Tuesday, February 15, 2011

tukang masak

bismillah,


arwah nenekku, si tukang masak. not literally, tapi ke arah itulah. dari menebar roti canai, hinggalah ke menggoreng dan menumbuk kopi, semuanya dibuat sendiri.


maka semua kenduri kendara yang di adakan, pasti toklah ketua segalanya. walaupun uzur, sering sakit-sakit, tapi tok tetap setia di dapur, dengan ramai yang membantu. dari anak paling sulung (tidak mengira jantina), sehinggalah cucu paling bongsu, semuanya di latih mengenal dapur.


ada saudara-saudaraku yang sejak kecil cukup terlatih membantu tok di dapur, hinggakan sangat cekap membantu tok. maka tok tinggal hanya memberi arahan, tukang rasa, tukang komen, tukang baiki.


kenduri pertama yang tidak di masak oleh tok, adalah kenduri arwah dirinya. ahli mesyuarat dapur gempar, semua buntu, harus membuat juadah apa. padahal sebelum ini, tak perlu tanya pun, pasti antara menu kenduri, adalah daging masak hitam. tanya makcik A, tanya saudara B, semua tidak reti masak resipi tok yang satu itu. walhal semuanya terlatih membantu tok sejak kecil.


maka pening punya pening, import nenek saudara jadi ketua tukang masak. udang sambal tumis jadi menu. malang tak berbau, warna sambal yang merah bertukar hitam, kerana kuali kawah yang digunakan itu rupa-rupanya kuali menggoreng kopi!(rasa masih tidak terjejas alhamdulillah). tapi orang kampung mana yang mahu makan udang masak 'kicap'? sedihlah tukang masak 2.0 itu, lauk banyak berlebih.


padahal, ramai kan 'harun-harun' tok yang sudah berpuluh tahun membantunya di dapur? seharusnya sudah tahu, kuali itu untuk kopi. tapi tidakkan sama, hanya membantu, dan actually membuat sendiri.

mana mungkin sama, assabiquun alawwalun dengan 2nd generation. tapi usaha boleh kan?


aku akan meninggalkan bumi ini, jika tiada aral, hanya setahun lagi. moga sambal tumis amerika utagha ini juga tidak bertukar warna. harus turunkan resipi daging masak hitam, harus pesan awal-awal, yang mana kuali kopi.


mampukah aku?haruslah, sebelum menutup mata, sebelum menaiki belon udara.

2 comments:

semut said...

i love this!!

a story of your tok, membuatkan hati tersentuh sangat2.. :(

betul kan, kena ready kan 2nd generation supaya mengenal mana kuali untuk pakai masak udang tumis

:P

penulis asal said...

mekaseh semut :)

one more thg, wp kita import tukang masak hebat dr negeri lain, mereka x kenal kuali kita, kerana waqi' berbeza. maka, ttp kita juga yg prlu turun padang berjuang tnp boleh serah tggjawab pd org lain

semuanya lillah, inshaAllah!