Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Syukur alhamdulillah.Dapat menjejakkan kaki kecilku di tanah ini. Seketika aku terkedu. Gelap. Suram. Tiada kata mampu kuucapkan kecuali 'Ya Allah, aku mahu Kamu'. Seketika tadi aku berhujankan cahaya, namun sekarang, kemana cahaya itu menghilang? Oh! Aku lupa! Aku lupa! Aku bukan di lembah cahaya lagi. Aku di lembah ini. Lembah yang bakal diterangi cahaya. Lembah yang bakal dihiasi keindahan bertuhankan Allah Yang Satu. Kaki kecilku menggeletar. Ya Tuhan, sungguh gelap tempat ini. Nyalakan api di dlm rohku ya Allah. Aku mahu mereka merasai bahangnya. Sampai saatnya, alihkan matahari itu ke lembah ini ya Tuhan. Ameen.
Dear readers and semut-semut sekalian.
Moga berputik bunga-bunga ukhwah antara kita.
Mekarkan ia Ya Allah.
Moga tautan hati ini akan mewangi di taman firdausi.
Ameen.
Salam sayang dari semut api
=)
No comments:
Post a Comment