Wednesday, December 30, 2009

mencapai hati.

assalamualaikummm semut semuaaaa.pasti semua sedang sibuk kan, belum berada di sarang masing2. harapnya, di masa sibuk ni, tinggi melonjaklah iman kalian inshaAllah.

dan buat mereka yang di luar sana, time time winter break ni pasti banyak gathering kan?bagaimana gathering anda?mencambahkan iman au la'[atau tidak]?

ittaqullah!hehe mcm berkhutbah pulak. sbnrnya nak share, korg dah baca belum post saiful islam yg plg baru?besttt. ok ni excerpts, kalau belum sempat baca.

HASAN AL-BANNA DARI KACA MATA ABBAS AL-SISI

Saya sentiasa ingat kisah yang diceritakan oleh Abbas Al-Sisi di dalam bukunya “Jalan Menuju Hati“ tentang pendekatan Hasan al-Banna di dalam dakwahnya.

Suatu ketika seorang lelaki datang ke pejabat Ikhwan al-Muslimin untuk mendaftar sebagai ahli. Apabila Hasan al-Banna melihatnya, beliau berkata, “Assalamualaikum ya Muhammad”

Lelaki itu amat terkejut. Bagaimanakah Hasan al-Banna tahu namanya. Kata Hasan al-Banna, “aku pernah mendengar rakanmu melaungkan namamu semasa kita di sebuah stesyen keretapi!”

Begitu sekali Hasan al-Banna sensitif dalam memenangi hati manusia di sekitarnya. Ia bukanlah skill yang dibuat-buat, tetapi datang dari jiwa yang mempercayai bahawa manusia berhubung dengan perasaan, bukan formaliti dan ilmu kepandaian. Apatah lagi hubungan paksaan.


“Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib!” [Fussilat 41: 34]


“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu.” [Aal 'Imraan 3: 159]


maka jangan mengalah, kalau hati mad'u df belum lembut. mari capai hati-hati! teringat kata semut api dahulu, kalau si mad'u tak dpt menerima, mungkin sebab hati penyampai atau penerima itu bermasalah. kerana si mad'u sedang mencari hidayah, inshaAllah hatinya bersih. that leaves it to us. kan? maka mari juga topup iman diri sendiri inshaAllah.

Friday, December 25, 2009

bahang kerja

Bismillah..

Ku kira.. pada detik ini, banyak jiwa-jiwa yang sedang mencari.
mana satu jalan yang terbaik?
aduh, sukarnya kerja susun menyusun ini.
Allah, tolong aku lagi sekali, please.
Kurniakan aku jalan dan ilham.
kurniakan aku kekuatan.
kurniakan aku keteguhan hati.
Permudahkan ya Allah.
Permudahkan ya Allah.
Amin.

Saturday, December 19, 2009

Friday, December 18, 2009

kaifa imaanuki?

Bismillah..
Ladybird, semutmerah oso wants to curah-curah-hati. hope u don't mind eh. Last 2 weeks was a DiSASter. gosh! Penah x ada perasaan yang semacam dah xdak feeling dengan Allah? hu, itula yg semutmerah rasa. dea rasa macam ada selaput/penghadang kat hati. I hate dis feeling. Hu. Ni semua salah jahiliah! asyik-asyik jahiliah. betul... kalo kita x dijaga dengan tarbiyah, kita akan dijaga oleh jahiliah. O.O
Adoila. penat la macam ni. bila dah bangun, jatuh balik. abis tuh, bila la nak up level diri. Semutmerah ternanti-nanti bila la semutmerah ni boleh istiqamah. tertunggu-tunggu bila mutabaah amal leh mantop. tunggu-tunggu bila la leh bina adik-adik yang hebat. tunggu.. tunggu. Bila sampai ke tahap otak dan hati semut yg kecik ni shut down sebab terlalu banyak sangat beban dosa, semutmerah rasa time tuh the only one dat can help me is Allah.
Alhamdulillah ya Allah.. I found ur comfort. Tatkala semutmerah dengar suara akak semut besi membebel di balik corong poltok, diri ini kembali tenang. resah jiwa dan momokan nafsu kembali mengikut kata hati yang kembali segar dengan peringatan dan belaian ayat-ayat Allah. 2 minggu ini sangat teruk dirasa tanpa peringatan dan taujih yang dapat daripada usrah. Hu. Jangan salah paham ye. semutmerah bukan la nak jadi ekstrim ke hapa. hehe. tapi, yg penting kat sini ialah peringatan yg diberikan kpd kita setiap minggu tu la yang wat semutmerah rasa bertenaga. (bear in mind, charger iman paling kuat ialah qiyammullail ye).
Satu pengajaran semutmerah dapat dalam 2 minggu yang horror ni ialah do NOT ponteng usrah. hu. peringatan utk sedara2 semutmerah sekalian, kalo ada kawan-kawan yang tertinggal usrah ka, tertido ka, terskip usrah ka, benda yang kita wajib wat ialah kena contact sedara-sedara kita ni. Kena make sure sama-sama iman kita nih dalam gud condition. tak kisah la sms, calling, skyping, anything will do.
Akhir kata,
to all semuts, selamat cuti. Jadikan cuti kali ini bermakna. jaga iman, jaga amal.
special to ladybird, selamat terbang tinggi, moga terbang-mu kali ini dapat topup iman dengan lagi power.
oh, special to chemut chomot yg chomel dan semut askar, selamat pulang ke sarang lagi satu. Balik sini nanti nak kirim belacan boleh? kidding only. hehe.

Thursday, December 17, 2009

be still, my heart



mungkin this is the best place tuk curahkan hati dan perasaan saya.
ya, aku sengsara. knape kan dalam sebesar besar gajah badan aku, hati yg cenonet nih gak yg kuat berdenyut sakit. =(
once my heart shuts down, thus my watery eyes glands comes pouring down.
thus as it beats more often, painfully i decrease my activity and prefer staying undercovers.
the heart sucks! blah!!! stop heart, dont fail me now. well girls. good news, esk is Awal Muharam!!


yippies kan! so rather than sending a note to santa? *duhhh kerja bodoh*
i going to send a note to dear Allah,

dear Allah,
thank u for sending me to US, thou i still feel as if its a holiday, please excuse my shortcomings.
i know i've wasted to much time, i didnt really took care of my ukhwah and being self centered most of the time. i know that its UR time that i took, i never really owned any 'time' also.

dear Allah,

im sorry that i layan rejam and ikhwan thou i told u a million times already that i would leave them. i sorry that i loved rejam more than i love u. i just left him last week for the zillionth time, and this time i lied to him. to seperate with him this time i lied to make him hate me. i lied to a person i love dearly to HATE me. sincerely Allah, im NOT happy at all for leaving rejam. after leaving him, i feel sad, *sepak2 selimut*, marah2 orang, and i even feel that the world is dark and gloomy *logikla sbb winter* and i cry alot too! *am still crying**cry2* i guess he wont bother me anymore. =) mabe this is how u felt when i 'broke' up with u Allah. if only i had a gun that can shoot my brains out, yeap maybe that is the only way not to think about him aagain. =( =( but Allah guess what, im cutting my heart in pieces just to be with u.

dear Allah,

i dont want to promise anything to u this awal muharam coz i've sed enuf promises and breaking it up the very second i said it. they say, in dunia, that admittance is the first step of recovery. i guess this is what im doing. i not a perfect daie ya rabb, i will never b. excuse me for my negativity. tomorrow is awal muharam, i dont know if i can love u more than last year. more importantly i dont know if u still love me, *tsk tsk*

for next year, i just want to ask a small request from u. please wait for me before closing the gates of heaven. dats it. please do wait for me!!! if u choose to close the gates of heaven before me, at least, let me take a peek of who got in. xD thnk u.


"aku mempunyai satu impian, iaitu, untuk menyayangi Allah lebih dari segalanya"

till then,
ladybird.


Monday, December 14, 2009

all is fair no? niahahaha


life can be such a freakin biatch to us sometimes,

admit it. its real isnt it if i say that we cant get everything we want,

worst than that sometimes even the smallest and the least we hope to have, we cant!!


is life even fair to us all? no. sadly its not. ='(


then tell me one thing that is fair?


when all else fails, we still have Allah. because sadly to say, even sisters of islam


sendri kan tikam belakang kite and kadang2 rasa nak cepuk2 je. teehee xD niahahaha.


itulah hidup kawan2. hidup tak selalunya indah.(u can quote after me) niahahahaha.


so when u think that the world is low and nothing else matters. find ur CREATOR, Allah azza wal jallah and tell Him your sorrows, for u'll be heard and help will be on its way. (yippies =))


well girls,


isnt dat fair? ;PpP

till then,
brimming with love,
lay-d-bird <3

Sunday, December 13, 2009

pendapat rewang

assalamualaikum.

hari ini, izinkan kerengga bermurah hati memberi pendapat sebentar. sekejap je, bole? pada pendapat kerengga la, dalam berjuta2 manusia pastinya ramai sudah ada blog. mungkin ada blog sendiri atau berkongsi2 blog macam kat sini ha. jadinya, pembaca boleh nampak macamana lifestyle atau peribadi penulis ni dari hasil karya blog dia. kalau banyak gambar2 editan sendiri tu maksudnya penulis mesti suka pictures and art. kalau yang banyak letak sajak mesti dia ni budak sastera. dan kalau banyak cerita gossip sana gossip sini mesti orang tu mat kepoh. tak kisahlah kan, tapi kenapa kerengga nak pembaca take note benda ni?

sebenarnya, sangatlah susah untuk seseorang tu menulis if dia tak suka menulis. dan kalaulah hari itu dia ringan tangan menulis, alangkah berharganya karya tulisan dia tu. tapi what if apa yang dia tulis tu puitis gile? answer: just accept it. baca dan hadam. bukan senang nak dia menulis, kan? kalau rock habis? answer: still the same.

kesimpulannya? takde. sendiri buatlah. :)

take care!

Saturday, December 12, 2009

Tugas kita.. hanya mengajak dan menyampaikan

Bismillah..

Duduk-duduk sebentar.
Tiba-tiba terfikir.
Macam mana para syuyuh (org lama) boleh bertahan dalam dakwah.
Tidak pernah kenal penat lelah.
Saya dulu pertama kali mendengar perkataan usrah dari mulut guru geografi saya.
Beliau dulu akhawat macam kita jugak.
Hasil tarbiyah daripada sini, bumi tanah percuma.

Bila teringat pada dia, buat saya kagum.
Kegigihan dia.
Kesungguhan dia.
Memberi dan memberi. mengajak dan mengajak lagi.
Walaupun dia tahu kadang-kadang tak nampak mana hasilnya.
dia tahu, manusia ini hatinya Allah yang pegang.
dia mengajak dan mengajak lagi.
dia teguhkan hati, tebalkan sabar.
Sebab dia tahu, tugasnya hanyalah menyampaikan.

Susahkan, nak membentuk orang.
sebab tu, jalan ini disunnatullahkan susah.
oleh sebab tu jugak, kena banyak bermunajat pada Allah.
Pesan guru geografi itu kepada saya.

Friday, December 11, 2009

lady gaga?


hahaha, SALAM SEMUA... mungkin ada yg tertanya2, ehh nih sape sesat nih, saya nih semut juga yaa, tapi setelah lama2 pikir2 sume name semut saya takde yg saya berminat so saya nak jadi ladyBIRD la bukan lady gaga yg bakal menyusul di purdue, ke dah lepas? wahahhaa


erms where to start, okie dokies, since i cant tell u who i am rite? okayy, nak crite la what to expect from my writings in this blog:


1) i might use english rather than bm coz i SUKE HATI I.

2) dont expect me to be puitis like 'ouh bunga berterbangan, satu-satu kelopak jatuh' coz im down right CYNICAL AND SARCASTIC n i might die if i do tht.wahahahha

3) i might be hated by u all at first, but lama2, u'll noe how loving n warm i am inside. (awww shucks)


4) i am controversial and hip sket meaning my words might be harsh.


teehee


till then,


brimming with love,

lay-D-bird

Thursday, December 10, 2009

Wednesday, December 9, 2009

selamat-semuanya

Bismillah..

Pintu bangunan Psychology ditolak kuat. Alhamdulillah, paper final statistik baru sahaja berlalu, membuatkan hatiku berdetak riang. Moga Allah memberikan yang terbaik. Malah hati bertambah riang tatkala pertama kali berkenalan dengan satu ciptaan Allah ini. Salju itu menyapa lembut mukaku sebaik saja aku keluar dari bangunan psychology. Kusangkakan ianya habuk sebab ia persis sekali habuk yg berterbangan. Pernah kamu berkunjung ke negeri utara tatkala musim ladang-ladang tanaman dibakar? seperti itulah habuknya tapi lebih halus dan putih tentunya. Bila difikir kembali, Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hidupku yang membuatkan hidup ini sentiasa terasa indah di bawah pemberian nikmatNya. Maha suci Allah, tersentak seketika dari lamunan, mengira-ngira semula apa yang aku berikan kembali kepada Allah. Sudahkah aku lakukan yang terbaik? Jika ada pun mungkin sedikit. Selebihnya hangat-hangat tahi ayam. Muhasabah semula, betulkan kompas kembali.

......
......

Sempena dah nak masuk tahun baru 1431 H ni, jom kita berazam untuk jadi mukmin muslim yang lebih baik. Iyalah, semua dalam kehidupan kita kan ke ibadah? Mesti sangat best kalau ibadah-ibadah kita ni indah di mata Allah. Oleh itu, lakukan yang terbaik, berikan yang terbaik, tak kira dalam ibadah khusus, dakwah, study, mahupun kerja. Itulah baru dinamakan muslim. Dia sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara dengan harapan Allah redha padanya.

oleh itu..
Wahai diriku,
Qum! Bangun!

Sunday, December 6, 2009

bergerak itu juga tarbiyyah

bismillah.
tepu dengan study yang menyihirkan, maka mari lepak disini sekejap =)

dulu askar selalu beri alasan "tak kuat, tak mampu" tika disuruh bergerak. setelah melaluinya sendiri, baru askar tahu, bergerak itself is a learning process. bak kata kak azwa, kalau tak tahu takpe, buat je. it is common to make mistakes, lepas tu belajarlah dari kesilapan. biar pengalaman mengajar kita.

tak tahu macam mana nak ajak usrah? hurm, ingat balik, siapa yang ajak usrah kita dulu, macam mana dia buat?tak tahu nak bawak apa dalam usrah, lihat naqibah/kakak kita, apa yang dia bawa, yang paling menyentuh hati kita?

tapi kenapa askar kata bergerak itu tarbiyyah? sebabnya, bila iman tengah paling down di gaung paling bawah sekalipun(nauzubillah), kita terpaksa review nota2 kita secara konsisten, kerana perlu disampaikan dalam usrah dengan adik2. perlu pula sentiasa cek amal adik-adik kita, secara tak langsung, ter'cek' juga amal diri sendiri, insyaAllah. bila lihatkan amal adik2 laju melebihi diri sendiri yang merangkak seperti kura-kura, adalah tazkirah yang paling best bagi askar, kerana diingatkan perlu lebih laju dan laju!

bila bercerita pada adik-adik, kita akan tersentak sendiri, jika apa yang dicakapkan tidak dibuat. mana taknya, Allah dah warning dah dalam surah assoff ayat 3. (sila pergi check!dah?ok sambung). akan terngiang-ngiang apa yang kita beritahu pada orang, kerana bimbang menjadi hipokrit, bimbang dapat kemurkaan Dia Al-haakim.

tapi pagi tadi, semut api igtkan semut askar,(semut api gigit kan pedih? =) ) sepatutnya, kita share apa-apa dengan iman yang melonjak-lonjak tinggi, kerana semangat mahu sampaikan sesuatu. tersentak askar sekejap. oh kiranya tak boleh bekerja secara lewa lah ya? dush, reset niattt!!!

maka askar berfikir dan berfikir. sungguh, rasa terbeban sangat2 bahu askar, memikirkan tanggungjawab sangat besar. adik itu bagaimana perkembangannya, adik ini bagaimana pula? usrah bukan pertemuan sekali seminggu je tau!mana nak kejar studies lagiiii?beratnyeee :(

kemudian, terjawab dan terubat bila terdengar lagu ini;
"Tiada pernah lelah
Memikirkan umat
Engkarkah atau dlm ibadah"
-Tiada kata terucap, tashiru-

sayang Rasulullah saw? mahu redha Dia? buatlah semua sunnah baginda saw. kakak askar kata, berdakwah adalah sunnah terbesar baginda :)
selamat beramal semuts! dan selamat berjuang pen dan kertas!

Friday, December 4, 2009

tensen

salam..

saya nak jerit jugak.

aaaaaaaaaaaaaaah!

tensennya.

tensen dgn diri sendiri.

*dish*

pegi stadi.

kuatkan amal. pegi!

p/s: post random. maap ye.

~slamat imtihan semut2 semua. sapa yg x staadi, dia la yg menjahanamkan diri sendiri. stadi tu alat, tahu? \(^.^)/

Thursday, December 3, 2009

aku

Syaitan jenis apa yg merasuk jiwa ini?

Apa jenis perangaikah ini?

Kaukah itu yg bergelar daei?

Sesak nafasku.

Kemana aku harus lari.

Ruang mana aku harus sembunyi.

Lari.. lari dari lembaga jahiliah yg menghantui hati.

Lupus.. lupuskan selut jahiliah yg membeku di hati.

Allah.. oh, Allah.. tolong aku.

teguhkan hatiku untuk bertaubat.

aku benar-benar mahu.

p/s: x dpt nak jadi comel. hu.


surat berantai sudah tiba

ini adalah surat rantai pertama. surat ni kerengga karang sendiri dan ditujukan kepada sapa2 yang terbaca post kali ni. (hah! kamu sudah terbaca ni. kena buat jugak ya..)
larian 13x100m akan dimulakan. get set, GO!!!


Soalan Muhasabah

1. Apa khabar iman?

2. Bagaimana cuti/minggu lepas? Bagi yang bercuti, gembira dengan apa yang dilaksanakan/dilakukan?

3. Rasa2nya, graf iman bagaimana?

4. Adakah kamu bangga dengan apa yang telah dilaksanakan/dilakukan sepanjang minggu lepas?

Soalan Chomel

1. Hari tu, solat raya aidiladha di mana?

2. Pakai baju apa? Warna terang (semestinya)?

3. Kalau nak tau surah/ayat favorite boleh?


Ha, selamat menjadi semut2 yang comel! (except pada chemut comot yang sudah chomel tu..hee)


I wanna run!!

terasa macam nak menjerit

aaaaaaaaaaaahhhhhhhh


tensen!

akak!!

kite tensen tengok akak.

kite tensen bila tengok akak asyik tido
kite tensen tengok akak nyanyi lagu2 jahiliyah
kite tensen tau sebenarnya!!

kite rase mcm nak lari jauh2 dari akak..
sbb kite rase xmampu nk bg or bawak kebaikan kat akak

nak tau tak,kite rase nak kawin cpt2! nak duduk dgn org yg beriman sket. so that kite tak terpengaruh dgn jahiliyah akak..

akak..
kita betul2 tensen nih..

kita benci tengok akak asyik tido je memanjang.

kita pun mula dah rasa malu nak cakap pasal tegakkan negara islamla ape la..

malu!
malu sbb hasrat melangit tapi diri sendiri compang camping..

i feel i'm a failure.

its only either i can influence u become a better person or u make myself better or it will turn other way round.

i will getting bad and so u r.

not to point others.
but myself too that so corrupted..
aku pun tengah cuba nak sental kuat2 jahiliyah yang ada dalam diri, ni tambah lagi dengan jahiliyah akak. kadang2 tak dapat lari akan terpengaruh dan memekatkan jahiliyah yang ada..aku pun terikut sama.

ya Allah aku memang hamba yang lemah.

ya Allah..ada kala..tak tahan dgn akak..

bukan nak bajet diri baik sangat. tapi pengaruh tak dapat tidak tetap akan terpengaruh jugak. its either kite dpt pengaruh akak, atau akak pengaruh kite..

kdg2 buat mcm tak tau je..
dlm hati mampu sabar je.

Allah tu ada. Allah tu ada.

kite benci tgk akak dlm jahiliyah. mcm kita benci diri kite dlm kurungan jahiliyah..

kadang-kadang geram dengan diri sendiri. kenapa aku tak bersuara?? kenapa?


maaf. saya tensen. kerja sihir pun takde bagi sy tensen camni. rasa nak jerit kat dunia tarbiyah..tarbiyah!! sudilah peluk daku erat-erat! saya nak orang kat sebelah saya pun tertarbiyah sekali..kalau saya tak dapat tarbiyah dia, paling kurang saya harap dapat selamatkan diri

in my mind only two. getting worst, or getting better. no matter what, i have no choice other than to choose I MUST GETTING BETTER. I MUST CHOOSE TO BE BETTER.

Wednesday, December 2, 2009

60:10

bismillah,

saje nak share cerita dengan semut2 lain. askar ada adik, tapi askar tak berapa nak click pada dia. dia kata dia mahu dekat pada islam, tapi askar tak selesa dengan dia. askar rasa dia pretending, suka menipu semata-mata mahu attention askar, bukannya mahu pada islam[ingatlah askar,hanya Allah yang boleh judge!] askar rimas dengan dia, walaupun sering sahaja kakak askar ingatkan, dia target mad'u yang bagus, sebab dia mahukan attention askar. tiba-tiba, askar terbaca ayat ni. tersentak!huhu.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka: dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir."[60:10]

tadi si adik beritahu, dia mahu berhijrah. doakan adik askar ya. dan doakan syaitan tidak berjaya merosakkan hubungan kami.

Tuesday, December 1, 2009

Kewajipan KITA

Wa ma 'alayna illal balagh
There is no responsibility on us
EXCEPT
conveying the truth
(Sheikh Maulana Sayyid Abu A'ala Al Mawdudi)