Wednesday, December 30, 2009

mencapai hati.

assalamualaikummm semut semuaaaa.pasti semua sedang sibuk kan, belum berada di sarang masing2. harapnya, di masa sibuk ni, tinggi melonjaklah iman kalian inshaAllah.

dan buat mereka yang di luar sana, time time winter break ni pasti banyak gathering kan?bagaimana gathering anda?mencambahkan iman au la'[atau tidak]?

ittaqullah!hehe mcm berkhutbah pulak. sbnrnya nak share, korg dah baca belum post saiful islam yg plg baru?besttt. ok ni excerpts, kalau belum sempat baca.

HASAN AL-BANNA DARI KACA MATA ABBAS AL-SISI

Saya sentiasa ingat kisah yang diceritakan oleh Abbas Al-Sisi di dalam bukunya “Jalan Menuju Hati“ tentang pendekatan Hasan al-Banna di dalam dakwahnya.

Suatu ketika seorang lelaki datang ke pejabat Ikhwan al-Muslimin untuk mendaftar sebagai ahli. Apabila Hasan al-Banna melihatnya, beliau berkata, “Assalamualaikum ya Muhammad”

Lelaki itu amat terkejut. Bagaimanakah Hasan al-Banna tahu namanya. Kata Hasan al-Banna, “aku pernah mendengar rakanmu melaungkan namamu semasa kita di sebuah stesyen keretapi!”

Begitu sekali Hasan al-Banna sensitif dalam memenangi hati manusia di sekitarnya. Ia bukanlah skill yang dibuat-buat, tetapi datang dari jiwa yang mempercayai bahawa manusia berhubung dengan perasaan, bukan formaliti dan ilmu kepandaian. Apatah lagi hubungan paksaan.


“Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib!” [Fussilat 41: 34]


“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu.” [Aal 'Imraan 3: 159]


maka jangan mengalah, kalau hati mad'u df belum lembut. mari capai hati-hati! teringat kata semut api dahulu, kalau si mad'u tak dpt menerima, mungkin sebab hati penyampai atau penerima itu bermasalah. kerana si mad'u sedang mencari hidayah, inshaAllah hatinya bersih. that leaves it to us. kan? maka mari juga topup iman diri sendiri inshaAllah.

No comments: