Semalam syahdu benar doa yang dilantunkan housemate saya ketika diakhir jemaah kami.
malam semalam terasa special benar menyambut nisfu sya'aban di teratak pelangi ini.
Alhamdulillah Allah membasahkan hati ini di saat hati saya kering kontang dipenuh maksiat, juga dengan perut yg penuh dengan makanan Turkish.(Kitorang berbukak kat luar sempena alang-alang duit allowance dah masuk, juga menyambut besday seorang sahabat. *malas masak sebenarnya*). Anyhow, nak cerita bahawa manusia yang hatinya dekat pada tuhan yang mampu mendekatkan hati-hati lain pada tuhan. Berjejeran air mata ketika doa yang panjang dan mendalam diucapkan oleh beliau. Sungguh saya terasa indah benar perasaan di waktu itu. sudah lama tak rasa macam tu. Alhamdulillah..
Rahmati kami di teratak ini ya Allah. Simbahi kami dengan nikmat ukhwah yang kukuh. Kurniakan kami hidayah yang tak pernah henti. Amin.
No comments:
Post a Comment