Bismillah..
Dalam kesejukan angin,
Indahnya butir-butir salji menari ditiup angin.
satu persatu wajah insan yang aku rindu menjelma di ruang hati.
satu persatu kenangan di kampung mengetuk kotak memori.
Bendang itu.
Byk mengajar aku menghadam makna rezeki.
Ingat aku lagi akan memori indah itu.
Petang-petang membonceng motor bersama mama.
meninjau-ninjau bendang itu.
sudah berbuahkah padi?
sudah masakkah padi?
Kesalku.
Cebir aku pada bendang itu.
"Alah mama ni, tak mau la pi tengok petak. jom pi pasar malam!" Bentakku.
"Bosan la. tiap-tiap hari tengok petak. Mama tak bosan ka?" Tanyaku.
"Mama rasa tenang tgk hijau petak ni. sebab tu mama suka mai sini." jawab mamaku. ikhlas.
"Ingat Allah lagi tenang." Jawab hatiku. Angkuh.
Dan seingat aku, kaki ini tak pernah melangkah masuk ke bendang.
Tak pernah merasa sejuknya selut itu semenjak aku menjadi anak gadis.
Geli kataku.
Geli yang dibuat-buat.
"Bendang tu org miskin ja layak".
"Aku bukan miskin".
Bisik hatiku.
Tak dak masa nak pi tengok bendang.
Tak dak masa nak pi tengok mak tok.
kena concentrate study nih.
esok-esok berjaya, boleh jadi org besaq!
hidup senang!
begitu fikiran mentahku berbicara.
Masa meninggalkanku.
Tanpa aku sedar.
Dan aku di sini.
Teringat pada bendang hijau itu.
lembutnya daun padi menari melambai-lambai ditiup angin.
bau jerami dibakar.
dan anak kampung bermain Wau tika musim kering.
dan mak tok yang masih setia dgn kailnya.
Mengail ikan saban hari.
Mengisi hari tuanya.
dan kedua sepupuku yang sgt aku kasihi.
membesar kamu berdua tanpa aku sedari.
betapa kamu berdua yang paling aku risaukan.
bagaimana kamu di hari muka?
apa nasib anak kampung kalau hanya tahu jadi jaguh rempit?
bagaimana mahu membela nasib keluarga?
Dan Ibu saudaraku yg setia menghantar aku ke sekolah saban pagi dengan motor kris merahnya.
Ingat aku lagi, apabila hujan, ke sekolah dengan memakai ponco kuning.
Malu.
Tak macam org lain, berkereta bila hujan.
Ibu saudaraku berhujan bila menunggu aku pulang di luar pagar sekolah.
Namun, aku katakan padanya aku tak pulang petang itu kerana mahu study di library.
Ditambah dengan aku meminta duit poket utk petang itu.
Tanpa sepatah, beliau menghulurkan not 5 ringgit. aku menyalami tgnnya. beliau menghidupkan enjin motor, lalu pulang.
Kerasnya hatiku ini. tanpa belas sedikit pun pada beliau. tanpa menimbangkan sedikit pun perasaan beliau.
"Yeay. boleh makan soto ptg ni,"Senyumku. Puas.
Dan adik lelakiku, yang aku kasihi.
Betapa aku sgt kesal tak pernah menjadi contoh yang baik padanya.
Tak pernah menepati janji pada adik. maafkan kak yin, dik.
Dan adik perempuanku, yang aku cintai.
Betapa aku sgt sedih tak pernah membimbingnya dengan baik.
Tak pernah menunjukkan aku sangat menyayanginya.
Tak pernah memberikan perhatian sepertimana perhatian yang aku berikan pada adik-adik mad'uku.
betapa aku pilih kasih.
maafkan kakakmu ini.
Dan bapak, mama.
seribu perkataan tak dapat diungkapkan.
tak terkira dosa yang bertimbun kepada mama dan bapak.
tak terkira berapa byk keringat mama dan bapak yg dikerah semata-mata mahu menyekolahkan aku.
tak terkira bilangan kali tergoresnya hati kalian dek sifatku yang keras kepala ini.
Ya Allah, Ya Rabb.
Ampunkan dosaku.
Peliharalah mereka.
Lindungilah mereka.
Kurniakanlah rezeki yang baik-baik buat mereka.
Ya Allah, Ya Rahman,
Ampunkan aku atas kerasnya hatiku selama ini, Ya Rahim.
sampaikan rinduku pada mereka, Ya Latif.
yin
~yg sgt rindu pada tanah melayu.
nota kaki: petak=bendang/sawah
3 comments:
menggamit rinduu..
sungguhh
terpukul dengan 'pilih kasih'
betul. kdg2 ngan keluarga sendiri buat dek je. huu..insaf.
yinnnnnn!!!!!!!!
mari2, kita hmburkan sgla kerinduan tu....
honestly, kite tak prnh rasa nostlgia ber'bendang', berbonceng dengan ibu tersyg (kerana diriku berkereta cuma)sambil peluk erat pinggang sang ibu.
tapi, bila berpeluang ke tanah perlih suatu masa lalu, jerami2 dibakar, langit tak berawan hingga terik matahari serasa membakar kulit..hati kite menjerit puas "inilah nostalgiaku di sini. hanya di sini. tanah utara berbendang ini"
rindu itu peluk erat2 ya, biar kehangatan makin memaniskannya. slm rindu dr kite ~~~
reread again
whoosh. tempias nostalgia berjauhlah dengan dua murobbiah hebat datang kembali..jaulah yg informal, tapi sangat berguna!
yin..mana awak :P rinduu
Post a Comment