padi?
sudah masakkah padi?

Kesalku.
Cebir aku pada bendang itu.
"Alah mama ni, tak mau la pi tengok petak. jom pi pasar malam!" Bentakku.
"Bosan la. tiap-tiap hari tengok petak. Mama tak bosan ka?" Tanyaku.
"Mama rasa tenang tgk hijau petak ni. sebab tu mama suka mai sini." jawab mamaku. ikhlas.
"Ingat Allah lagi tenang." Jawab hatiku. Angkuh.

Dan seingat aku, kaki ini tak pernah melangkah masuk ke bendang.
Tak pernah merasa sejuknya selut itu semenjak aku menjadi anak gadis.
Geli kataku.
Geli yang dibuat-buat.
"Bendang tu org miskin ja layak".
"Aku bukan miskin".
Bisik hatiku.
Tak dak masa nak pi tengok bendang.
Tak dak masa nak pi tengok mak tok.
kena concentrate study nih.
esok-esok berjaya, boleh jadi org besaq!
hidup senang!

begitu fikiran mentahku berbicara.
Masa meninggalkanku.
Tanpa aku sedar.
Dan aku di sini.
Teringat pada bendang hijau itu.
lembutnya daun padi menari melambai-lambai ditiup angin.
bau jerami dibakar.
dan anak kampung bermain Wau tika musim kering.
dan mak tok yang masih setia dgn kailnya.
Mengail ikan saban hari.
Mengisi hari tuanya.

dan kedua sepupuku yang sgt aku kasihi.
membesar kamu berdua tanpa aku sedari.
betapa kamu berdua yang paling aku risaukan.
bagaimana kamu di hari muka?
apa nasib anak kampung kalau hanya tahu jadi jaguh rempit?
bagaimana mahu membela nasib keluarga?

Dan Ibu saudaraku yg setia menghantar aku ke sekolah saban pagi dengan motor kris merahnya.
Ingat aku lagi, apabila hujan, ke sekolah dengan memakai ponco kuning.
Malu.
Tak macam org lain, berkereta bila hujan.
Ibu saudaraku berhujan bila menunggu aku pulang di luar pagar sekolah.
Namun, aku katakan padanya aku tak pulang petang itu kerana mahu study di library.
Ditambah dengan aku meminta duit poket utk petang itu.
Tanpa sepatah, beliau menghulurkan not 5 ringgit. aku menyalami tgnnya. beliau menghidupkan enjin motor, lalu pulang.
Kerasnya hatiku ini. tanpa belas sedikit pun pada beliau. tanpa menimbangkan sedikit pun perasaan beliau.
"Yeay. boleh makan soto ptg ni,"Senyumku. Puas.

Dan adik lelakiku, yang aku kasihi.
Betapa aku sgt kesal tak pernah menjadi contoh yang baik padanya.
Tak pernah menepati janji pada adik. maafkan kak yin, dik.
Dan adik perempuanku, yang aku cintai.
Betapa aku sgt sedih tak pernah membimbingnya dengan baik.
Tak pernah menunjukkan aku sangat menyayanginya.
Tak pernah memberikan perhatian sepertimana perhatian yang aku berikan pada adik-adik mad'uku.
betapa aku pilih kasih.
maafkan kakakmu ini.

Dan bapak, mama.
seribu perkataan tak dapat diungkapkan.
tak terkira dosa yang bertimbun kepada mama dan bapak.
tak terkira berapa byk keringat mama dan bapak yg dikerah semata-mata mahu menyekolahkan aku.
tak terkira bilangan kali tergoresnya hati kalian dek sifatku yang keras kepala ini.

Ya Allah, Ya Rabb.
Ampunkan dosaku.
Peliharalah mereka.
Lindungilah mereka.
Kurniakanlah rezeki yang baik-baik buat mereka.

Ya Allah, Ya Rahman,
Ampunkan aku atas kerasnya hatiku selama ini, Ya Rahim.
sampaikan rinduku pada mereka, Ya Latif.

yin
~yg sgt rindu pada tanah melayu.


nota kaki: petak=bendang/sawah

Friday, February 19, 2010

bagaimana daie yang down

bismillah..

terlebih dahulu, kerengga panjatkan tulisan agar ini mendapat berkah dariMU ya Allah. agar dengan itu Engkau semakin mahu melimpahkan rasa ke dalam hati-hati kami. agar hati-hati kami menjadi semakin hidup, bangkit dari penjara yang menggoyahkan keimanan ini.

sejak menjak ni kerengga banyak diam. bila kerengga diam, maksudnya ada something that I feel is wrong with myself. boleh jadi study kerengga, makan dan minum kerengga, kesihatan kerengga. tapi kalaulah kerengga risaukan benda2 tu, maka takde beza-nya kerengga dengan kawan2 non-muslim kerengga yang jugak risaukan benda2 yg sama throughout their lives. lately diri menjadi senyap sendiri. aiyo kerengga, what's wrong with you ni? there will be a moment when I think 'takpelah2..semua orang rasa down. biasalah, kan manusia dijadikan sentiasa bersusah payah?'. dan I just ignored it. dengan kepercayaan, 'inshaA, ini norma. sat2 agi naiklah balik iman tu.'. that was what I strongly believed. heehe. so, what I did was I go with the flow. ini principle femes ni! I thought it sounded brilliant, 'GO WITH THE FLOW', dan I take those words, framed it and 'put' it all around me; my room, my dishroom (tempat kerja nie), and I even wore a name-tag of it! Sorry, english version appears.

let's see. cuba biarkan satu sampan kertas hanyut kat sungai. sian dia. terumbang-ambing menahan arus sungai yang terkadang ganas sampai nak dekat terbalik sampan tu pun ada. bila sampai arus yang tenang, punyalah sampan tu relaks habis. and this is when most of us tersilap langkah.

terlalu selesa mengikut arus;

"nak check email la. click! yahoo!mail appears. 'oh, usrah ada sabtu ni jam 8 pagi. ha! 8 pagi? awal mak ai. macam larat jek aku bangun. tengoklah camne..' click! window is closed. takyah reply, orang lain boleh reply.."

"planner dibuka dengan ganas. 'next week ada 2 exams. aiseh, kena fokus habis ni. emak ayah jpa di tanah air menunggu aku dengan harapan menggunung. go aku, go!! *nafas lega* nasib baik takde yang buzz aku tanya pasal usrah ke, tarbiyah benda2 itu. hopefully diorg tak ingat. aku nak fokus study minggu ni and nextweek. kalau tak Allah tak tolong"

"aku oh aku. bila nak tido ni. malunya kalau kawan seusrah tengok apa yang kau tengah tengok kat internet ni. haaha. diorg bukan nampak. Allah? InshA Dia ampunkan bila aku bangun qiam nanti, solat taubat."

suka mendekatkan diri dalam keadaan bahaya;

"ni yang rasa cam nak merajuk nih! kata budak usrah, tapi bahasa..mak ai..kasar habis. sedih aku. oh, kalau camtu nak boikotlah dari balas emails sume. biar diorg rasa kehilangan aku. padan muka"

"facebook, click! photos, click! click, click,click........hensemnya mamat ni. budak skol aku dulu. panjang dah rambut dia. add as a friend, click! yes." (ha..habisla..)

"pintu ditutup. dikunci mungkin. suasana sunyi mengundang memori nostalgia. terasa cam nak fikir pasal orang pulak. ha, orang ini. seusrah, tapi tak pernah support aku. aku tak approve la dia kalau gini sikap dia. orang ini pulak, tak pernah nak cerita kat aku masalah dia. kalau camtu, mana aku nak tau. yang ni, dia camni. terukk. yang sana pulak, gitulah dia. kalau diorg tak bukan benda pelik2, takdenya aku nak berprasangka buruk." (suuzon vs husnuzon)

tamat sekian contoh2 yang extreme. naa..you cannot say that. i really2 mean it when i say it, because before i say it, i seek the bad things in myself. really surprise to see they are there; inside me. astaghfirullah2.

sahabats,
bukan mudah kan nak mendaki puncak yang tertinggi. ada banyak je puncak, but the one we are aiming for isn't study, suami, friends etc but puncak itu ada apa sebenarnya? Redha Allah kan. Bila kita tawan yang tu, secara automatiknya kita faham dan inshA kita dapat menggapai puncak yang selebihnya. Got it?

seorang daie tu bila terasa down, dia ada hadnya. tarif rate tu lain dari orang biasa. sebab2 dia down pun lain dari kawan2 yang biasa. but at the end, daie itu mahukan cinta Allah tu..mahukan redha Allah turut bersama2nya walaupun dia down sekalipun. dia takkan buat benda2 yang Allah tak suka meskipun dia down. serendah2 down seorang daie ialah yang tidak bergerak, tapi constantly meningkatkan ibadahnya. menjaga iman seboleh mungkin agar tidak berlaku apa2 maksiat; tengok movies melaghakan, berbual dengan sia2nya. dan sebab itu seorang daie bila dia diam and being reclusive, sebenarnya kamu wahai daie sedang tekun mencari redha Sang Ilahi, agar jua menetap dalam hati2 ini. dengan berada dalam keadaan sebegini pun, seorang daie tu rasa diri dia ni teruk sangat. jauh sangat dari Allah. sebabnya, daie itu adalah orang yang bergerak. once dia statik, dia merasa diri ini bagaikan bahan lebihan dunia. tak bernilai sebab tak memberi kesan kepada manusia.

there will be a moment; we feel as helpless as nak baca Quran pun berat. nak senyum kat sahabat pun terasa 'biar kau tahu yang aku tengah down senanya'. dan mula2 rasa boleh survive alone. dugaan semua daie kena timpa. dan aku tahu aku mampu, sebab kalau tak takkan Allah hadiahkan dugaan ni? a very bitter journey but leads to the sweetest reward;redha Allah. dan pada this very one moment, kita nak sangat Allah. Bantulah ya Allah, bantulah. Nak sangat tapi tak mampu buat seorang, kena ada Kamu ya Allah. masa itu, kita kerap menangis. apalah aku, daie tapi tak mampu bangun. apalah aku, cakap daie tapi perasaan begitu jahiliah sekali. saat itu, kita banyak memikirkan kelemahan2, dan kita akhirnya menitiskan airmata tunduk kepada Allah yang tanpanya maka takkan mampu untuk aku bangkit lagi, ya Allah. nak calling sahabat2, rasa tu belum ada lagi. dan saat tu kita banyak menangis dalam tidur, dalam solat. terasa sangat dalam hati ada something yang very touchy. alhamdulillah..saat ini, banyak2 bersihkan hati yaa. selalu baca Fatihah dan Kursi if terasa tak larat baca surah panjang2, if tak larat nak habiskan homework hafaz juzuk 30. inshA...

tapi, bagaimana kalau daie itu bukan setakat rasa down, ibadah terabai, melaksanakan maksiat pula? galilah peribadi kita, di mana letaknya keimanan itu saat perkara2 itu dilakukan? apa kita tak malu pada Allah? (itupun jika kita sudah tidak malu kepada manusia) dan paling penting, kita yakin boleh bangkit semula dari lautan selut dan lumpur itu? even daie yang disebut dalam perenggan di atas pun struggle a lot, takes a week to month to settlekan rasa down tu, so how about kita yang berselut hingga ke kepala? nauzubillah..kalau gitu, hanya kita sahajalah yang boleh improve diri kita. Kawan2 ada, cuma diorang takkan datang begitu dekat mengorbankan diri dikotori dengan lumpur semata2 nak selamatkan kita. Diorang pun ada jihadnya sendiri, ada rasa down mereka sendiri. sekarang musim down, kerengga tahu. but tarikh expired hampir tiba. sudah tiba masanya daie2 bangkit, aktifkan diri dengan tarbiyah dan dakwah.


sebenarnya, kerengga sendiri terasa dengan kata2 ini. dush! one way of improving ourselves is to announce the whole world what we should do, what no to do and take the reminder too for our own selves, if not hipokrit namanya. kembali mengganas, surah as saff:2,3.

tawakkal alallah..
wallahualam.

Wednesday, February 17, 2010

sibuk?!

bismillah.

maaf askar datang lagi.
hehe.

jika kita rasa diri ini sibuk dengan kerja sihir, sampai menangguh semua tanggungjawab yang lain, ingatlah, kereta api dakwah takkan berhenti untuk kita. ia akan terus bergerak dan bergerak, with or without you.

jangan sampai tertinggal. kerana ia tak perlukan kita, kita yang perlukan dia.

mari belajar manage masa. itukan satu dari 10 muwasofat tarbiyyah? kalau kita bahagikan masa dengan elok, pasti Allah akan bantu kita menyiapkan kerja sihir tersebut.

Saturday, February 13, 2010

agenda malam

bloghopped, dan terjumpa ini. peringatan yg best amatttttt!bgetar jantung membacanya.

Buat diri…

Ya Akhi: Islahun-nafs yang kamu cari tidak ada jalan ke arahnya kecuali satu sahaja, iaitu jalan qudwah hasanah yang bersambung dengan Allah, yang mendapat bekalan langsung daripada limpah kurnia-Nya.


Qudwah hasanah itu tidak lain daripada bangun malam, qiam dan bermunajat di kala gelita. Tidakkah kamu membaca al-Quran dan mendengar firman Tuhan yang bermaksud: “Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (Al-Muzzammil: 1)

Ya Akhi: Orang yang tidak mempunyai sesuatu tidak akan dapat memberikannya. Hati yang terputus hubungannya dengan Allah, bagaimana mampu memimpin manusia ke arah-Nya. Peniaga yang tidak punya modal, dari mana keuntungan hendak diraih? Guru yang tidak mengetahui manhajnya, apa cara dia akan mengajar muridnya? Orang yang tidak mampu memimpin dirinya, bagaimana dia akan memimpin orang lain?

Maka tahukah kamu betapa

berhajatnya kamu kepada jihad jenis ini? Sekiranya kamu dapat membawa orang-orang yang berjanji dengan kamu untuk beramal melakukan perkara ini, maka itulah sebenarnya kejayaan. Tiada lagi kejayaan selain itu.

Sesungguhnya sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. adalah rahib-rahib di waktu malam dan penunggang kuda di waktu siang. Adakah kamu lihat mereka hanya memiliki salah satu daripada sifat itu sahaja?

Ya Akhi: Berusahalah sedaya mampu untuk menggali perbendaharaan Ilahi di waktu malam supaya dapat kamu agihkan kepada saudara-saudaramu di waktu siang.

Kemudian orang tua itu meminta izin untuk beredar. Dia bangkit dan berjalan dengan tongkatnya meredah kesesekan manusia di jalan raya, sedang saya mengiringi pemergiannya dengan hati yang penuh insaf sehingga dia hilang dari pandangan.

copy pasted from an akh's blog.

Monday, February 1, 2010

mari..

sama-sama kita baca perlahan2 ya..

bismillah.

sebelum ini di belakang kerengga banyak aja buku2 fikrah yang ditulis ulama'2 dan pejuang2 islam yang ada antara mereka sudahpun syahid lama dahulu. selalu kerengga jeling gitu2 aja. belum punya 'rasa' nak baca. dalam pikiran kerengga, kalau nak baca tu mesti isinya berat, kena fokus habis la. jadi, kerengga biarkan aja buku2 tu tak berusik.

satu hari semasa kerengga sedang2 browse folder yang berlambak dalam drive, kerengga terjumpa satu folder yang rasa2nya belum pernah dibuka. ada beberapa mp3 files dan satu file pdf. kerengga amek semua dah bubuh dalam satu player, then kerengga dengar sebab ceramah ni berkaitan dengan satu buku ni, dan ditakdirkan kerengga ada dah buku tu, cuma baru baca half-away ja. stop sebab tak faham main point buku tu.

dengar punya dengar, kerengga terpaku dengan apa yang penceramah tu sebut. ada satu tu dia cakap, banyak penulisan oleh ulama2 dan tokoh2 pejuang islam ni sepatutnya menjadi air dan baja kepada KITA. Ibaratkanlah KITA ni tak ubah seperti seiras pohon2 yang mendahagakan idea2 dari pejuang2 seperti ini.

Kata penceramah lagi, biasanya ramai penulis novel2 atau2 buku2 islamik sekarang duduk dalam bilik ber'air-conditioned' dan kerusi empuk kalau tiap kali mereka nak menulis buku. ada laptop, air kopi, biskut lagi untuk menambah keselesaan sang penulis. mudah!

tapi, pejuang2 islam yang masih baru lagi pada awal abad 20 ni mereka menulis dalam penjara, dan semasa dalam buruan. maka, apa yang ditulisnya adalah benar2 apa yang dirasa dan difikirkan ketika mereka dalam penjara atau dalam buruan. dan inshaA kita sedang membaca kata2 yang berkat, yang menjadi bukti kepada syahadah mereka dan sebab itulah sangatlah penting untuk kita selalu dedahkan minda kita kpd idea2 mereka. memikirkan apa yang pernah mereka fikir. dan sebolehnya merasai keperitan dan kesusahan hidup mereka menerusi penulisan2 mereka.

sebab tu kita gunakan fizilalil quran as rujukan semasa tafsiran surah, sebab salah satu sebabnya ianya ditulis oleh salah seorang tokoh penjuang islam juga. tafsir dari hati, kata kawan kerengga. dan bila kita baca tapi tak sampai ke hati, maknanya ada masalah dengan hati kita.

semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas umat islam yg sudahpun syahid kembali ke rahmatullah,
dan semoga kita beroleh manfaat dari kesan2 kehidupan mereka; fikrah itu.

wallahualam..