Wednesday, January 27, 2010

buta

hari rabu yang bakal berlalu sekejap lagi memberi 2 makna buat sy. 1)habisnya segala homeworks untuk minggu ini, maksudnya esok free jiddan. 2) mula bergerak lebih laju, maksudnya update apa2 tertinggal, post apa2 maklumat, settle mana2 perkara dan banyakkkkkk lagi.....

*mengeluh*

kenapa terkadang rasa penat ni, kerengga? are you okay? *mengeluhpanjaaangg*

pernah suatu ketika dulu dan sekarang sy terasa seperti bekerja seperti seorang buta. Sy membuat apa yang disuruh, datang bila dipanggil, bangun bila dikejutkan, senyum bila diarahkan dsb. Orang buta tak kenal orang yang arah2 dia tadi. Dia tak nampak sebab buta. Kesian, tak kenal tuan dia. perihal sy yang seorang ini pula terkadang buta. bukan tidak boleh melihat, tapi enggan melihat. enggan melihat dengan lebih dekat Sang Rabb, menyelami dengan lebih jelas manhajNya, menafsir dengan halus firmanNya. Perlukan sy berusaha berhubungan intim denganNya.

Barulah sy takkan rasa penat kan. Penatnya manusia buta adalah sebab jalannya asyik pusing2 sekitar situ, tak ke mana2. Penatnya sy yang buta adalah sebab rapuhnya hubungan dengan Allah(Tuhan kita semua..).

p/s: *mengeluh* melihatkan banyak folder2 tarbiyah, tapi terperuk aja. bila sy nak baca ni? asyik facebook, blogging,Yahooing,gmailing...*gelengkepala*

Tuesday, January 26, 2010

Questions

What reasons can u possibly give when u CONCIOUSLY and knowingly fall for the trap??

Ape alasan yg boleh kamu beri bila kamu SEDAR kamu buat salah???

~Why r u so weak? why why n WHY???~
~kenapa lemah sgt nih?? (dush2!)~

knock2! tepuk dada tanya Iman. (Kt mana dea skrng?? Mana2???)


Sunday, January 24, 2010

my territory

bismillah.

baru ku mengerti kenapa ada semut di certain kawasan di paksa bergerak. when i thought it doesnt at all concern them yang memberi arahan(kerana mereka lain jantina. hu). bila lebih ramai yang bergerak, lebih ramai yang dapat di lasso dan di capai, maka dapat mengurangkan populasi orang yang membuat kacau-dan-mengganggu-mad'u-yang-sedang-ditarget-atau-sahabat2-yang-di-sayangi.

malam ini, real life experience. askar tidak begitu marah kalau dia kacau askar, tapi kalau dia kacau orang2 yg askar sayang, memang askar akan naik hangin. la taghdhob, la taghdob. nabi takkan marah. ambil wudhu' duduk. tenang. baik.

akhirnya, kata si kakak, "takpe, mereka tak faham". kata adik beradik yang lain pula, make them understand.

bila nampak jahiliyyah mengelilingi dari depan, belakang, kiri dan kanan, semut askar begitu mengimpikan sangat, imagining it in my head till it hurts, betapa bestnya kalau semua orang mendapat tarbiyyah. kalau semua orang faham. kalau adat, budaya, dan undang-undang adalah berdasarkan islam semata.

with that said, wahai sekalian angkatan semut, kita punya banyak kerja!
-peringatan buat diri yang bergerak perlahan.

semut askar yang masih marah.
wudhu lagi, dan mari solat. baik.
bantulah kami ya Allah, bantulah.

Saturday, January 9, 2010

anak semut

Bismillah..
Peranan murobbiah yang satu ini, iaitu peranan yang mirip sekali dengan peranan seorang ibu begitu ajaib sekali. Tahu atau tidak, naluri keibuan saya diketuk kuat. Gara-gara melihatkan sudah byk semut-semut ada anak semut, perasaan mahukan anak jugak timbul(read: anak usrah). Bagaimana ya mahu mengungkapkan perasaan itu? Perasaan seperti seorang wanita yang kepingin benar mahukan zuriat, agar beliau secara officialnya dapat bergelar ibu. Ya, perasaan itulah. Perasaan di mana seorang ibu mencurahkan seluruh kasih sayang kepada anaknya. Perasaan mahu memberikan segala belaian dan perlindungan kepada anak yang dikasihi. Juga perasaan mahu memberikan didikan yang terbaik kepada si anak agar anak itu mampu menjadi anak solehah mengikut acuan Islam.

Begitulah juga perasaan mempunyai mutarabbi, di mana merekalah yang ditatang dan dididik sepenuh hati persis sekali seorang ibu mendidik dan memberi sepenuh kasih sayang kepada anaknya. Aku menitipkan rasa yang hilang ini di sini kerana memang benar tarbiyah diri tidak akan lengkap selagi kita tidak membina manusia-manusia lain. Syukur alhamdulillah sepanjang aku di tanah melayu dulu, Allah menemukan aku dengan anak-anak yang mengajar aku erti menjadi seorang murobbiah. Dan dengan bertemu dengan mereka; permata-permata hatiku itu, memberi peluang dan ruang untuk aku mengubah diri menjadi lebih matang dalam kehidupan. Dan, insyaAllah kudoakan adik-adik permata hati ku di tebaran bumi soviet, Nil, dan juga yang akan terbang ke bumi peti sejuk dan bumi tanah percuma menjadi manusia murobbiah yang lebih hebat dari diriku. Sungguh tak mustahil mereka pula yang menjadi murobbi kepadaku suatu hari nanti.

Namun sejak aku berpindah ke tanah baru ini, rentak dan fasa larian ku berubah. Mungkin juga disebabkan lain padang, lain mutarabbinya. Tapi dakwah itu tetap sama dan perlu berjalan. Sebulan, empat bulan, setengah tahun, malah setahun dan bertahun berusaha untuk membina ikatan hati agar seterusnya dapat dibina dengan betul. Jangan dilangkau dan dipandang enteng step membina ikatan hati itu, kerana itulah kunci pembinaan manusia. Mohon doa banyak-banyak pada Allah. *memujuk diri* >.<

Doaku..
Semoga hati ini sentiasa bersih dan sentiasa hidup
supaya ada aliran cahaya yang dapat diberi kepada hati-hati lain.

Doaku juga..
semoga hati ini kuat ikatan dengan hati-hati lain,
agar pembinaan jiwa ini bukan sekadar melaksanakan tugas.
Juga bukan sekadar buat.
Tetapi pembinaan jiwa ini diiringi dengan perasaan kasih dan sayang kerana Allah,
hanya kerana dakwah kita, dakwah kasih sayang.

erk, sempat pulak taip entry yg pjg. Padahal klas dah nak start dan beberapa keja masih tertangguh. adus! kamu nih. haish.
*ketuk-ketuk kepala*
Cemana persiapan untuk sem baru?
Dah ready semua?
InsyaAllah, semutmerah doakan semester spring yang akan start tak lama lagi berjaya diharungi kerana pastinya ia akan menjadi lebih exciting dengan action2 yang lebih mencabar. tunggguuuu. \(^.^)/


nota kaki:
murobbi- guru(lelaki)
murobbiah-guru(perempuan)
mutarabbi- anak usrah atau anak binaan

Thursday, January 7, 2010

Hadid

Ting, ting, ting! Kerikil yang dibalingnya langsung masuk ke dalam longkang dan kaku tak bergerak lagi. Di hadapannya terbentang sungai yang beku. Sejak dua bulan tersadai di tempat bernama Akita ini, Hadid tahu dia bagaikan melarikan diri dari realiti hidup sepatutnya sebagaimananya dia di tanah air. Bukan sahaja hidupnya sibuk dengan akademik yang tak pernah malu menuntut pengorbanan masa, adakalanya Hadid sedar, hidupnya hambar sebenarnya.

Pernah gurunya berkata yang kelesuan selepas mujahadah puncanya hanya satu. Langkah bermula yang pincang, katanya. Itu pesan guru yang paling melekat di hatinya. Mengingatkan itu, Hadid mengeluh panjang. Salji memutih di hadapannya sedikit pun tak mengurangkan rasa sesal yang semakin menggunung dalam hati. Bahkan, dia merasa berat. Bersalah yang amat. Kerana cuba2 mahu bergerak sendiri, terlalu yakin dengan kemampuan diri yang sebesar kerikil maka dia tersadai sendirian di Akita itu.

‘Hai sungai. Sungguhlah, kini aku macam kamu. Beku dan enggan bergerak.’ Hadid tunggu2 seketika lagi. Mungkinkah sungai akan bergerak akhirnya? Seminit berteleku, Hadid bangun. ‘Mungkin sungai pun sudah jemu melihat aku yang futur ni. Sungai, aku pergi dulu ya.’

Dengan hati-hati, langkahnya diatur pergi. Seputih permandangan di hadapan mata, sesuci itulah yang diharapkan Hadid untuk hatinya yang sekeping itu. Tika itu, kakinya mengorak langkah yang salah. Hadid tersentak. Dia bakal hilang imbangan. Kala itu, badannya sudah jatuh terlentang. Perut tersenak dirasakan sakit. ‘Apekah..silap aku kah salji..?’

Masih dalam posisi yang sama, Hadid memandang ke hadapan. Tiada yang dirasakan melainkan indah belaka. Kala itu, Hadid terpegun melihat awan berlatarkan birunya langit. Awan itu bergerak! Hadid seraya menjerit. ‘Alhamdulillah!’ Tiada disangka saat dia mencari petunjuk dari alam di bumi, Allah menghadiahkan awan langit yang terus2an bergerak. Diam2 Hadid memasang doa, dia mahu menjadi awan yang meskipun sungai kebekuan, sang awan tetap tegar bergerak!


Wednesday, January 6, 2010

Mengapa Cinta Itu Tak Jua Menetap?

Bismillah.
Syukur pada Allah yang menemukan semut api dengan artikel ini. Sepertinya luahan hati si penulis sama dengan perasaan yang dilalui oleh diri ini sekarang. Sedang memeriksa hati. Bimbang kalau-kalau hati ini mati. Nauzubillah.

Akhirnya, tanpa kusadari, bulir-bulir air mata mulai membasahi wajahku. Aku sudah tidak ingat lagi, kapan terakhir aku menangis di atas sajadahku. Aku sering sekali merindukan hadirnya malam-malam seperti ini, malam dimana Engkau hadirkan cintaMu dalam relung hatiku. Ketika cinta itu begitu mengelora, dia berwujud menjadi tetesan-tetesan air mata, membentuk sungai kecil, mengalir perlahan sebelum akhirnya jatuh dan membasahi tempat aku bersujud padaMu. Namun entah mengapa cinta yang mengelora tadi cepat berlalu seakan dia tidak ingin menyatu dan menetap di hatiku.

Tuhan leraikanlah duniaYang mendiam di dalam hatikuKerana di situ tidak ku mampuMengumpul dua cintaHanya cinta-MuKu harap tumbuhDibajai bangkai nafsu yang kubunuh( diantara dua cinta, Raihan)

Di usiaku yang hampir empat puluh, mengapa cintaMu tak jua mau menetap di relung hatiku? Ataukah memang tidak mungkin mengumpulkan dua cinta dalam satu hati? Ketika aku masih berharap pujian dan aplausan tepuk tangan manusia, cinta-Mu pergi. Ketika aku berharap jabatan dan gengsi kedudukan di hadapan manusia, cinta-Mu segera meninggalkanku. Ketika aku menunda urusanKu padamu karena urusan duniaku yang tiada mengenal waktu, cinta-Mu tidak lagi mau menunggu. Ketika pandanganku terpesona dengan mahluk ciptaanMu padahal kutahu pandangan itu tidak sah bagiku, cinta-Mu meninggalkanku terburu-buru. Ketika tanganku masih terasa agak berat melepaskan lembaran-lembaran merah untuk berinfaq dijalanMu, padahal kutahu bahwa lembaran-lembaran itu juga pemberianMu, cinta-Mu segera berpaling dariku.

Laa ilaaha illa anta subhaanka inni kuntu minaz zaalimeen.Bahwa tidak ada Tuhan selain EngkauMaha suci Engkau,Sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim
( Al-Qur’an, surah Al-Anbiyaa’ 87)

Ku yakin, Engkau hadir malam ini, sebagaimana Engkau hadir pada setiap malam yang telah Engkau ciptakan. BagiMu, apalah artinya gelap malam ruangan tempatku bersujud dibandingkan gelapnya perut ikan yang berada di lautan yang dalam di tengah malam yang gelap saat utusanMu Yunus mengiba belas kasihMu? Ketika kekasihMu Yunus mengharap ampunan dan cintaMu dengan Laa ilaaha illa anta subhaanka inni kuntu minaz zaalimeen, dan Engkau mengabulkannya, mengapa Engkau tidak hadirkan hal yang sama padaku ketika aku berucap yang sama dalam rukuk dan sujudku. Walau kusadar bahwa diriku jarang mengingatMu dan banyak bermaksiat kepadaMu, bukankah aku jua hambaMu, yang hadir di dunia ini atas seizinMu, yang saat ini duduk bersimpuh juga atas sepentahuanMu.

Maka kalau sekiranya diatidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah,niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.
( Al-Qur’an, surah Ash-Shaaffaat ’143-144)

Tanpa terasa, tetes-tetes air mata menjadi hujan deras yang tiada terbendung. Sungai kecil di lekuk wajahku yang tidak halus, kini mulai melebar, membentuk anak-anak sungai, yang mengalirkan terus air mata sebelum tumpah ruah jatuh di tempat aku menumpu. Betapa malu aku aku padaMu, karena mengharap cintaMu menetap di diriku sementara aku sendiri dalam banyak waktu tidak mencintaiMu.

Satu tahun barusan saja berlalu, namun sangat jarang aku bersamaiMu di sepertiga malam saat malaikat-malaikatMu turun mencari hamba-hambaMu yang tunduk, rukuk dan sujud karena mencintaiMu. Satu tahun telah berlalu, namun tidak banyak siang hariku dimana aku menahan lapar dan dahaga semata-mata agar aku bisa lebih mensyukuri rezeki yang Engkau alirkan kepadaku yang jumlahnya tiada kuasa aku menghitungnya. Satu tahun telah berlalu, namun sering aku tidak rindu padaMu dan tidak tergesa-gesa ke rumahMu ketika panggilan azan mencapai dua daun telinga ciptaanMu.

Satu tahun telah berlalu, dua kaki sempurna yang telah Engkau ciptakan kepadaKu, sedikit sekali dia melangkah munuju majelis dimana hamba-hambaMu duduk melinggar dalam liqoat panjang mengingatMu. Satu tahun telah berlalu, dua mahluk manis dan mungil yang Engkau titipkan kepadaku, namun hari-hariku jauh lebih banyak membersamai rekan kerjaku dibandingkan membersamai mereka, kalaupun aku membersamai mereka, itupun dengan waktu dan energi sisa yang sudah terkuras oleh pekerjaanku. Satu tahun telah berlalu, betapa banyak aku menyaksikan beberapa hambaMu ditandu oleh orang-orang dan dimasukkan ke bumi ciptaaMu, namun jarang sekali hatiku bergetar mengingat hari dimana aku kembali padaMu.

Telah berapa hari engkau hidup dalam lumpur yang membunuh hatimusehingga getarannya tak terasa lagi..Usia berkurang banyak tanpa jenjangkedewasaan ruhani bertambah tinggi. Malu kepada Allahdan hati nurani tak ada lagi.(Kematian hati, (alm)KH Rahmat Abdullah)
Hembusan angin perlahan menerobos diantara tirai besi jendela mengusik sejenak perhatianku. Ku menoleh ke arah jendela yang pandangannya terbatas, di luar sana ada satu bintang mengantung di langit selatan. Kuberanjak ke luar, kusaksikan ternyata ada banyak bintang di ufuk timur, utara dan ada lebih banyak lagi bintang di langit tepat di atas kepalaku. Di ufuk barat, bulan sangat purnama, seolah ingin mengalahkan sang mentari yang sebentar lagi menampakkan dirinya bersebrangan di ufuk timur. Malam ini sangat indah. Dia menghiasi langit pertama ciptaanNya di hari pertama di tahun yang baru dengan perpaduan kerlipan bintang-bintang dan purnamanya sang rembulan. Aku ingin sekali malam ini tidak pergi berlalu sebagaimana aku ingin cinta-Mu yang sempat singgah dan mendamaikan hatiKu sejenak di malam ini, tidak akan pergi lagi selamanya. Ya, Allah, aku rindu padaMu dan aku ingin cintaMu.

Wallahu’alam bishowab.

Sleman, menjelang subuh, 15 Muharam 1431, 1 Januari 2010abuwafi49@yahoo.co.uk
...

Diambil dari:
http://www.eramuslim.com/oase-iman/refleksi-akhir-tahun-mengapa-cinta-itu-tak-jua-menetap.htm

Sedang menanti semut askar pulang ke sarang.
Moga Allah permudahkan urusanmu ya ukhti.
=)

Dermas

Dari jauh, Singapura kelihatan berbalam-balam diterangi lampu neon jalan. Suluhan lampu ke dalam air membongkar isi selat Tebrau yang tidak sejernih dulu. Tiada lagi ikan berenang hingga ke permukaan, dan tiada lagi ketam udang terselit di celah jala.

‘Mas, jom balik. Esok awal pagi kena datang semula sini. Kutip sangkar.’ jerit seorang dari sebelah kiri sampan.

Dermas tidak bergerak. Pandangannya masih ke arah yang sama. Singapura adalah idamannya sejak dari dulu. Ingin benar ditakluk kota Baratan itu dengan cahaya yang pernah menyinari Andalus. Banyak yang sudah terjadi di sana. Kenangan sang singapura mula menggamit Dermas pada kerja yang pernah dilakukannya dulu. Kerana kecewa dia tinggalkan singapura lalu mengambil keputusan menjala ikan dan udang ketam. Dia sedih. Tapi itu dulu. Dia kebal kini, dan sedia untuk berjuang. Mungkinkah?

‘Oi, mas. Jomlah balik. Kenapalah malam ni termenung panjang? Ingatkan siapa di singapura?’ Dermas memandang sahabat sekerjanya yang dikenali sejak dua tahun lepas. Siapa kata dia sudah lupa pada Wadir?


Tuesday, January 5, 2010

Ukhti

Aku masih ingat juadah kegemaranmu tiap isnin bila pasar malam berlangsung. Yong tow foo dari gerai kakak favourite sentiasa menjadi pilihan tatkala kita mahu berbuka bersama. Aku juga masih ingat kedai pak li bersama bihun sup yang sentiasa menaikkan selera itu. Oh, jangan dilupa, kedai mamak imtiyaz dan al-rafi yang sentiasa engkau suka nasik goreng kerabunya. Aduh, terimbau kembali kenangan saat aku mula kenal dgnmu. Gaya mu, peribadimu, begitu mengkagumkan aku. Di saat pertama kali aku nampak kamu, ketika itu di US education fair. Aku terdengar-dengar desas desus ada org namanya sama sepertiku. Waktu itu aku tertanya-tanya, siapakah dia itu? Ku berkira-kira sepanjang aku hidup, tidak pernah aku berjumpa dengan org yg mempunyai nama yang ganjil sepertiku ini. Saat kawan ku menunjukkan mana satu engkau, aku terpana. Engkau berbaju ranggi serba putih. Aku hanya melirik setiap langkahmu. Tak berani aku mahu menegurmu. Iyalah, tak tega anak seorg pemandu lori dtg pulak dari kampung hujung tanah air sudi hendak dibuat kawan oleh anak bandar yang moden.

Tapi sangkaanku meleset. Alih-alih aku diajak berusrah bersama denganmu. Maka bermulalah kisah kita. Engkau tahu sesuatu ukhti? Engkau ini lain dari yang lain. Keunikanmu, sentiasa buat aku kagum. Bertemu dengan kamu sekalian mengubah hidupku. Wallahi ukhti..

Aku dulu bukan seperti aku yang sekarang.
jahiliahku dulu lebih dahsyat daripada jahiliah kamu.
jika sekiranya kamu tahu.
jika sekiranya kamu tahu.
Takkan ingin kamu berkawan denganku.
Tapi kamu-kamulah kekuatanku.

ukhti,
sayangku padamu takkan pernah padam,
cintaku padamu akan sentiasa membara,

ukhti,
aku khuatir ingatan tentangmu akan lupus,
aku khuatir rasa padamu akan pudar,

Di saat engkau khabarkan berita itu,
aku terkedu.
aku tidak mampu berkata-kata lagi.

Pernah suatu ketika dulu, engkau mengungkapkan kata-kata yang sama,
Tapi aku tidak membenarkan,
aku tidak mahu melepaskan engkau pergi,
Hanya kerana perasaan cinta dan kasih padamu.
Hanya kerana adik beradik mana bisa diputuskan talinya.
Tapi kini,
aku mula belajar untuk menerima hakikat.
pergilah ukhti,
aku merelakan.
Jika itu yang terbaik buatmu.

Wadir

Wadir mengusap-usap dadanya. ‘Sabar-sabarkan diri kamu!’ Wadir membuka mata yang sedari tadi pejam. Terimbas kejadian di tepi kolam pancing tadi, saat dia sekadar duduk-duduk dengan rakan-rakan berkongsi cerita hati. Masing-masing membawa bekal makanan untuk mengisi perut petang yang lapar mungkin. Sepiring cekodok pisang, cucur udang dan satu termos air teh susu dijamu selera. Lalu Wadir membuka cerita.

‘Bismillah. Petang ni, tak sangka betul dapat jamu makanan yang enak lagi panas ya.’ Semua yang lain tertawa. ‘Iyelah, manakan mudah peluang makanan percuma dicari lantaran ekonomi genting macam kena jerut tali gamaknya.’ seorang mencelah tak malu.

Wadir tersenyum. Sudah lama dia merancang pertemuan petang ini, dengan harapan semuanya dapat hadir. Habis sudah dikayuh basikal getahnya ke seluruh kampung menjejak segenap rumah kawan-kawannya untuk mengingatkan mereka tentang rancangan dia kali itu. Kali ini, Wadir puas. Makanya, objektif perlu dicapai. Lalu Wadir buka buku. ‘Jom, kita sharing2.’ Dilihatnya muka setiap sahabatnya. Ada yang terkulat2 mencapai buku dalam beg. Ada yang cepat-cepat menghabiskan kunyahan cucur yang sedikit berbaki. Ada pula yang menepuk-nepuk kedua tangan, membuang sisa minyak dan habuk makanan.

‘Siap semua?’ Ada yang angguk dan tidak.

‘Siapa takde buku?’ Terus Wadir mencapai beg dan mencari dua lagi naskhah yang turut dibawa. ‘Manalah tau ada yang tertinggal buku nanti’ getus Wadir semasa di tangga rumah.

‘Kita buka mukasurat tiga ratus lima puluh lima ya. Siapa nak baca, silakan.’ Wadir berdoa harap-harapnya adalah yang berani kali ini.

‘Bismillah. Tidakkah engkau tahu bahwa kepada Allah-lah bertasbih apa yang di langit dan di bumi, dan juga burung yang mengembangkan sayapnya. Masing-masing sungguh telah mengetahui (cara) berdoa dan bertasbih. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Amin.’

Wadir mendongakkan pandangannya ke langit. ‘Kenapa Wadir, kenapa?’ tanya yang lain. Wadir terdiam. Hebat! Matanya menyapu sekian isi biru langit. Terlihat tompok-tompok awan yang kelabu jauh di sebelah timur. Ada sinar jingga terbias sana sini petanda senja sudah menjengah malu. Itu dia!, mata Wadir bersinar.

‘Tengok tu.’ Wadir menunjuk jarinya ke barat. Di situ ada sekawan burung sedang terbang naik dan turun bumi. Semua terdiam melihat apa yang ditunjukkan Wadir. Masing-masing cuba mencerna apa yang ingin Pencipta Semesta sampaikan menerusi ayat tadi.

‘Apa yang kalian fikirkan?’ Wadir menoleh ke hadapan kembali. Ada yang masih asyik melihat burung-burung. Tak sedar mereka waktu pemerhatian sudah tamat.

‘Wadir, nak bagi pendapat boleh?’ begitu hormat dan santunnya budi bicara yang seorang ini. ‘Silakan.’ hati Wadir senang. Ada yang mahu bersuara dengan suka rela akhirnya.

‘Di sini, Allah ternyata lebih tahu. Macam burung kita dengar dia berkicau, padahal setiap masa burung tu bertasbih mensucikan Allah.’

‘Ya, betul sekali.’ Sekilas dipandangnya muka-muka di hadapan. ‘Siapa lagi nak kongsi pendapat?’ Kali ini, ada yang tekun mencatit sesuatu dalam buku dan ada yang khusyuk membaca semula ayat tadi.

‘Saya!’ Lantas Wadir menggangguk.

‘Em..saya lihat di sini Allah letak “fissama’ watiwal ardh” yang maksudnya di langit dan di bumi. Maksudnya segala makhluk di langit dan bumi ke Wadir?’

‘Siapa nak tolong jawab?’ Wadir sudah boleh tersenyum. Ini sudah bagus. Ada yang sudah berani bertanya. Terus diambilnya peluang ini untuk membuka forum kecil, biar ramai mahu participate.

‘Biar sini aku jawab. Aku rasa memang segala makhluk langit dan bumi, termasuklah manusia macam kita ni. Betul tak Wadir?’

‘Tiada yang salah. Siapa nak tambah?’ Tiada yang bergerak mengangkat tangan mahupun menggerakkan lidah.

‘Baik. Wadir juga berfikir benda yang sama. Manusia sebenarnya turut sekali ada dalam golongan bumi macam disebut sini. Tapi hari ini tak semua dengan patuh mensucikan Allah. Perasan tak? Kalaulah semuanya baik belaka dan mengamalkan Islam mesti kita sudah ada Negara Islam.’ Wadir diam menanti respon mereka.

‘Tapi kan Wadir kita ada Negara Arab Saudi, Mesir dan Iran kan?’ Wadir pandang kembali muka sahabat-sahabatnya lama-lama. Ada bias keliru di sana. Nampaknya sudah tiba masanya untuk menceritakan pada mereka kisah ini, fikir Wadir. Nafas ditarik dalam2 sambil hati memanjat tawakkal pada Allah. Harapnya mereka faham.

[sambung]

Sunday, January 3, 2010

Cita-cita ku


إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقۡتُلُونَ وَيُقۡتَلُونَ‌ۖ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقًّ۬ا فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ وَٱلۡقُرۡءَانِ‌ۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِ‌ۚ فَٱسۡتَبۡشِرُواْ بِبَيۡعِكُمُ ٱلَّذِى بَايَعۡتُم بِهِۦ‌ۚ وَذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. [Itu telah menjadi] janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya [selain] daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (At-Taubah:111)

Pada satu hari, Anas pergi ke Farmer's Market nak beli apples...then rupa-rupanya hari tu ada bonus offer yang sangat hebat masa tu! Pakcik farmer nak abiskan stock apple dia so dia bagi Anas banyaaakkk apples yang shiny and merah2 for free! Tak cukup tangan, terpaksa pakai kotak...Anas sangat happy..dia pun berpusing untuk balik...but chop! Pakcik farmer kata, why not I pay you a whole apple yard for these apples that I gave you.. Huhh?! Bingung aku, kata Anas bersendirian... Apa pakcik ni otakknya betul? Dia yang bagi epal, now dia yang nak beli balik dari aku?

Kalau dalam dunia perniagaan memang tak de lah situasi mcm ni berlaku...bankrapt!
Tapi Allah yang Maha Kaya, yang Maha Pemurah memang buat transaksi untuk kita!

Allah bagi kat kita badan kita ni, rezeki kita, umur kita, suara kita yang comel2 etc etc dgn tak ada charge nya langsung...tak de kita kena pergi Bank Organ Sedunia untuk beli sepasang mata atau sepasang kaki atau tangan.

Dahlah bagi FREE, Allah nak BELI dari kita apa yg Dia dah bagi ni dan bayaran nya pulak adalah Syurga...Kita mungkin rasa yang kita ni dah berkorban banyak masa, banyak duit elaun (yang bukannya JPA/MARA/mak bapak bagi tapi Allah yang bagi), banyak fikiran, banyak masa tidur terkorban...and syaitan pulak mengambil peluang ini untuk bisik2 kata2 busuknya... Ye laaa, engkau dah korban banyak dah tu! dah la tuuuuu...orang lain tak buat apa2 pun!

Ayuh, bila ni berlaku, cepat2 kita istigfar, betulkan niat...

Bila kita bergelar daieyah, kita dah tersetup lain dari perempuan2 yang ada masa ni...tak boleh nak expect kena pamper je kan?...because kita special kerana ada tarbiyyah yang membentuk kita. Jadi keinginan-keinginan kita harus berbeza dengan org2 lain...apa cita2 kita?

cita-citaku islam gemilang
cita-citaku daulahnya berulang
cita-citaku islam cemerlang
cita-citaku islam tinggi menjulang

kawan mari susun barisan
kita mara ke hadapan
mari berjuangkan islam
kita tagih yang dijanjikan

kawan mari kumpulkan tenaga
kita korbankan harta punya
jangan kita buang rasa percuma

kawan mari kumpulkan tenaga
kita korbankan harta punya
berjuangkan hingga berjaya
kawan jangan tunggu² lagi
jangan berangan² yang merugi
dunia menipu kita hindarkan
cita² islam kita tunaikan

ayuh mari mara kehadapan
jangan buang masa lagi
inilah masanya tunjukkan bukti

ayuh mari mara kehadapan
jangan buang masa lagi
kalau benar cintakan islam

Nadamurni







Saturday, January 2, 2010

stop kejap

salam

senyap-senyap kereta meluncur pergi dari kawasan sunyi itu. moga Allah tsabatkan kamu, kawan biarkan kita semua jauh. mata yang sedari tadi cuba ditahan agar berjaga menikmati awal pagi indy akhirnya kalah. gelap. tertidur sampailah tiba di stesen minyak. bila pintu dibuka, syuuuhhh..angin tahap -15C bertiup. rindu pula pada 'rumah' percutian kami yang tertinggal di n.carolina.

cuti? kerengga pun pergi bercuti tau. bersama-sama semut2 dan anak2semut yang masih comel dan muda belaka. banyak sangat yang kerengga dapat, inshaA berbesar hati nak kongsi dengan semua. semoga Allah tambah2kan pahala kerengga yang bukan banyak ni, dan menerima taubat kerengga yang ditutupi timbunan dosa basi.

sekian.