bismillah,
semut askar datang lagi. hehe. haritu askar bercerita panjang dengan adik-beradik semut, tentang bagaimana kakak masing-masing melayan kerenah kami. atau kata lainnya, DF. pada mulanya, askar ceritakan tentang kakak askar yang sabar bawa kami jalan-jalan, dan makan-makan.
tapi kata kerengga, itu yang general. apa yang spesificnya?maka askar pun berfikirlah. apa ya yang kakak askar buat dulu?
kemudian baru askar teringat, [macam mana boleh lupa ni?dush.ketuk kepala sendiri].
dulu, askar sangat-sangat tak mahu berjumpa dengan kakak askar. kerana keliru dengan usrah. tapi kakak tak pernah memaksa, kakak sabar, dan tak pernah sentuh soalan sensitif itu.
tahun berlalu. kini askar tinggal berjauhan dari kakak askar. tapi dia sering Y!M, sering hantar mesej di phone, malah dia pernah call juga. sering juga email dari kakak sampai pada inbox askar.
apa yang kakak askar tulis?tanpa putus asa, dia bertanya khabar. khabar iman, khabar fizikal, khabar akademik. tanpa jemu, dia akan bertanya perkembangan askar, sudah ada usrah belum. sudah initiate usrah atau belum. dengan lembut dan penuh hikmah, itu pasti. tapi askar tak banyak perkembangan. maka askar lebih suka mendiamkan diri. kadangkala, askar invisible pada dia[betapa jahatnye, huhuk!].
bila askar makin ada perkembangan, sudah ada usrah daratan dan online, baru askar akan berani menegur kakak askar. walaupun sebenarnya rindu di hati, siapa tahu. huhu. bila rindu, askar akan baca buku tarbiyyah dzatiyah pemberiannya sebagai hadiah perpisahan.
bulan berganti bulan[hehe ayat jiwang]. kakak askar makin sibuk dengan persiapan masa hadapannya. askar sangat gembira untuk kakak askar. sangat-sangat! yang buatkan askar terharu, dalam kesibukannya, kakak askar tetap meneruskan mesej, Y!M, email seperti biasa. sedangkan askar tahu, kakak askar sedang sibuk sangat2!
suatu ketika, askar terjatuh. askar sangat sedih. jahiliyyah di kiri kanan. askar tak tahu mahu beritahu siapa, selain Dia. kemudian askar adukan pada kakak askar. askar dapat prompt reply. dia terus bertindak, menyelamatkan jiwa askar dari terus merudum jatuh.
kenapa askar sangat terharu dengan usaha-usaha si kakak? kerana askar tahu, personalitinya sama macam askar. kami bukan jenis yang ramah bertanya khabar. kami lebih selesa mendiamkan diri. tapi dia boleh keluar dari kepompong selesa, maka kenapa askar tak boleh?
alhamdulillah, terima kasih Allah, pertemukan askar pada kakak askar. terimakasih Allah. uhibbukifillah hubban syadidan kakak!
- cerita bukan sebarang cerita. mari ambil pengajaran! =) -
No comments:
Post a Comment