Saturday, February 27, 2010

rindukah tanah itu pada aku

(rentetan puisi karya smerah)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Pemurah..

saat-saat aku berpisah dengan tanah itu.
airmata bercurahan. kesedihan.
piluku andai kalian tak ku jumpai lagi
terbangnya aku,
tinggi.
ke satu daerah asing
membawa segenggam benih dakwah.
hasil kajian dan research 2 tahun,
selamaku di malaya.
berkualiti atau tidak, aku tak tahu.

'jangan lupa, nak kirim perfume' pesan kaklong.
Ingat lagi aku, dia mahu brand yang best-best.
'asalkan wangi tauu' suara kaklong terngiang2.
aku diam.
bukannya tiada perfume di malaya, bisikku.
mungkin mahu perfume berbau angin winter dan bunga agaknya.
baik kaklong, aku sentiasa ingat rindumu itu.
mungkin kubawa pulang satu atau dua untukmu.

saat bersalaman dengan nenek tuaku,
ku lihat berkedut seribu tangannya.
Sudah lama hidupnya.
Dia memelukku erat. bak anak kecil padaku.
bisik2 rahsia kami dia sampaikan dengan luhur sekali.
'jangan lupa baca Yasin,
ingat Allah,
jangan tinggal sembahyang' pesannya.
dan bila aku menuruni escalator,
dia memangku dagunya dengan tangan pada palang besi,
matanya semacam menghantarku. sayu. sekali.
Rindukah nenek padaku?
Doakan aku, nek. biar tak hanyut aku di sini.

seremban.
bau angin sana tiada apa. Kotor hidungku dek asap bas dan teksi haram,
yang tiada segan menindasku dengan tambang melambung,
meski bunyi gesek pintu dan tingkap selalu membingit.
terutamanya kala bas bergerak laju menuruni bukit.
Ah, selamat jugak aku harini, dengan bas tua ini.
teksi juga, andai disoal mengapa mahal?
'ah, kami juga mau carik rezeki dik..' ucapnya tipu.
kalian mahu menindasku sebenarnya.
tapi.
masih rindukah mereka padaku?
pulangnya aku nanti pasti tak banyak yang berubah.
pakaian anak mudinya, pasti masih sama.
berbaur akhlak yang rosak.
rindukah mereka padaku?
Jika ya, aku pula..bersediakah menabur benih dakwah di petak malaya nanti.
aku kaku. Tak tahu.

di bilik-bilik nostalgia itu
benar2 memukul dan merotanku,
menjadi lebih dewasa.
murobbi, mad'u, muntij. istilah2 baru yang kupelajari, kuimani.
bersamamu kalian aku menjadi dewasa.
semua cela sama2 kita buang.
tapi. rindukah bilik itu pada kita?

aku benar2 rindu pada masakan saat itu.
ikan bilis, nasi dan kicap bercili api cuma.
'sedapnya, tapi tahan pedas ke?' gerun aku melihat cili api dimacam begitu sahaja.
dulang beberapa kerat itulah memori kita,
mana ya dulang2 tu sekarang?
beras, telur, mayonaisse, oligo coco yang kita beli.
pencetus resipi telur separa masak yin,
sandwich berlada hitam angah,
nasi gebu tipah,
air panas coklat aisha.
rindu untuk mencicip sedikit air coklat itu, senyap2.
mencubit sikit sandwich kerna perutku sentiasa lapar.
tapi.
rindukah mereka pada kita?

yang pastinya, aku rindu bangat sama mereka2;nenek, seremban, bilik2ku, bas dan teksi. Sungguh!
kenapa ya, nostalgia itu sungguh menggamit hati pulang?
kerna mereka rindu padaku juakah?
Ya Allah, nekadkan niatku.
moga selamat pulang ke malaya, tanah penuh rahsia itu.
inshaA.

2 comments:

semutmerah said...

kerengga..
sesekali diimbas kembali kenangan kita bersama rasa nak nangis pun ada. =')

Anonymous said...

rindu sangat!!!