Wednesday, November 11, 2009

seorang

kerja kerengga malam tu habis lewat. em, macam itulah kalau yang tinggal hanya 2 orang. kerja mesti dihabiskan, kalau tak pekerja esok akan merungut marah sebab sampah tak buang , dishwasher tak bersih dan sebagainya. tepat 9.50pm, kad di'swipe':

Kerengga
Clock-Out
Successful

Kala itu, kerengga bawak balik 2 bekas berisi strawberi-celup-coklat. Berbaki dari majlis tadi. Ingatkan nak bagi satu pada seorang adik ni. Terus kaki melangkah ke rumah adik yang bertentang arah dengan jalan balik rumah kerengga. Malam-malam. Sorang-sorang. Tapi kerengga teguhkan hati, kerana Allah ada malam itu dengan kerengga.

'Hasbunallah wa ni'malwakil'
Cukuplah Allah yang menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik2 Pelindung


Waktu dalam dishroom tadi, kerengga dah susun strawberi2 tu cantik2. comel sangat. macam tgh pakai kot (coklat) dan tali leher je strawberi ni, guman kerengga sorang-sorang. tapi, satu bekas tu kerengga tak pandai nak susun. buruk2. but isinya sama. dan waktu nak bagi adik tu, kerengga ingat nak bagi yang buruk sikit. sebab yang cantik tu nak share dengan housemates. then kerengga ingat pernah baca dulu, hadiah terbaik untuk orang lain is yang paling kita sayang. fikir punya fikir, kerengga pun bagilah adik tu yang cantik punya. terus adik tu puji cantik sangat susunan strawberi2 tu. then baru dia puji jugak decorative dia.

fikir punya fikir, memanglah..membina ikatan hati, caranya sangatlah halus.

pengembaraan kerengga belum habis. lepas borak2, kerengga minta diri. dah lewat sangat nanti. peluk cium adik tu (ehem2) then kerengga berjalan pulang. nampak seorang tapi hakikat ramai menemani kerengga saat itu. tiba2, ding-dong. Ding-dong. loceng jam menara tunjuk pukul 1030pm. siap ada lagu ala2 ringtones kemudiannya. apa tujuannya ek? kerengga pun tak amik kisah. hebat lagi loceng Allah nanti.

tengah2 jalan tu, tiba-tiba angin bertiup. daun2 berpusar hadapan kerengga. pokok2 berlambaian. menyisip salam sejahtera pada kerengga. tersenyum sungguh dengan hadiah Allah. betul2 Dia nak kata, Kerengga bukan seorang ya. ini, banyaknya makhluk Kami menemani kerengga pulang.

dan, terus rasa safe gila kemudiannya. sampailah kerengga selamat sampai ke bilik.

pengembaraan kerengga begitu saja pengakhirannya. nanti kerengga cerita lagi. jaga diri!

No comments: