wah, dah berabad lamanya tebaran semut tak diupdate. sunyi sepi je. mana hilang semua kaum kerabat semut? haa, jangan tak tahu, ada semut yang membanting tulang mencari nafkah di sepanjang summer ini. Ada jugak semut yang pulang ke sarang. Tak kurang juga ada semut yang menghadiri kelas tambahan di sesi musim panas yang semakin membahang ini. Bagi semut yg satu ini pulak, tgh menunggu kelas bermula. Bila rata-rata org tanya kenapa tak pulang ke kampung, semutM jadi keruan. Tak tahu nak jawab apa. Bukan semutM tak mahu balik. Bukan. SemutM rasa macam belum bersedia nak balik. Banyak compang-camping. Malu nak dicanang kat orang kampung. Kerja semutM kurang. "habuk pun tadak!" kata orang. Jadinya tinggal-lah semutM di sini. Hari tu masa hantar kerengga di stesen kapal udara, semutM tak menangis. aduh pelik! selalunya kalau semutM berpisah sama adik beradik mahu pun murobbi, semutM lah makhluk pertama menangis berjejeran ayaq mata. Mungkin pada saat itu mahu jadi kuat seketika. Tapi lepas tu semutM menangis jugak dalam bas. lawak sungguh la dengan diriku ini. Bila teringat balik jalan-jalan da'wa semutM sepanjang hampir 10 purnama di sini, semutM suka bertandang ke Pudu, medan aksi kerengga. Pantang ada cuti panjang sket, Pudu lah tempat semutM. SemutM bukan suka Pudu. Bukan. SemutM suka kerengga dan adik-adik semut lain. Itu pasal la semutM datang jugak Pudu walhal dalam hati sumpah tanak datang Pudu lagi lepas dipandang jelek oleh species burung. (jgn salah faham ye, semut dan burung mmg bersahabat baik, cumanya miscomunication berlainan species yang menyebabkan kitorang selalu bersangka buruk antara satu sama lain). Haish~ Ok, taknak bercakap pasal burung. Rosak mood semutM di hari yang best ini. Sekarang ni semutM tengah menunggu-nunggu ni. Tunggu apa?? ada laaaa. heee. Okeh lah, semutM ada kerja sikit. Bila-bila senang semutM mencoret lagi di sini. Okeh, jaga iman, jaga amal.
salam.
1 comment:
kerengga rindu awakk!!!
Post a Comment