Aku masih ingat juadah kegemaranmu tiap isnin bila pasar malam berlangsung. Yong tow foo dari gerai kakak favourite sentiasa menjadi pilihan tatkala kita mahu berbuka bersama. Aku juga masih ingat kedai pak li bersama bihun sup yang sentiasa menaikkan selera itu. Oh, jangan dilupa, kedai mamak imtiyaz dan al-rafi yang sentiasa engkau suka nasik goreng kerabunya. Aduh, terimbau kembali kenangan saat aku mula kenal dgnmu. Gaya mu, peribadimu, begitu mengkagumkan aku. Di saat pertama kali aku nampak kamu, ketika itu di US education fair. Aku terdengar-dengar desas desus ada org namanya sama sepertiku. Waktu itu aku tertanya-tanya, siapakah dia itu? Ku berkira-kira sepanjang aku hidup, tidak pernah aku berjumpa dengan org yg mempunyai nama yang ganjil sepertiku ini. Saat kawan ku menunjukkan mana satu engkau, aku terpana. Engkau berbaju ranggi serba putih. Aku hanya melirik setiap langkahmu. Tak berani aku mahu menegurmu. Iyalah, tak tega anak seorg pemandu lori dtg pulak dari kampung hujung tanah air sudi hendak dibuat kawan oleh anak bandar yang moden.
Tapi sangkaanku meleset. Alih-alih aku diajak berusrah bersama denganmu. Maka bermulalah kisah kita. Engkau tahu sesuatu ukhti? Engkau ini lain dari yang lain. Keunikanmu, sentiasa buat aku kagum. Bertemu dengan kamu sekalian mengubah hidupku. Wallahi ukhti..
Aku dulu bukan seperti aku yang sekarang.
jahiliahku dulu lebih dahsyat daripada jahiliah kamu.
jika sekiranya kamu tahu.
jika sekiranya kamu tahu.
Takkan ingin kamu berkawan denganku.
Tapi kamu-kamulah kekuatanku.
ukhti,
sayangku padamu takkan pernah padam,
cintaku padamu akan sentiasa membara,
ukhti,
aku khuatir ingatan tentangmu akan lupus,
aku khuatir rasa padamu akan pudar,
Di saat engkau khabarkan berita itu,
aku terkedu.
aku tidak mampu berkata-kata lagi.
Pernah suatu ketika dulu, engkau mengungkapkan kata-kata yang sama,
Tapi aku tidak membenarkan,
aku tidak mahu melepaskan engkau pergi,
Hanya kerana perasaan cinta dan kasih padamu.
Hanya kerana adik beradik mana bisa diputuskan talinya.
Tapi kini,
aku mula belajar untuk menerima hakikat.
pergilah ukhti,
aku merelakan.
Jika itu yang terbaik buatmu.
3 comments:
salam... semut merah nie cm kenal jer... wah tulisan yg menarik...
sy terasa jeles dgn cinta ini.
masyaAllah..smga Allah terus mengeratkan tali cinta antara kita2 yuk.
penah rasa yg sama. sis, bykkan doa.. tawakkal.moga Allah tetap pegang hatinya. teringat kata2 ukhti ni: bila ditanya "penah tak rasa penat dgn usrah dll? penah tak rasa nak lari dari semua ini?"
dia jwb: "kenapa nak lari drp family sendiri?...ha, sambung ayat sendiri masing2 how kita feel about our family.."
dush dush to me
Post a Comment