Thursday, January 6, 2011

Semalam, masa sedang baring-baring mahu lelapkan mata, fikiran tiba-tiba melayang semula ke tempat jaulah kami beberapa hari lepas. Jaulah ke satu tempat di atas bukit, di mana sebuah rumah besar pernah di bina atas bukit itu. Aku cuba mengingat kembali pemandangan di situ. Satu pemandangan waktu petang di mana cahaya matahari terbias cantik melalui kepulan awan. Aku berada di bahagian beranda castle tersebut yang menghadap bukit, dan dibawahnya sungai indah berwarna turquoise. Bila baring-baring semalam baru aku teringat untuk mengaitkan suasana castle yang kami ziarahi di atas bukit itu dengan suasana di syurga. Baru aku teringat bahawa Allah akan menganugerahi sebuah rumah yang indah di syurga dan di bawahnya mengalir sungai-sungai kepada hambaNya. SubhanaAllah, cantiknya, sangat mententeramkan jiwa. Kalaulah rumah besar di atas bukit itu dikira best, mesti rumah yang di dalam syurga itu lagi lagi best. Nak satu boleh tak? :D

No comments: