Wednesday, June 16, 2010

tertipu!

bismillah
Masalah besar yang dihadapi oleh seorang daie adalah bagaimana untuk meninggalkan jahiliyyah. Mana mungkin seorang daie mampu bertahan di atas jalan dakwah ini berbekalkan jahiliyyah yang ada. Jika ada yang mengatakan sebaliknya, ternyata anda salah!! Kerana jahiliyyah akan merosakan amal dakwah anda.

Mungkin ramai daie di luar sana tertanya-tanya, bagaimana cara yang terbaik, di sini aku memberi sekadar pengalaman sahaja.

Satu-satunya cara terbaik meninggalkan jahiliyyah adalah anda menyibukkan diri dengan dakwah tarbiyyah, iradah qowiyah (keinginan yang kuat) sahaja tidak cukup untuk anda meninggalkan jahiliyyah. Lebih banyak anda bergerak dan berfikir untuk dakwah dan tarbiyyah, semakin banyak jahiliyyah yang akan anda tinggalkan.

Sebagai daie yang belajar, kita hanya perlu ada 2 bahagian masa, masa belajar dan masa dakwah, tiada masa untuk jahiliyyah..

masa untuk seorang daie belajar


Biasanya apa yang terjadi adalah daie-daie ini cuba mengisi jahiliyyah dalam ruang masa dakwah mereka, lalu tergadailah dakwah mereka. Atau pun mereka mengisi masa jahiliyyah mereka dalam ruang masa study mereka. Apabila gagal atau prestasi akademik merosot, mereka mula merasakan dakwah yang menjadi sebab utama, bukanlah jahiliyyah mereka, lalu mereka mula menarik diri perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit dari kelajuan dakwah, lalu tergadailah dakwah mereka sekali lagi. bukan hanya dakwah tergadai, prestasi akademik tidaklah meningkat juga, tetapi prestasi jahiliyyah meningkat dengan pesat sekali.


Lalu mereka merasa pelik dengan fenomena ini, sekali lagi mereka memperlahankan dakwah ini, memberi masa yang lebih untuk study kononnya. Ternyata mereka tertipu lagi! buat sekelian kalinya, dakwah mereka tergadai lagi. Kasihan sungguh dakwah bertuankan daie-daie seperti ini. Sudahlah yang kenal dakwah itu sedikit, dari yang sedikit ini, ramai pula yang tertipu dengan jahiliyyah. Alahai kesian!!


jika dahulu kita bicarakan kitaran bodoh manusia. kali ini aku berbicara kitaran bodoh seorang daie yang tertipu dengan jahiliyyah. ternyata jahiliyyah akan merosakkan dakwah dan study mereka.

bahagian masa daie yang tertipu

apa yang ingin aku katakan adalah, jangan cuba menarik diri anda dari dakwah ini, kerana anda hanya menggantikan bahagian itu dengan jahiliyyah. jangan mudah tertipu!! senang saja syaitan mencantikkan mata kita.

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan” [6:112]

cp dari Sayonara Jahiliyyah!!

Friday, June 11, 2010

daurah

bismillah.

menyahut panggilan semutM. saya disini! hehe. bahang summer membawa perubahan dalam semua hidup semut-semut. ada yang dah balik kampung. tapi askar masih tersangkut disini. walau sungguh, askar rindu tanah malaya dengan sepenuh jiwa raga.

baru-baru ni, ada program dekat universiti askar. macam leadership camp untuk group yg terpilih. mula2, askar tak terasa nak pergi, tapi ditakdirkan Allah, askar pergi jugak, hanya sebab dalam tentatif ada qiam jama'ie. [susah nak qiam sendiri summer2 ni t.t].

bila pergi, tengok2, camp tu, lebih kurang macam daurah penggerak!huwaaa sepanjang program tu terbayang2 wamy, tts. dia punya susunan meja and kerusi dalam dewan dah lebih kurang dah. pengisian, dan gaya penyampai, macam sebijik je dengan salah sorang murabbi di tanah air. ada pengisian psl ciri2 jundi, ada slot untuk buat planat, dsb.

sepanjang program, ada sorang makcik yang sentiasa mengiringi sisters. and 24 jam dia cuba psycho ktrg. terubat sikit rindu pada kakak2 kat malaysia, yang setiap kali prog, akan tidur dgn kami, bersembang dgn kami, sambil cubaan menyelitkan sedikit sebanyak kuasa psikik. eheh sukahati je namakan kuasa psikik.

manakan sama tarbiyyah gaya melayu dan tarbiyyah bukan melayu. tapi sikit sebanyak, mengubat rindu askar pada daurah kat malaysia.

dan tak sama juga daurah real, dan daurah online. tapi seorang jundi, kita bagi dia bahan terbuang, dia akan proses dan proses menjadi barang berguna kan? gunakan segala resource yang ada secara maksima. ini pesanan untuk askar sendiri, dan semua semut2 yang bertebaran, dan para duat yang jauh dari malaysia.

salam rindu,
askar.

vocab:
jundi=askar
jama'ie=beramai-ramai
du'at=daie-daie(plural)
p/s:er, siapa mahu tolong askar definiskan daurah?

Thursday, June 10, 2010

Semangat Baru

Assalamualaikum,

wah, dah berabad lamanya tebaran semut tak diupdate. sunyi sepi je. mana hilang semua kaum kerabat semut? haa, jangan tak tahu, ada semut yang membanting tulang mencari nafkah di sepanjang summer ini. Ada jugak semut yang pulang ke sarang. Tak kurang juga ada semut yang menghadiri kelas tambahan di sesi musim panas yang semakin membahang ini. Bagi semut yg satu ini pulak, tgh menunggu kelas bermula. Bila rata-rata org tanya kenapa tak pulang ke kampung, semutM jadi keruan. Tak tahu nak jawab apa. Bukan semutM tak mahu balik. Bukan. SemutM rasa macam belum bersedia nak balik. Banyak compang-camping. Malu nak dicanang kat orang kampung. Kerja semutM kurang. "habuk pun tadak!" kata orang. Jadinya tinggal-lah semutM di sini. Hari tu masa hantar kerengga di stesen kapal udara, semutM tak menangis. aduh pelik! selalunya kalau semutM berpisah sama adik beradik mahu pun murobbi, semutM lah makhluk pertama menangis berjejeran ayaq mata. Mungkin pada saat itu mahu jadi kuat seketika. Tapi lepas tu semutM menangis jugak dalam bas. lawak sungguh la dengan diriku ini. Bila teringat balik jalan-jalan da'wa semutM sepanjang hampir 10 purnama di sini, semutM suka bertandang ke Pudu, medan aksi kerengga. Pantang ada cuti panjang sket, Pudu lah tempat semutM. SemutM bukan suka Pudu. Bukan. SemutM suka kerengga dan adik-adik semut lain. Itu pasal la semutM datang jugak Pudu walhal dalam hati sumpah tanak datang Pudu lagi lepas dipandang jelek oleh species burung. (jgn salah faham ye, semut dan burung mmg bersahabat baik, cumanya miscomunication berlainan species yang menyebabkan kitorang selalu bersangka buruk antara satu sama lain). Haish~ Ok, taknak bercakap pasal burung. Rosak mood semutM di hari yang best ini. Sekarang ni semutM tengah menunggu-nunggu ni. Tunggu apa?? ada laaaa. heee. Okeh lah, semutM ada kerja sikit. Bila-bila senang semutM mencoret lagi di sini. Okeh, jaga iman, jaga amal.

salam.