Thursday, January 7, 2010

Hadid

Ting, ting, ting! Kerikil yang dibalingnya langsung masuk ke dalam longkang dan kaku tak bergerak lagi. Di hadapannya terbentang sungai yang beku. Sejak dua bulan tersadai di tempat bernama Akita ini, Hadid tahu dia bagaikan melarikan diri dari realiti hidup sepatutnya sebagaimananya dia di tanah air. Bukan sahaja hidupnya sibuk dengan akademik yang tak pernah malu menuntut pengorbanan masa, adakalanya Hadid sedar, hidupnya hambar sebenarnya.

Pernah gurunya berkata yang kelesuan selepas mujahadah puncanya hanya satu. Langkah bermula yang pincang, katanya. Itu pesan guru yang paling melekat di hatinya. Mengingatkan itu, Hadid mengeluh panjang. Salji memutih di hadapannya sedikit pun tak mengurangkan rasa sesal yang semakin menggunung dalam hati. Bahkan, dia merasa berat. Bersalah yang amat. Kerana cuba2 mahu bergerak sendiri, terlalu yakin dengan kemampuan diri yang sebesar kerikil maka dia tersadai sendirian di Akita itu.

‘Hai sungai. Sungguhlah, kini aku macam kamu. Beku dan enggan bergerak.’ Hadid tunggu2 seketika lagi. Mungkinkah sungai akan bergerak akhirnya? Seminit berteleku, Hadid bangun. ‘Mungkin sungai pun sudah jemu melihat aku yang futur ni. Sungai, aku pergi dulu ya.’

Dengan hati-hati, langkahnya diatur pergi. Seputih permandangan di hadapan mata, sesuci itulah yang diharapkan Hadid untuk hatinya yang sekeping itu. Tika itu, kakinya mengorak langkah yang salah. Hadid tersentak. Dia bakal hilang imbangan. Kala itu, badannya sudah jatuh terlentang. Perut tersenak dirasakan sakit. ‘Apekah..silap aku kah salji..?’

Masih dalam posisi yang sama, Hadid memandang ke hadapan. Tiada yang dirasakan melainkan indah belaka. Kala itu, Hadid terpegun melihat awan berlatarkan birunya langit. Awan itu bergerak! Hadid seraya menjerit. ‘Alhamdulillah!’ Tiada disangka saat dia mencari petunjuk dari alam di bumi, Allah menghadiahkan awan langit yang terus2an bergerak. Diam2 Hadid memasang doa, dia mahu menjadi awan yang meskipun sungai kebekuan, sang awan tetap tegar bergerak!


No comments: