Monday, March 22, 2010

attoriq

Setiap kali dia mahu mengungkapkan perasaan di hati, tiap kali itu juga bait-bait perkataan tidak tertaip. Mati kutu barangkali. Namun, dia mahu menceritakan isi hatinya supaya lega dikongsi bersama yang lain. Rindu di hati menerima taujih dari seorang murrobiah secara mata bertemu mata tidak tertanggung lagi. Akibatnya, tiap kali kerinduan, dia menghambur menangis teresak-esak seorang diri di kamar tidur. Rindunya pada pertemuan akhwat yang mampu menggetarkan iman, meningkatkan himmah diri.

Erti Allah itu kekuatan yang paling aula sebelum segalanya mula dia fahami. Erti seorang murrobi yang juga pernah menjadi mutarabbi juga dihadam lumat. Kini dia mula faham dalam gambaran yang lengkap tentang attoriq addakwah ini. Bila dia fikirkan semula tentang anak-anak binaannya. Dia jadi kaget. Yang dekat dengannya jarang benar berjumpa untuk ditautkan hati, inikan pula yang berada jauh berbatu-batu darinya. Apa harus dia lakukan? sedangkan yang mengikat manusia di jalan ini adalah hati-hati yang bersatu, hati-hati yang tsiqah. Itu kuncinya.

Dia termenung lagi. Merenung kelemahan diri.

1 comment:

semut said...

kunci perlu dicari bukan? meski sudah ada kunci, kelemahan diri harus diatasi. segeraa..!! :)

semut ada di sini. bersedia andai diperlukan.