Tuesday, July 27, 2010

nisfu syaaban kami

Semalam syahdu benar doa yang dilantunkan housemate saya ketika diakhir jemaah kami.
malam semalam terasa special benar menyambut nisfu sya'aban di teratak pelangi ini.
Alhamdulillah Allah membasahkan hati ini di saat hati saya kering kontang dipenuh maksiat, juga dengan perut yg penuh dengan makanan Turkish.(Kitorang berbukak kat luar sempena alang-alang duit allowance dah masuk, juga menyambut besday seorang sahabat. *malas masak sebenarnya*). Anyhow, nak cerita bahawa manusia yang hatinya dekat pada tuhan yang mampu mendekatkan hati-hati lain pada tuhan. Berjejeran air mata ketika doa yang panjang dan mendalam diucapkan oleh beliau. Sungguh saya terasa indah benar perasaan di waktu itu. sudah lama tak rasa macam tu. Alhamdulillah..

Rahmati kami di teratak ini ya Allah. Simbahi kami dengan nikmat ukhwah yang kukuh. Kurniakan kami hidayah yang tak pernah henti. Amin.

Thursday, July 22, 2010

burung terbang tinggi!

bismillah.

kau seekor burung. alhamdulillah, dah pandai terbang tinggi, atas jasa tarbiyyah. kau tinggalkan sudah sarang jahiliyyah tempat kau bermain-main dan membuang masa waktu kecil.

sedang terbang tinggi, tiba-tiba hujan(mehnah atau ujian) turun dengan lebat! sangat tempting untuk turun semula ke sarang, selesa, dan itu tempat asalmu.

tapi ingatlah wahai burung, jika kau turun ke sarang, kau akan tetap basah dek hujan. (sarang takde atap). dan kau akan ambik masa pula untuk terbang semula. kalau terbang semula. bimbang juga andai terlampau selesa dalam sarang tiada rasa nak terbang lagi.

maka solusinya, terbanglah lebih tinggi dari awan. sayapmu tidak basah, altitudmu juga bertambah!

p/s:ujian menduga datang, kau tambah imanmu! bukan kembali ke takuk lama. kuatkan iman, tingkatkan amal, sama-sama inshaAllah.
p/s:analogy shared by ukht fas dlm dol kita.

Wednesday, July 21, 2010

hati yang berat

Rasa macam berat sangat nak berusrah..
Inikah kesannya bila hati penuh maksiat?
Ya Allah, dah cuba banyak benda untuk dekat denganMu.
Adakah tak cukup Ikhlas?
Mungkin usaha ini tak cukup untuk membuang segala selut, debu kotoran dalam piala hati ini.
Maka Ya Allah, teguhkan hatiku.
Sucikan hati ini.

Tuesday, July 13, 2010

random lagi

hai semua.. =)
apa kabar? lama benar tak bercerita kat sini. hari ni saya sgt tension lalu saya buat keputusan utk memasak tanpa reason. haha. punya semangat nak memasak, alih-alih satu bahan yang sangat penting takde, which is halia. bila check balik resepi, kebanyakan resepi perlukan halia. maka, saya pun sangatlah bingung nak masak apa, padahal dah memberikan harapan kepada para housemates. (kenapa saya tak pegi je kedai sebelah rumah?). jawabnya malas. huhu. adoi la, mintak maaf la atas ke-random-an post ini. Ini namanya, dalam phase mendigresskan diri daripada membuat perkara lagha dan seterusnya menfuturkan diri sendiri. boleh ke camtu? hehe. well, dua tiga hari ni banyak betul-la syaitan tu cuba mencocok-cocok hati agar melakukan zina hati. pfffftt. (menahan diri agar tidak mencarut kepada syaitan yang jahat itu.) +.+ stupid syaitan. go away la! (pardon my language). geramnyaa. apa yang korang selalu buat eh bila diserang perasaan yang bukan islami ni? ada tips? or maybe leh share sket.

saya sangat rindu akan teguran-teguran daripada akhawat. ratu semut (kakak naqibah saya) selalu kata "sarang korang ni besar.. tak ter-cater orang sini. our only hope rely on Allah. Moga Allah jaga akhawat semut." (ratu semut, 2010). Mula-mula dengar ratu semut cakap camtu, rasa cam frustrated pun ada. rasa cam kurang perhatian dan kasih sayang murobbi kitorang ni. huhu. abis tu cemana kitorang ni nak jadi anak-anak yang bagus. tarbiyahnya hebat, dakwahnya hebat. tapi bila fikir balik, tarbiyah Allah kan ke lagi baik berbanding tarbiyah manusia. Penjagaan Allah dan pengawasan Allah kan ke lagi baik daripada pengawasan dan penjagaan manusia. Teruknya saya men-double standardkan Allah. huhu. so, sekarang ni kena percaya bahawa ada tarbiyah direct daripada Allah untuk saya. Saya kena bukak ja mata. huhu.

Wednesday, July 7, 2010

kitorang ok =)

Salam..
Buat semuts (dan anai-anai) yang berjauhan, kite nak kasik tahu korang kitorang ok lagi kat sini. capek sikit lepas kem. huhu, sebab lepas kem terus exam. sian semut pudu.. dorang sangat bertungkus lumus. Nanti pape kite roger lagi.

wassalam.

Tuesday, July 6, 2010

pancit

"apa itu usrah? apa itu taklim?"

pertanyaan itu membuatkan saya tergelak pada awalnya..
sebab yang bertanya bukanlah orang yang tidak tahu..

saya ingatkan dia bergurau..
tapi sebenarnya ada yang ingin dia sampaikan..

"dah lama takde usrah ni, taklim je ada lah"
dia menyambung..

terlintas dalam hati
"di mana punca masalah?"

*******************************************

wahai naqib/ah,
penggerak islam sekalian,
sedar tak yang kita membawa satu amanah yang berat?
amanah yang mahu tak mahu,
harus kita pikul..

islam itu akan terus bergerak..

mahu ikut,
membantu,
hanya melihat
atau ketinggalan..
itu pilihan kita..

namun,
apabila kita sudah mula bergerak,
janganlah kita menjadi penghalang
perencat
atau menjadi hijab antara islam
dan manusia di sekeliling..

sedar tak sedar,
ada yang memerhatikan,
maka cubalah untuk menjadi contoh yang terbaik!

malah yang paling penting,
jangan kita lupa bahawa DIA sentiasa melihat..

wahai naqib/ah
bila diamanahkan untuk menjaga sekelompok mad'u,
peganglah amanah itu sebaiknya..
jangan kerana kita,
mereka yang dahulunya berminat,
kini makin menjauh..

kalau dulu-dulu,
masalah yang sering timbul adalah
betapa sukarnya mencari mad'u yang berminat pd islam..

bak dalam novel fatimah syarha

satu sosok (da'ie) yang sukar dicari,
menghabiskan tenaga dan waktu ke sana sini
mencari-cari mad'u
demi menyampaikan islam

namun sekarang,
mereka yang diberi kepercayaan
untuk bergerak dan bekerja
dalam islam semakin ramai..

tapi..
timbul masalah
naqib/ah yang mengabaikan kelompok usrahnya..
sehinggakan ada naqib/ah
yang telah berkali-kali di
approach oleh adik usrahnya
tapi masih belum dapat mencuri waktu utk mengadakan usrah..

terlalu sibukkah kita?

seminggu atau dua minggu tertinggal mungkin masih boleh dimaafkan..
namun,
jika sudah lebih sebulan atau 2 bulan?

mohonlah agar Allah mencampakkan kekuatan dalam diri kita
utk terus kuat dan istiqamah
'bergerak' dan 'bekerja' untukNya

moga kita tak tergolong dalam mereka
yang dikategorikan sebagai manusia paling rugi di dunia ini..

iaitu yang menyangka dirinya telah melakukan kebaikan,
(mungkin dengan memegang
title penggerak islam/naqib/ah)
namun sebenarnya akan diazab oleh Allah diakhirat nnt
akibat kelalaian sendiri..

wallahua'alam
peringatan terutama buat diri sendiri dan mereka yang menginginkan peringtan


p/s: kalau group usrah tak lengkap kerana ada ahlinya yang tidak mahu datang atau kurang berminat, itu tidaklah pelik, tapi kalau naqib/ah sendiri yang takde..erm..bukankah pelik? kerana selalunya naqib/ah itu adalah org yg sudah sedar akan tanggungjawabnya utk membimbing dan mendidik..layakkah kita digelar naqib/ah? layakkan!

p/s2: ketika diri menjadi malas (futur) paksalah utk memperbanyakkan amal ibadah (walaupun konfem susah, dah nama pun futur kan), tapi agar tidak terus jatuh graf iman kita dan moga berjaya mengalahkan nafsu dan musuh ketat kita, syaitan yg direjam!

p/s3: dosa/kesalahan itu ibarat tahi mata, kadang kita tak perasan tapi ia membuatkan kita malu jika orang lain nampak (and of course ia memburukkan wajah)..lalu tugas sahabat dan orang sekelilinglah untuk menegur kita agar dosa itu tidak terus melekat pada kita..(komen sy:pagi2 bangun tidur cucilah muka!! dan sentiasa pastikan tiada tahi mata melekat --> taubat dan taqwa~) -credit to nabilah mohamed tapi dah ditambah2 skit ayatnya.. :)

----
copypasted dari sini. mesejnya simple, direct to the point. tinggal kita mahu amalkan. doakan saya juga.

Sunday, July 4, 2010

Muhasabah - Kelemahan Diri

Bismillah

Mode: Muhasabah

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....



Irsyadee - Taubat seorang hamba

Saturday, July 3, 2010

Hak²

Bismillah
next time, kite pergi masjid ni sama2 eh

beberapa hari yg lepas anai² duduk beriman sejenak dgn geng anai² yg bukan dari spesis semut. Time tu, first time anai² duduk bersama2 dgn diorg. sampaikan cari sarang pon boleh tersesat, ntah camne dari rumah number 19 jadi number 17. hehe. tp bile dah sampai tu, and jumpe muka2 yg familiar tu, mcm ade a rush of feelings tau. ter-flashback zaman dedulu. well, tadelah lama sgt, maybe 2-3 tahun yg lepas? hehe

alkisahnye, part2 last tu ade sorang dari kami akan meninggalkan sarang ni. dia akan berhijrah ke sarang yg baru. maka, adelah slot utk kata2 ucapan terakhir..

"bla bla bla.. saya minta maaf kalau selama ni saya tak dapat nak menunaikan hak2 adek beradik saya..bla bla bla"

ucapan dia simple and stret to the point. tapi, part ni yg impact anai² the most.
you know why?

sebab bile anai² take a step back and reflect kan, selama ni anai² lagi risaukan benda2 lain, e.g macam mana nak dapatkan gula yang paling best la, nak bawak hatchlings2 ni jalan2 ke mana la, kenapa sarang ni jadi macam ni la etc.

and, kurang sangat anai² cuba penuhi hak2 mereka.
hak kasih sayang
hak DF
hak jalan2
hak pillow-talk

hak2 ukhuwwah, simply said

kite selalu dgr ttg ni daripada ratu semut, tp -- sejauh mana kite betul2 praktikkan, especially dalam daily life?

terngiang2 kata2 ratu semut..

3 benda yg perlu mantap utk kite berjaya:
1) iman yg mantap
2) ukhuwwah yg mantap
3) material/senjata yg mantap


gula yg manis and power is one thing, tapi sebenarnya utk keluarga semut berlari dgn laju adelah bile adek beradik saling memahami, menarik, support antara satu sama lain.

nak faham, kita kena share
nak tarik & support, kita kena aware

rupe2nya banyak jiddan lagi benda yg kena settle, baru lah kite qualify untuk nak compete. (T.T) huu


wallahu'alam