Wednesday, February 16, 2011

27:18


terjumpa ini.



18 (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.

Tuesday, February 15, 2011

tukang masak

bismillah,


arwah nenekku, si tukang masak. not literally, tapi ke arah itulah. dari menebar roti canai, hinggalah ke menggoreng dan menumbuk kopi, semuanya dibuat sendiri.


maka semua kenduri kendara yang di adakan, pasti toklah ketua segalanya. walaupun uzur, sering sakit-sakit, tapi tok tetap setia di dapur, dengan ramai yang membantu. dari anak paling sulung (tidak mengira jantina), sehinggalah cucu paling bongsu, semuanya di latih mengenal dapur.


ada saudara-saudaraku yang sejak kecil cukup terlatih membantu tok di dapur, hinggakan sangat cekap membantu tok. maka tok tinggal hanya memberi arahan, tukang rasa, tukang komen, tukang baiki.


kenduri pertama yang tidak di masak oleh tok, adalah kenduri arwah dirinya. ahli mesyuarat dapur gempar, semua buntu, harus membuat juadah apa. padahal sebelum ini, tak perlu tanya pun, pasti antara menu kenduri, adalah daging masak hitam. tanya makcik A, tanya saudara B, semua tidak reti masak resipi tok yang satu itu. walhal semuanya terlatih membantu tok sejak kecil.


maka pening punya pening, import nenek saudara jadi ketua tukang masak. udang sambal tumis jadi menu. malang tak berbau, warna sambal yang merah bertukar hitam, kerana kuali kawah yang digunakan itu rupa-rupanya kuali menggoreng kopi!(rasa masih tidak terjejas alhamdulillah). tapi orang kampung mana yang mahu makan udang masak 'kicap'? sedihlah tukang masak 2.0 itu, lauk banyak berlebih.


padahal, ramai kan 'harun-harun' tok yang sudah berpuluh tahun membantunya di dapur? seharusnya sudah tahu, kuali itu untuk kopi. tapi tidakkan sama, hanya membantu, dan actually membuat sendiri.

mana mungkin sama, assabiquun alawwalun dengan 2nd generation. tapi usaha boleh kan?


aku akan meninggalkan bumi ini, jika tiada aral, hanya setahun lagi. moga sambal tumis amerika utagha ini juga tidak bertukar warna. harus turunkan resipi daging masak hitam, harus pesan awal-awal, yang mana kuali kopi.


mampukah aku?haruslah, sebelum menutup mata, sebelum menaiki belon udara.

Tuesday, February 8, 2011

lately ni, saya selalu rasa nak cepat cepat jumpa Allah.

rasa macam cepatlah nak tinggalkan dunia ni.

mungkinkah?

kalau ye, Alhamdulillah.

Monday, February 7, 2011

sikit lagi.

berusaha ye!

InsyaAllah, janji Dia pasti.

Even though rasa penat, just fikir sikit je lagi....

sikit lagi nak sampai ke destinasi yang abadi.

sabar ye.

^.^

Wednesday, February 2, 2011

dunia memerlukan kepimpinan baru.

ia sungguh jelas.

hanya menunggu masa dan ketika sahaja.

(yang hanya Allah sahaja yang tahu).

saya dan anda.

teruskan berusaha.