Saturday, January 9, 2010

anak semut

Bismillah..
Peranan murobbiah yang satu ini, iaitu peranan yang mirip sekali dengan peranan seorang ibu begitu ajaib sekali. Tahu atau tidak, naluri keibuan saya diketuk kuat. Gara-gara melihatkan sudah byk semut-semut ada anak semut, perasaan mahukan anak jugak timbul(read: anak usrah). Bagaimana ya mahu mengungkapkan perasaan itu? Perasaan seperti seorang wanita yang kepingin benar mahukan zuriat, agar beliau secara officialnya dapat bergelar ibu. Ya, perasaan itulah. Perasaan di mana seorang ibu mencurahkan seluruh kasih sayang kepada anaknya. Perasaan mahu memberikan segala belaian dan perlindungan kepada anak yang dikasihi. Juga perasaan mahu memberikan didikan yang terbaik kepada si anak agar anak itu mampu menjadi anak solehah mengikut acuan Islam.

Begitulah juga perasaan mempunyai mutarabbi, di mana merekalah yang ditatang dan dididik sepenuh hati persis sekali seorang ibu mendidik dan memberi sepenuh kasih sayang kepada anaknya. Aku menitipkan rasa yang hilang ini di sini kerana memang benar tarbiyah diri tidak akan lengkap selagi kita tidak membina manusia-manusia lain. Syukur alhamdulillah sepanjang aku di tanah melayu dulu, Allah menemukan aku dengan anak-anak yang mengajar aku erti menjadi seorang murobbiah. Dan dengan bertemu dengan mereka; permata-permata hatiku itu, memberi peluang dan ruang untuk aku mengubah diri menjadi lebih matang dalam kehidupan. Dan, insyaAllah kudoakan adik-adik permata hati ku di tebaran bumi soviet, Nil, dan juga yang akan terbang ke bumi peti sejuk dan bumi tanah percuma menjadi manusia murobbiah yang lebih hebat dari diriku. Sungguh tak mustahil mereka pula yang menjadi murobbi kepadaku suatu hari nanti.

Namun sejak aku berpindah ke tanah baru ini, rentak dan fasa larian ku berubah. Mungkin juga disebabkan lain padang, lain mutarabbinya. Tapi dakwah itu tetap sama dan perlu berjalan. Sebulan, empat bulan, setengah tahun, malah setahun dan bertahun berusaha untuk membina ikatan hati agar seterusnya dapat dibina dengan betul. Jangan dilangkau dan dipandang enteng step membina ikatan hati itu, kerana itulah kunci pembinaan manusia. Mohon doa banyak-banyak pada Allah. *memujuk diri* >.<

Doaku..
Semoga hati ini sentiasa bersih dan sentiasa hidup
supaya ada aliran cahaya yang dapat diberi kepada hati-hati lain.

Doaku juga..
semoga hati ini kuat ikatan dengan hati-hati lain,
agar pembinaan jiwa ini bukan sekadar melaksanakan tugas.
Juga bukan sekadar buat.
Tetapi pembinaan jiwa ini diiringi dengan perasaan kasih dan sayang kerana Allah,
hanya kerana dakwah kita, dakwah kasih sayang.

erk, sempat pulak taip entry yg pjg. Padahal klas dah nak start dan beberapa keja masih tertangguh. adus! kamu nih. haish.
*ketuk-ketuk kepala*
Cemana persiapan untuk sem baru?
Dah ready semua?
InsyaAllah, semutmerah doakan semester spring yang akan start tak lama lagi berjaya diharungi kerana pastinya ia akan menjadi lebih exciting dengan action2 yang lebih mencabar. tunggguuuu. \(^.^)/


nota kaki:
murobbi- guru(lelaki)
murobbiah-guru(perempuan)
mutarabbi- anak usrah atau anak binaan

1 comment:

semut said...

bila bc entri smerah, terasa diri ni kena banyak2 bersyukur sbb ada limpahan mad'u dan adik2 si tanah are semut skrg ni...

personally to smerah: inshA bila smerah dpt je adik usrah nti, semut doakan makin dekat Allah tautkan hati2 kalian.

mujahadah yg smerah..go smerah, Go!!
:)