Saturday, March 26, 2011

balapan oh

tak semua orang tahu kerengga ni hebat dalam sukan. bukan nak memuji tapi kebenaran itu harus diakui. kerengga pernah masuk acara balapan; 4 x 100m, 4 x 400m, 200m, 1500m, 110m lari berpagar, dan acara lain; lompat kijang dan lompat jauh, serta merentas desa peringkat daerah.

dulu, kerengga memang tak faham kenapa semua orang tak suka sukan. kan ke best jiddan sukan tu. terutamanya bila berlatih, kita lari-lari...dapat hirup udara segar, dapat segarkan dan peluhkan badan, kan sangat best? dan masa itu saat yang paling indah tentulah bila di garisan penamat hanya kerengga seorang yang terkedepan. masa itu dah tau dah, kerengga-lah juara.

dan pernah kerengga cakap pada kakak kerengga yang pun hebat sukan (bahkan dia lagi hebat), 'Atih, kerengga tak dapat bayangkan lah kalau satu hari nanti kita tak aktif dalam acara sukan!'

begitu yakin dan innocent nya kerengga dulu..

rupanya banyak lagi yang kerengga jahil dulu, terutama tujuan hidup dan apa ertinya kerengga menganut islam..

tapi Allah yang ArRahman menemukan kerengga dengan tujuan hidup dan nikmatnya islam dan iman, yang memberi sejuta erti tanpa henti sementara nafas masih terhela..dan dengan izinNya kerengga takkan melepaskan ini semua kerana perkara lain, termasuklah sukan yang sangat kerengga minati sampailah sekarang.. :)

p.s. kalau acara balapan dengan akhowat saja mungkin kerengga akan jadi orang pertama untuk volunteer join, tapi sori-lah tak nak join kalau penonton terbuka pada umum

hehe

2 comments:

Anonymous said...

Like!
(baru lepas latih budak2 sekolah olahraga tadi) asek remind mrk ttg Allah yg mentakdirkan kemenangan n kekalahan. dan usaha itu yg plg penting pada ALlah. lagi satu..huhu..bab aurat..adoyai..
payah jadi cikgu yg bergelumang dgn jahiliah tiap hari

CP said...

like jgk!

komen kak ii pun like jugak!

memang payah jadi cikgu y bergelumang dgn jahiliyyah tiap hari,,,huh