Friday, November 6, 2009

sejuknya hati..

Bismillah..
Tatkala saya dan sahabat tgh duduk membincangkan ayat alquran dalam halaqah hari ini, tiba-tiba masuk lima pemuda yg kelihatan seperti dalam lingkungan 16 hingga 17 tahun. Mereka berjalan, tanpa sedecit bunyi, seorg menjadi imam, empat lagi di belakang. "Wal-Asr..." Lantun imam muda itu usai membacakan alfatihah.

Subjek perbincangan antara dengar dan tidak. Fokus sy terlari kepada lima pemuda yg tgh bersolat itu. Begitu gahnya mereka. Entah kenapa kelibat mereka merupakan satu pandangan yg sgt mengagumkan.

Mereka sgt muda. baya adik2 saya yg masih di bangku sekolah. Saya sgt2 takjub dgn pemandangan semacam ini sebab jrg sekali saya melihat anak2 muda mempunyai kefahaman yg melahirkan amal seperti ini.

Kalaulah semua pemuda islam berke'faham'an seperti anak2 muda ini.

Kalaulah semua pemuda islam tahu, sedar dan faham.

Kalaulah mereka sedar jatuh bangun dakwah ini adalah di tangan mereka.

Dan saya? satu pemuda islam..

janganlah dikurangkan tenaga yg sedia kurang.

No comments: