Wednesday, January 6, 2010

Dermas

Dari jauh, Singapura kelihatan berbalam-balam diterangi lampu neon jalan. Suluhan lampu ke dalam air membongkar isi selat Tebrau yang tidak sejernih dulu. Tiada lagi ikan berenang hingga ke permukaan, dan tiada lagi ketam udang terselit di celah jala.

‘Mas, jom balik. Esok awal pagi kena datang semula sini. Kutip sangkar.’ jerit seorang dari sebelah kiri sampan.

Dermas tidak bergerak. Pandangannya masih ke arah yang sama. Singapura adalah idamannya sejak dari dulu. Ingin benar ditakluk kota Baratan itu dengan cahaya yang pernah menyinari Andalus. Banyak yang sudah terjadi di sana. Kenangan sang singapura mula menggamit Dermas pada kerja yang pernah dilakukannya dulu. Kerana kecewa dia tinggalkan singapura lalu mengambil keputusan menjala ikan dan udang ketam. Dia sedih. Tapi itu dulu. Dia kebal kini, dan sedia untuk berjuang. Mungkinkah?

‘Oi, mas. Jomlah balik. Kenapalah malam ni termenung panjang? Ingatkan siapa di singapura?’ Dermas memandang sahabat sekerjanya yang dikenali sejak dua tahun lepas. Siapa kata dia sudah lupa pada Wadir?


5 comments:

semutmerah said...

Salam kerengga..
semutmerah mahu tahu sambungan cerita dermas dan wadir. cepat2 post ya!

kerengga said...

inshaA baek.

semutmerah, kite rindu awak sgt2. jaga diri baik2 ya.

kerengga menangis tadi sebab adik kerengga di hujung utara sana kata dia rindu dengan kerengga..!! :)

baru nak rasa down, Allah bagi hadiah..hebatnya Allah!

semutmerah said...

semutmerah pun dpt hadiah yg sama. Berbunga-bunga hati. ^_^ hehee..

kerengga2.. dua tiga ari lepas, mahu saja diri ini dilayangkan ke Pudu. Terasa 2 minggu bersama kalian x cukup taw. T.T

Anonymous said...

best ceta ni...:)

kerengga said...

waaa....:)