Wednesday, January 27, 2010

buta

hari rabu yang bakal berlalu sekejap lagi memberi 2 makna buat sy. 1)habisnya segala homeworks untuk minggu ini, maksudnya esok free jiddan. 2) mula bergerak lebih laju, maksudnya update apa2 tertinggal, post apa2 maklumat, settle mana2 perkara dan banyakkkkkk lagi.....

*mengeluh*

kenapa terkadang rasa penat ni, kerengga? are you okay? *mengeluhpanjaaangg*

pernah suatu ketika dulu dan sekarang sy terasa seperti bekerja seperti seorang buta. Sy membuat apa yang disuruh, datang bila dipanggil, bangun bila dikejutkan, senyum bila diarahkan dsb. Orang buta tak kenal orang yang arah2 dia tadi. Dia tak nampak sebab buta. Kesian, tak kenal tuan dia. perihal sy yang seorang ini pula terkadang buta. bukan tidak boleh melihat, tapi enggan melihat. enggan melihat dengan lebih dekat Sang Rabb, menyelami dengan lebih jelas manhajNya, menafsir dengan halus firmanNya. Perlukan sy berusaha berhubungan intim denganNya.

Barulah sy takkan rasa penat kan. Penatnya manusia buta adalah sebab jalannya asyik pusing2 sekitar situ, tak ke mana2. Penatnya sy yang buta adalah sebab rapuhnya hubungan dengan Allah(Tuhan kita semua..).

p/s: *mengeluh* melihatkan banyak folder2 tarbiyah, tapi terperuk aja. bila sy nak baca ni? asyik facebook, blogging,Yahooing,gmailing...*gelengkepala*

Tuesday, January 26, 2010

Questions

What reasons can u possibly give when u CONCIOUSLY and knowingly fall for the trap??

Ape alasan yg boleh kamu beri bila kamu SEDAR kamu buat salah???

~Why r u so weak? why why n WHY???~
~kenapa lemah sgt nih?? (dush2!)~

knock2! tepuk dada tanya Iman. (Kt mana dea skrng?? Mana2???)


Sunday, January 24, 2010

my territory

bismillah.

baru ku mengerti kenapa ada semut di certain kawasan di paksa bergerak. when i thought it doesnt at all concern them yang memberi arahan(kerana mereka lain jantina. hu). bila lebih ramai yang bergerak, lebih ramai yang dapat di lasso dan di capai, maka dapat mengurangkan populasi orang yang membuat kacau-dan-mengganggu-mad'u-yang-sedang-ditarget-atau-sahabat2-yang-di-sayangi.

malam ini, real life experience. askar tidak begitu marah kalau dia kacau askar, tapi kalau dia kacau orang2 yg askar sayang, memang askar akan naik hangin. la taghdhob, la taghdob. nabi takkan marah. ambil wudhu' duduk. tenang. baik.

akhirnya, kata si kakak, "takpe, mereka tak faham". kata adik beradik yang lain pula, make them understand.

bila nampak jahiliyyah mengelilingi dari depan, belakang, kiri dan kanan, semut askar begitu mengimpikan sangat, imagining it in my head till it hurts, betapa bestnya kalau semua orang mendapat tarbiyyah. kalau semua orang faham. kalau adat, budaya, dan undang-undang adalah berdasarkan islam semata.

with that said, wahai sekalian angkatan semut, kita punya banyak kerja!
-peringatan buat diri yang bergerak perlahan.

semut askar yang masih marah.
wudhu lagi, dan mari solat. baik.
bantulah kami ya Allah, bantulah.

Saturday, January 9, 2010

anak semut

Bismillah..
Peranan murobbiah yang satu ini, iaitu peranan yang mirip sekali dengan peranan seorang ibu begitu ajaib sekali. Tahu atau tidak, naluri keibuan saya diketuk kuat. Gara-gara melihatkan sudah byk semut-semut ada anak semut, perasaan mahukan anak jugak timbul(read: anak usrah). Bagaimana ya mahu mengungkapkan perasaan itu? Perasaan seperti seorang wanita yang kepingin benar mahukan zuriat, agar beliau secara officialnya dapat bergelar ibu. Ya, perasaan itulah. Perasaan di mana seorang ibu mencurahkan seluruh kasih sayang kepada anaknya. Perasaan mahu memberikan segala belaian dan perlindungan kepada anak yang dikasihi. Juga perasaan mahu memberikan didikan yang terbaik kepada si anak agar anak itu mampu menjadi anak solehah mengikut acuan Islam.

Begitulah juga perasaan mempunyai mutarabbi, di mana merekalah yang ditatang dan dididik sepenuh hati persis sekali seorang ibu mendidik dan memberi sepenuh kasih sayang kepada anaknya. Aku menitipkan rasa yang hilang ini di sini kerana memang benar tarbiyah diri tidak akan lengkap selagi kita tidak membina manusia-manusia lain. Syukur alhamdulillah sepanjang aku di tanah melayu dulu, Allah menemukan aku dengan anak-anak yang mengajar aku erti menjadi seorang murobbiah. Dan dengan bertemu dengan mereka; permata-permata hatiku itu, memberi peluang dan ruang untuk aku mengubah diri menjadi lebih matang dalam kehidupan. Dan, insyaAllah kudoakan adik-adik permata hati ku di tebaran bumi soviet, Nil, dan juga yang akan terbang ke bumi peti sejuk dan bumi tanah percuma menjadi manusia murobbiah yang lebih hebat dari diriku. Sungguh tak mustahil mereka pula yang menjadi murobbi kepadaku suatu hari nanti.

Namun sejak aku berpindah ke tanah baru ini, rentak dan fasa larian ku berubah. Mungkin juga disebabkan lain padang, lain mutarabbinya. Tapi dakwah itu tetap sama dan perlu berjalan. Sebulan, empat bulan, setengah tahun, malah setahun dan bertahun berusaha untuk membina ikatan hati agar seterusnya dapat dibina dengan betul. Jangan dilangkau dan dipandang enteng step membina ikatan hati itu, kerana itulah kunci pembinaan manusia. Mohon doa banyak-banyak pada Allah. *memujuk diri* >.<

Doaku..
Semoga hati ini sentiasa bersih dan sentiasa hidup
supaya ada aliran cahaya yang dapat diberi kepada hati-hati lain.

Doaku juga..
semoga hati ini kuat ikatan dengan hati-hati lain,
agar pembinaan jiwa ini bukan sekadar melaksanakan tugas.
Juga bukan sekadar buat.
Tetapi pembinaan jiwa ini diiringi dengan perasaan kasih dan sayang kerana Allah,
hanya kerana dakwah kita, dakwah kasih sayang.

erk, sempat pulak taip entry yg pjg. Padahal klas dah nak start dan beberapa keja masih tertangguh. adus! kamu nih. haish.
*ketuk-ketuk kepala*
Cemana persiapan untuk sem baru?
Dah ready semua?
InsyaAllah, semutmerah doakan semester spring yang akan start tak lama lagi berjaya diharungi kerana pastinya ia akan menjadi lebih exciting dengan action2 yang lebih mencabar. tunggguuuu. \(^.^)/


nota kaki:
murobbi- guru(lelaki)
murobbiah-guru(perempuan)
mutarabbi- anak usrah atau anak binaan

Thursday, January 7, 2010

Hadid

Ting, ting, ting! Kerikil yang dibalingnya langsung masuk ke dalam longkang dan kaku tak bergerak lagi. Di hadapannya terbentang sungai yang beku. Sejak dua bulan tersadai di tempat bernama Akita ini, Hadid tahu dia bagaikan melarikan diri dari realiti hidup sepatutnya sebagaimananya dia di tanah air. Bukan sahaja hidupnya sibuk dengan akademik yang tak pernah malu menuntut pengorbanan masa, adakalanya Hadid sedar, hidupnya hambar sebenarnya.

Pernah gurunya berkata yang kelesuan selepas mujahadah puncanya hanya satu. Langkah bermula yang pincang, katanya. Itu pesan guru yang paling melekat di hatinya. Mengingatkan itu, Hadid mengeluh panjang. Salji memutih di hadapannya sedikit pun tak mengurangkan rasa sesal yang semakin menggunung dalam hati. Bahkan, dia merasa berat. Bersalah yang amat. Kerana cuba2 mahu bergerak sendiri, terlalu yakin dengan kemampuan diri yang sebesar kerikil maka dia tersadai sendirian di Akita itu.

‘Hai sungai. Sungguhlah, kini aku macam kamu. Beku dan enggan bergerak.’ Hadid tunggu2 seketika lagi. Mungkinkah sungai akan bergerak akhirnya? Seminit berteleku, Hadid bangun. ‘Mungkin sungai pun sudah jemu melihat aku yang futur ni. Sungai, aku pergi dulu ya.’

Dengan hati-hati, langkahnya diatur pergi. Seputih permandangan di hadapan mata, sesuci itulah yang diharapkan Hadid untuk hatinya yang sekeping itu. Tika itu, kakinya mengorak langkah yang salah. Hadid tersentak. Dia bakal hilang imbangan. Kala itu, badannya sudah jatuh terlentang. Perut tersenak dirasakan sakit. ‘Apekah..silap aku kah salji..?’

Masih dalam posisi yang sama, Hadid memandang ke hadapan. Tiada yang dirasakan melainkan indah belaka. Kala itu, Hadid terpegun melihat awan berlatarkan birunya langit. Awan itu bergerak! Hadid seraya menjerit. ‘Alhamdulillah!’ Tiada disangka saat dia mencari petunjuk dari alam di bumi, Allah menghadiahkan awan langit yang terus2an bergerak. Diam2 Hadid memasang doa, dia mahu menjadi awan yang meskipun sungai kebekuan, sang awan tetap tegar bergerak!


Wednesday, January 6, 2010

Mengapa Cinta Itu Tak Jua Menetap?

Bismillah.
Syukur pada Allah yang menemukan semut api dengan artikel ini. Sepertinya luahan hati si penulis sama dengan perasaan yang dilalui oleh diri ini sekarang. Sedang memeriksa hati. Bimbang kalau-kalau hati ini mati. Nauzubillah.

Akhirnya, tanpa kusadari, bulir-bulir air mata mulai membasahi wajahku. Aku sudah tidak ingat lagi, kapan terakhir aku menangis di atas sajadahku. Aku sering sekali merindukan hadirnya malam-malam seperti ini, malam dimana Engkau hadirkan cintaMu dalam relung hatiku. Ketika cinta itu begitu mengelora, dia berwujud menjadi tetesan-tetesan air mata, membentuk sungai kecil, mengalir perlahan sebelum akhirnya jatuh dan membasahi tempat aku bersujud padaMu. Namun entah mengapa cinta yang mengelora tadi cepat berlalu seakan dia tidak ingin menyatu dan menetap di hatiku.

Tuhan leraikanlah duniaYang mendiam di dalam hatikuKerana di situ tidak ku mampuMengumpul dua cintaHanya cinta-MuKu harap tumbuhDibajai bangkai nafsu yang kubunuh( diantara dua cinta, Raihan)

Di usiaku yang hampir empat puluh, mengapa cintaMu tak jua mau menetap di relung hatiku? Ataukah memang tidak mungkin mengumpulkan dua cinta dalam satu hati? Ketika aku masih berharap pujian dan aplausan tepuk tangan manusia, cinta-Mu pergi. Ketika aku berharap jabatan dan gengsi kedudukan di hadapan manusia, cinta-Mu segera meninggalkanku. Ketika aku menunda urusanKu padamu karena urusan duniaku yang tiada mengenal waktu, cinta-Mu tidak lagi mau menunggu. Ketika pandanganku terpesona dengan mahluk ciptaanMu padahal kutahu pandangan itu tidak sah bagiku, cinta-Mu meninggalkanku terburu-buru. Ketika tanganku masih terasa agak berat melepaskan lembaran-lembaran merah untuk berinfaq dijalanMu, padahal kutahu bahwa lembaran-lembaran itu juga pemberianMu, cinta-Mu segera berpaling dariku.

Laa ilaaha illa anta subhaanka inni kuntu minaz zaalimeen.Bahwa tidak ada Tuhan selain EngkauMaha suci Engkau,Sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim
( Al-Qur’an, surah Al-Anbiyaa’ 87)

Ku yakin, Engkau hadir malam ini, sebagaimana Engkau hadir pada setiap malam yang telah Engkau ciptakan. BagiMu, apalah artinya gelap malam ruangan tempatku bersujud dibandingkan gelapnya perut ikan yang berada di lautan yang dalam di tengah malam yang gelap saat utusanMu Yunus mengiba belas kasihMu? Ketika kekasihMu Yunus mengharap ampunan dan cintaMu dengan Laa ilaaha illa anta subhaanka inni kuntu minaz zaalimeen, dan Engkau mengabulkannya, mengapa Engkau tidak hadirkan hal yang sama padaku ketika aku berucap yang sama dalam rukuk dan sujudku. Walau kusadar bahwa diriku jarang mengingatMu dan banyak bermaksiat kepadaMu, bukankah aku jua hambaMu, yang hadir di dunia ini atas seizinMu, yang saat ini duduk bersimpuh juga atas sepentahuanMu.

Maka kalau sekiranya diatidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah,niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.
( Al-Qur’an, surah Ash-Shaaffaat ’143-144)

Tanpa terasa, tetes-tetes air mata menjadi hujan deras yang tiada terbendung. Sungai kecil di lekuk wajahku yang tidak halus, kini mulai melebar, membentuk anak-anak sungai, yang mengalirkan terus air mata sebelum tumpah ruah jatuh di tempat aku menumpu. Betapa malu aku aku padaMu, karena mengharap cintaMu menetap di diriku sementara aku sendiri dalam banyak waktu tidak mencintaiMu.

Satu tahun barusan saja berlalu, namun sangat jarang aku bersamaiMu di sepertiga malam saat malaikat-malaikatMu turun mencari hamba-hambaMu yang tunduk, rukuk dan sujud karena mencintaiMu. Satu tahun telah berlalu, namun tidak banyak siang hariku dimana aku menahan lapar dan dahaga semata-mata agar aku bisa lebih mensyukuri rezeki yang Engkau alirkan kepadaku yang jumlahnya tiada kuasa aku menghitungnya. Satu tahun telah berlalu, namun sering aku tidak rindu padaMu dan tidak tergesa-gesa ke rumahMu ketika panggilan azan mencapai dua daun telinga ciptaanMu.

Satu tahun telah berlalu, dua kaki sempurna yang telah Engkau ciptakan kepadaKu, sedikit sekali dia melangkah munuju majelis dimana hamba-hambaMu duduk melinggar dalam liqoat panjang mengingatMu. Satu tahun telah berlalu, dua mahluk manis dan mungil yang Engkau titipkan kepadaku, namun hari-hariku jauh lebih banyak membersamai rekan kerjaku dibandingkan membersamai mereka, kalaupun aku membersamai mereka, itupun dengan waktu dan energi sisa yang sudah terkuras oleh pekerjaanku. Satu tahun telah berlalu, betapa banyak aku menyaksikan beberapa hambaMu ditandu oleh orang-orang dan dimasukkan ke bumi ciptaaMu, namun jarang sekali hatiku bergetar mengingat hari dimana aku kembali padaMu.

Telah berapa hari engkau hidup dalam lumpur yang membunuh hatimusehingga getarannya tak terasa lagi..Usia berkurang banyak tanpa jenjangkedewasaan ruhani bertambah tinggi. Malu kepada Allahdan hati nurani tak ada lagi.(Kematian hati, (alm)KH Rahmat Abdullah)
Hembusan angin perlahan menerobos diantara tirai besi jendela mengusik sejenak perhatianku. Ku menoleh ke arah jendela yang pandangannya terbatas, di luar sana ada satu bintang mengantung di langit selatan. Kuberanjak ke luar, kusaksikan ternyata ada banyak bintang di ufuk timur, utara dan ada lebih banyak lagi bintang di langit tepat di atas kepalaku. Di ufuk barat, bulan sangat purnama, seolah ingin mengalahkan sang mentari yang sebentar lagi menampakkan dirinya bersebrangan di ufuk timur. Malam ini sangat indah. Dia menghiasi langit pertama ciptaanNya di hari pertama di tahun yang baru dengan perpaduan kerlipan bintang-bintang dan purnamanya sang rembulan. Aku ingin sekali malam ini tidak pergi berlalu sebagaimana aku ingin cinta-Mu yang sempat singgah dan mendamaikan hatiKu sejenak di malam ini, tidak akan pergi lagi selamanya. Ya, Allah, aku rindu padaMu dan aku ingin cintaMu.

Wallahu’alam bishowab.

Sleman, menjelang subuh, 15 Muharam 1431, 1 Januari 2010abuwafi49@yahoo.co.uk
...

Diambil dari:
http://www.eramuslim.com/oase-iman/refleksi-akhir-tahun-mengapa-cinta-itu-tak-jua-menetap.htm

Sedang menanti semut askar pulang ke sarang.
Moga Allah permudahkan urusanmu ya ukhti.
=)

Dermas

Dari jauh, Singapura kelihatan berbalam-balam diterangi lampu neon jalan. Suluhan lampu ke dalam air membongkar isi selat Tebrau yang tidak sejernih dulu. Tiada lagi ikan berenang hingga ke permukaan, dan tiada lagi ketam udang terselit di celah jala.

‘Mas, jom balik. Esok awal pagi kena datang semula sini. Kutip sangkar.’ jerit seorang dari sebelah kiri sampan.

Dermas tidak bergerak. Pandangannya masih ke arah yang sama. Singapura adalah idamannya sejak dari dulu. Ingin benar ditakluk kota Baratan itu dengan cahaya yang pernah menyinari Andalus. Banyak yang sudah terjadi di sana. Kenangan sang singapura mula menggamit Dermas pada kerja yang pernah dilakukannya dulu. Kerana kecewa dia tinggalkan singapura lalu mengambil keputusan menjala ikan dan udang ketam. Dia sedih. Tapi itu dulu. Dia kebal kini, dan sedia untuk berjuang. Mungkinkah?

‘Oi, mas. Jomlah balik. Kenapalah malam ni termenung panjang? Ingatkan siapa di singapura?’ Dermas memandang sahabat sekerjanya yang dikenali sejak dua tahun lepas. Siapa kata dia sudah lupa pada Wadir?