Monday, February 1, 2010

mari..

sama-sama kita baca perlahan2 ya..

bismillah.

sebelum ini di belakang kerengga banyak aja buku2 fikrah yang ditulis ulama'2 dan pejuang2 islam yang ada antara mereka sudahpun syahid lama dahulu. selalu kerengga jeling gitu2 aja. belum punya 'rasa' nak baca. dalam pikiran kerengga, kalau nak baca tu mesti isinya berat, kena fokus habis la. jadi, kerengga biarkan aja buku2 tu tak berusik.

satu hari semasa kerengga sedang2 browse folder yang berlambak dalam drive, kerengga terjumpa satu folder yang rasa2nya belum pernah dibuka. ada beberapa mp3 files dan satu file pdf. kerengga amek semua dah bubuh dalam satu player, then kerengga dengar sebab ceramah ni berkaitan dengan satu buku ni, dan ditakdirkan kerengga ada dah buku tu, cuma baru baca half-away ja. stop sebab tak faham main point buku tu.

dengar punya dengar, kerengga terpaku dengan apa yang penceramah tu sebut. ada satu tu dia cakap, banyak penulisan oleh ulama2 dan tokoh2 pejuang islam ni sepatutnya menjadi air dan baja kepada KITA. Ibaratkanlah KITA ni tak ubah seperti seiras pohon2 yang mendahagakan idea2 dari pejuang2 seperti ini.

Kata penceramah lagi, biasanya ramai penulis novel2 atau2 buku2 islamik sekarang duduk dalam bilik ber'air-conditioned' dan kerusi empuk kalau tiap kali mereka nak menulis buku. ada laptop, air kopi, biskut lagi untuk menambah keselesaan sang penulis. mudah!

tapi, pejuang2 islam yang masih baru lagi pada awal abad 20 ni mereka menulis dalam penjara, dan semasa dalam buruan. maka, apa yang ditulisnya adalah benar2 apa yang dirasa dan difikirkan ketika mereka dalam penjara atau dalam buruan. dan inshaA kita sedang membaca kata2 yang berkat, yang menjadi bukti kepada syahadah mereka dan sebab itulah sangatlah penting untuk kita selalu dedahkan minda kita kpd idea2 mereka. memikirkan apa yang pernah mereka fikir. dan sebolehnya merasai keperitan dan kesusahan hidup mereka menerusi penulisan2 mereka.

sebab tu kita gunakan fizilalil quran as rujukan semasa tafsiran surah, sebab salah satu sebabnya ianya ditulis oleh salah seorang tokoh penjuang islam juga. tafsir dari hati, kata kawan kerengga. dan bila kita baca tapi tak sampai ke hati, maknanya ada masalah dengan hati kita.

semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas umat islam yg sudahpun syahid kembali ke rahmatullah,
dan semoga kita beroleh manfaat dari kesan2 kehidupan mereka; fikrah itu.

wallahualam..

1 comment:

Mimiamilia said...

teringat gak kat buku2 fikrah yang tak sempat sentuh kat rak buku...huuu
kena pasang azam tinggi untuk baca!!!!