Bismillah..
Pintu bangunan Psychology ditolak kuat. Alhamdulillah, paper final statistik baru sahaja berlalu, membuatkan hatiku berdetak riang. Moga Allah memberikan yang terbaik. Malah hati bertambah riang tatkala pertama kali berkenalan dengan satu ciptaan Allah ini. Salju itu menyapa lembut mukaku sebaik saja aku keluar dari bangunan psychology. Kusangkakan ianya habuk sebab ia persis sekali habuk yg berterbangan. Pernah kamu berkunjung ke negeri utara tatkala musim ladang-ladang tanaman dibakar? seperti itulah habuknya tapi lebih halus dan putih tentunya. Bila difikir kembali, Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hidupku yang membuatkan hidup ini sentiasa terasa indah di bawah pemberian nikmatNya. Maha suci Allah, tersentak seketika dari lamunan, mengira-ngira semula apa yang aku berikan kembali kepada Allah. Sudahkah aku lakukan yang terbaik? Jika ada pun mungkin sedikit. Selebihnya hangat-hangat tahi ayam. Muhasabah semula, betulkan kompas kembali.
......
......
Sempena dah nak masuk tahun baru 1431 H ni, jom kita berazam untuk jadi mukmin muslim yang lebih baik. Iyalah, semua dalam kehidupan kita kan ke ibadah? Mesti sangat best kalau ibadah-ibadah kita ni indah di mata Allah. Oleh itu, lakukan yang terbaik, berikan yang terbaik, tak kira dalam ibadah khusus, dakwah, study, mahupun kerja. Itulah baru dinamakan muslim. Dia sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara dengan harapan Allah redha padanya.
oleh itu..
Wahai diriku,
Qum! Bangun!
No comments:
Post a Comment