"ini Tom"
sebelum kerengga menulis lebih jauh lagi, izinkan kerengga untuk clear up kan niat ya.
.......
.......
.......
selesai. ehem2. hari ni kerengga ada dua soalan untuk pembaca setia sarang nih.
1. amacam cuti kali ini?
ini jawapan kerengga:
kerengga suka cuti kali ni. Thanksgivings break yang bukan break untuk kerja dakwah kerengga. meski esok sekolah akan dibuka which means ada lectures, quizzes, exams dan finals akan berkunjung tiba, kerengga mahu juga berkongsi sedikit cerita hati sebelum kerengga duduk study atas meja, marathon revision untuk exam selasa ni. boleh ya?
dalam banyak2 cerita hati yang ligat menari2 dalam kepala sekarang nih, kerengga suka ingin berkongsi tentang ukhwah.
Ya, UKHWAH.
2. bagaimana ye ukhwah terjalin?
kerengga terasa surprise sendiri dengan rasa hati yang bagaikan mahu menangis2 tatkala sahabat2 kerengga pulang tadi. haah. mereka tidur 2 malam di rumah kerengga yang tak seberapa ni. biarpun kami sama2 kurang (mostly) mengenali sesama sendiri, mungkin kami tak tahu yang Allah sudah lama menautkan hati2 kami.
biarpun kami makan lain2 pinggan, kami menjamu lauk yang sama. lalu hati kami bertaut lebih erat.
biarpun mereka dari sebelah timur, kami tidur di bawah bumbung yang sama. berkongsi panas (heater overpowered) dan sejuk (heater off) dengan comforter dan selimut yang tak seberapa.
biarpun mereka sangat ceria dan talkative, tahukah itulah yang menceriakan cuti kami ? =)
biarpun.
biarpun...
biarpun.....
sedar tak sedar, saat berpisah kami sama2 membaca doa Rabitah. ada yang sanggup meninggalkan barang kesayangannya di sini. "takpe, Tom tinggal sini sebab kita sayang korang.." saat itu, airmata kerengga berguguran. terharu yang amat.
moga sahabat2 kerengga akan terus dilimpahi mentari Islam. hangat menyinari kehidupan yang islami. setulus ingatan yang takkan pudar dari tuan rumah.
Ya, UKHWAH...manisnya bukan?
1 comment:
salam.sedih rasanya baca entri kerengga kali ini..
ya,ukhuwwah itu manis rasanya tetapi sy blom benar2 mengecapinya lg..doakan sy ya..syukran.
Post a Comment