Sunday, April 18, 2010

memindahkan kereta api

bismillah
Apabila seorang pekerja tram yang tugasnya adalah memindahkan landasan dan merubah haluan dan arah tram itu, dia tidaklah perlu mengangkat dan membawa seluruh tram lalu diarahkan ke arah mana yang dikehendaki, tetapi cukuplah hanya dengan menggunakan sebatang besi kecil sebagai tongkat pemindah. Maka dengan menyentuh atau mengumpil sediki saja dia boleh memindahkan landasannya, dengan itu bertukarlah haluan tram tersebut tanpa susah.



Demikianlah juga hati manusia dalam mengenal Allah. Makrifatullah adalah ibarat tongkat pemindah tadi. Apabila makrifat tadi telah menyentuh hati manusia, maka berubahlah hati mannusia dari satu keadaan ke satu keadaan. Apabila hati seorang insan berubah, akan berubahlah hati manusia secara menyeluruh pula, lantas berubah pula satu umat. Sekiranya kita mahu membuat pembaikan, perbaikilah hati manusia itu dahulu dengan memperkenalkan Allah kepadanya dengan pengenalan yang sebenar-benarnya.

Petikan ucapan imam hassan albanna, dari buku bekalan jalan da'wah, mustafa masyhur.
ya ayyuhannaml, mari bangunkan iman. hehe.

2 comments:

Anonymous said...

Dakwah perlu terus bergerak, tarbiyah diri perlu terus dimantapkan, kita perlu menjadi lebih hebat dari penggerak² Jahiliyah! Ambil contoh mudah sahaja, bukankah Television itu sahaja kini sudah boleh ditontoni 24/7?

Tapi para du'at hanya bekerja bila xde exam sahaja, bila cuti sahaja dan bila kerja² lain sudah habis dikerjakan sahaja.
dari sini: http://sambalterung.blogspot.com/2010/02/for-you-id-take-on-any-trial.html

semutmerah said...

hait! got ur message semut askar! mari bangunkan iman.

=)