bismillah.
tepu dengan study yang menyihirkan, maka mari lepak disini sekejap =)
dulu askar selalu beri alasan "tak kuat, tak mampu" tika disuruh bergerak. setelah melaluinya sendiri, baru askar tahu, bergerak itself is a learning process. bak kata kak azwa, kalau tak tahu takpe, buat je. it is common to make mistakes, lepas tu belajarlah dari kesilapan. biar pengalaman mengajar kita.
tak tahu macam mana nak ajak usrah? hurm, ingat balik, siapa yang ajak usrah kita dulu, macam mana dia buat?tak tahu nak bawak apa dalam usrah, lihat naqibah/kakak kita, apa yang dia bawa, yang paling menyentuh hati kita?
tapi kenapa askar kata bergerak itu tarbiyyah? sebabnya, bila iman tengah paling down di gaung paling bawah sekalipun(nauzubillah), kita terpaksa review nota2 kita secara konsisten, kerana perlu disampaikan dalam usrah dengan adik2. perlu pula sentiasa cek amal adik-adik kita, secara tak langsung, ter'cek' juga amal diri sendiri, insyaAllah. bila lihatkan amal adik2 laju melebihi diri sendiri yang merangkak seperti kura-kura, adalah tazkirah yang paling best bagi askar, kerana diingatkan perlu lebih laju dan laju!
bila bercerita pada adik-adik, kita akan tersentak sendiri, jika apa yang dicakapkan tidak dibuat. mana taknya, Allah dah warning dah dalam surah assoff ayat 3. (sila pergi check!dah?ok sambung). akan terngiang-ngiang apa yang kita beritahu pada orang, kerana bimbang menjadi hipokrit, bimbang dapat kemurkaan Dia Al-haakim.
tapi pagi tadi, semut api igtkan semut askar,(semut api gigit kan pedih? =) ) sepatutnya, kita share apa-apa dengan iman yang melonjak-lonjak tinggi, kerana semangat mahu sampaikan sesuatu. tersentak askar sekejap. oh kiranya tak boleh bekerja secara lewa lah ya? dush, reset niattt!!!
maka askar berfikir dan berfikir. sungguh, rasa terbeban sangat2 bahu askar, memikirkan tanggungjawab sangat besar. adik itu bagaimana perkembangannya, adik ini bagaimana pula? usrah bukan pertemuan sekali seminggu je tau!mana nak kejar studies lagiiii?beratnyeee :(
kemudian, terjawab dan terubat bila terdengar lagu ini;
"Tiada pernah lelah
Memikirkan umat
Engkarkah atau dlm ibadah"
-Tiada kata terucap, tashiru-
sayang Rasulullah saw? mahu redha Dia? buatlah semua sunnah baginda saw. kakak askar kata, berdakwah adalah sunnah terbesar baginda :)
selamat beramal semuts! dan selamat berjuang pen dan kertas!
No comments:
Post a Comment