Tuesday, July 6, 2010

pancit

"apa itu usrah? apa itu taklim?"

pertanyaan itu membuatkan saya tergelak pada awalnya..
sebab yang bertanya bukanlah orang yang tidak tahu..

saya ingatkan dia bergurau..
tapi sebenarnya ada yang ingin dia sampaikan..

"dah lama takde usrah ni, taklim je ada lah"
dia menyambung..

terlintas dalam hati
"di mana punca masalah?"

*******************************************

wahai naqib/ah,
penggerak islam sekalian,
sedar tak yang kita membawa satu amanah yang berat?
amanah yang mahu tak mahu,
harus kita pikul..

islam itu akan terus bergerak..

mahu ikut,
membantu,
hanya melihat
atau ketinggalan..
itu pilihan kita..

namun,
apabila kita sudah mula bergerak,
janganlah kita menjadi penghalang
perencat
atau menjadi hijab antara islam
dan manusia di sekeliling..

sedar tak sedar,
ada yang memerhatikan,
maka cubalah untuk menjadi contoh yang terbaik!

malah yang paling penting,
jangan kita lupa bahawa DIA sentiasa melihat..

wahai naqib/ah
bila diamanahkan untuk menjaga sekelompok mad'u,
peganglah amanah itu sebaiknya..
jangan kerana kita,
mereka yang dahulunya berminat,
kini makin menjauh..

kalau dulu-dulu,
masalah yang sering timbul adalah
betapa sukarnya mencari mad'u yang berminat pd islam..

bak dalam novel fatimah syarha

satu sosok (da'ie) yang sukar dicari,
menghabiskan tenaga dan waktu ke sana sini
mencari-cari mad'u
demi menyampaikan islam

namun sekarang,
mereka yang diberi kepercayaan
untuk bergerak dan bekerja
dalam islam semakin ramai..

tapi..
timbul masalah
naqib/ah yang mengabaikan kelompok usrahnya..
sehinggakan ada naqib/ah
yang telah berkali-kali di
approach oleh adik usrahnya
tapi masih belum dapat mencuri waktu utk mengadakan usrah..

terlalu sibukkah kita?

seminggu atau dua minggu tertinggal mungkin masih boleh dimaafkan..
namun,
jika sudah lebih sebulan atau 2 bulan?

mohonlah agar Allah mencampakkan kekuatan dalam diri kita
utk terus kuat dan istiqamah
'bergerak' dan 'bekerja' untukNya

moga kita tak tergolong dalam mereka
yang dikategorikan sebagai manusia paling rugi di dunia ini..

iaitu yang menyangka dirinya telah melakukan kebaikan,
(mungkin dengan memegang
title penggerak islam/naqib/ah)
namun sebenarnya akan diazab oleh Allah diakhirat nnt
akibat kelalaian sendiri..

wallahua'alam
peringatan terutama buat diri sendiri dan mereka yang menginginkan peringtan


p/s: kalau group usrah tak lengkap kerana ada ahlinya yang tidak mahu datang atau kurang berminat, itu tidaklah pelik, tapi kalau naqib/ah sendiri yang takde..erm..bukankah pelik? kerana selalunya naqib/ah itu adalah org yg sudah sedar akan tanggungjawabnya utk membimbing dan mendidik..layakkah kita digelar naqib/ah? layakkan!

p/s2: ketika diri menjadi malas (futur) paksalah utk memperbanyakkan amal ibadah (walaupun konfem susah, dah nama pun futur kan), tapi agar tidak terus jatuh graf iman kita dan moga berjaya mengalahkan nafsu dan musuh ketat kita, syaitan yg direjam!

p/s3: dosa/kesalahan itu ibarat tahi mata, kadang kita tak perasan tapi ia membuatkan kita malu jika orang lain nampak (and of course ia memburukkan wajah)..lalu tugas sahabat dan orang sekelilinglah untuk menegur kita agar dosa itu tidak terus melekat pada kita..(komen sy:pagi2 bangun tidur cucilah muka!! dan sentiasa pastikan tiada tahi mata melekat --> taubat dan taqwa~) -credit to nabilah mohamed tapi dah ditambah2 skit ayatnya.. :)

----
copypasted dari sini. mesejnya simple, direct to the point. tinggal kita mahu amalkan. doakan saya juga.

1 comment:

anai2 said...

rasa seperti ditampar2. wuwuu :(
jzk atas reminder semut