Wednesday, April 13, 2011

Tarbiyah Dzatiyah

BismillaahirRahmaanirRaheem...

Assalamu'alaikum...

Selawat & salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...


April 13, 2011 blog ini secara rasminya akan lebih diwarnai dengan tulisan Ratu Semut. Ahlan wa Sahlan diucapkan kepada semua yang sudi membaca.


Kenapa baru sekarang ye?

Kenapa Ratu Semut?

hehee..ni citer kemudian lah kot... :)


Tarbiyah Dzatiyah

Sekadar ingin berkongsi satu point menarik dalam buku Tarbiyah Dzatiyah. Buku karangan Ust. Solkihin Abu 'Izzuddin ini telah dipinjamkan oleh seseorang (ke seekor??) dari species semut juga; kerengga.. :)

Imam Syahid Hassan Al-Banna pernah berkata,

فاقد الشئ لا يعطيه
"Orang yang tidak punya sesuatu tidak mampu untuk memberinya"


Bila difikir-fikir, memang apa yang dikatakan oleh Hasaan Al-Banna itu selaras dengan logic
akal. Mana mungkin kita mampu bagi seseorang sesuatu yang kita sendiri pon tidak ada.

Saya suka memetik contoh yang diberi Ust. Solikhin dalam bukunya; Tarbiyah Dzatiyah,

"Bagaimana mungkin seseorang dapat memberi kebaikan pada sesamanya kalau ia sendiri jauh dari kebaikan?"

"Bagaimana seseorang dapat menolong orang yang tenggelam kalau dia sendiri tak mampu berenang?"

Haa, lihat di situ kan... Kita bukan saja tak dapat selamatkan orang yang yang tenggelam tu kalau kita sendiri pon tak pandai berenang, malahan yang lebih teruknya lagi kita sendiri mungkin akan terkorban sama kan..



Oleh itu, saya menyeru diri saya sendiri dan anda semua untuk sama-sama kita membentuk diri kita ke arah pribadi muslim kaffah. Dalam ke-eageran (rosak bahasa oii) kita menyeru orang lain, jangan lupakan diri kita. Saya akhiri tulisan ini dengan mengambil kata-kata yang cukup popular dari Sheikh Mustapaha Masyur,

أصلح نفسك وادع غيرك
"Perbaikilah diri kamu DAN serulah orang lain"



Semoga bermanfaat. :)
Sekian, wassalam.

Saturday, March 26, 2011

balapan oh

tak semua orang tahu kerengga ni hebat dalam sukan. bukan nak memuji tapi kebenaran itu harus diakui. kerengga pernah masuk acara balapan; 4 x 100m, 4 x 400m, 200m, 1500m, 110m lari berpagar, dan acara lain; lompat kijang dan lompat jauh, serta merentas desa peringkat daerah.

dulu, kerengga memang tak faham kenapa semua orang tak suka sukan. kan ke best jiddan sukan tu. terutamanya bila berlatih, kita lari-lari...dapat hirup udara segar, dapat segarkan dan peluhkan badan, kan sangat best? dan masa itu saat yang paling indah tentulah bila di garisan penamat hanya kerengga seorang yang terkedepan. masa itu dah tau dah, kerengga-lah juara.

dan pernah kerengga cakap pada kakak kerengga yang pun hebat sukan (bahkan dia lagi hebat), 'Atih, kerengga tak dapat bayangkan lah kalau satu hari nanti kita tak aktif dalam acara sukan!'

begitu yakin dan innocent nya kerengga dulu..

rupanya banyak lagi yang kerengga jahil dulu, terutama tujuan hidup dan apa ertinya kerengga menganut islam..

tapi Allah yang ArRahman menemukan kerengga dengan tujuan hidup dan nikmatnya islam dan iman, yang memberi sejuta erti tanpa henti sementara nafas masih terhela..dan dengan izinNya kerengga takkan melepaskan ini semua kerana perkara lain, termasuklah sukan yang sangat kerengga minati sampailah sekarang.. :)

p.s. kalau acara balapan dengan akhowat saja mungkin kerengga akan jadi orang pertama untuk volunteer join, tapi sori-lah tak nak join kalau penonton terbuka pada umum

hehe

Wednesday, February 16, 2011

27:18


terjumpa ini.



18 (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.

Tuesday, February 15, 2011

tukang masak

bismillah,


arwah nenekku, si tukang masak. not literally, tapi ke arah itulah. dari menebar roti canai, hinggalah ke menggoreng dan menumbuk kopi, semuanya dibuat sendiri.


maka semua kenduri kendara yang di adakan, pasti toklah ketua segalanya. walaupun uzur, sering sakit-sakit, tapi tok tetap setia di dapur, dengan ramai yang membantu. dari anak paling sulung (tidak mengira jantina), sehinggalah cucu paling bongsu, semuanya di latih mengenal dapur.


ada saudara-saudaraku yang sejak kecil cukup terlatih membantu tok di dapur, hinggakan sangat cekap membantu tok. maka tok tinggal hanya memberi arahan, tukang rasa, tukang komen, tukang baiki.


kenduri pertama yang tidak di masak oleh tok, adalah kenduri arwah dirinya. ahli mesyuarat dapur gempar, semua buntu, harus membuat juadah apa. padahal sebelum ini, tak perlu tanya pun, pasti antara menu kenduri, adalah daging masak hitam. tanya makcik A, tanya saudara B, semua tidak reti masak resipi tok yang satu itu. walhal semuanya terlatih membantu tok sejak kecil.


maka pening punya pening, import nenek saudara jadi ketua tukang masak. udang sambal tumis jadi menu. malang tak berbau, warna sambal yang merah bertukar hitam, kerana kuali kawah yang digunakan itu rupa-rupanya kuali menggoreng kopi!(rasa masih tidak terjejas alhamdulillah). tapi orang kampung mana yang mahu makan udang masak 'kicap'? sedihlah tukang masak 2.0 itu, lauk banyak berlebih.


padahal, ramai kan 'harun-harun' tok yang sudah berpuluh tahun membantunya di dapur? seharusnya sudah tahu, kuali itu untuk kopi. tapi tidakkan sama, hanya membantu, dan actually membuat sendiri.

mana mungkin sama, assabiquun alawwalun dengan 2nd generation. tapi usaha boleh kan?


aku akan meninggalkan bumi ini, jika tiada aral, hanya setahun lagi. moga sambal tumis amerika utagha ini juga tidak bertukar warna. harus turunkan resipi daging masak hitam, harus pesan awal-awal, yang mana kuali kopi.


mampukah aku?haruslah, sebelum menutup mata, sebelum menaiki belon udara.

Tuesday, February 8, 2011

lately ni, saya selalu rasa nak cepat cepat jumpa Allah.

rasa macam cepatlah nak tinggalkan dunia ni.

mungkinkah?

kalau ye, Alhamdulillah.

Monday, February 7, 2011

sikit lagi.

berusaha ye!

InsyaAllah, janji Dia pasti.

Even though rasa penat, just fikir sikit je lagi....

sikit lagi nak sampai ke destinasi yang abadi.

sabar ye.

^.^

Wednesday, February 2, 2011

dunia memerlukan kepimpinan baru.

ia sungguh jelas.

hanya menunggu masa dan ketika sahaja.

(yang hanya Allah sahaja yang tahu).

saya dan anda.

teruskan berusaha.