Saturday, November 7, 2009

rutin

bismillah.

assalamualaikum kawan-kawan!nama saya askar. nama penuh saya, semut askar. askar tak pernah lagi tulis apa-apa dekat sini. tapi membaca entry anai-anai, askar rasa sangat terkesan!dan perlu jugak menulis.

sedalam mana pon kita gali,
sekuat mana pon kita kerja,
kalau kita tak menjaga hubungan kita dengan big boss kita,
bahaya akan menimpa kita!

askar nak share lirik satu lagu ni:
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan"
mentari hidup, haikal.

askar mahu jadi mcm semut askar!yang rajin bekerja, dan sangat gagah perkasa. walaupun physically, saiznya kecik je. semut askar mahu jadi kuat rohani.

kadangkala, di kala askar dilanda kesibukan bekerja, askar terfikir, apa niat aku bekerja ni? sekadar hobi masa lapang ke?atau out of kebiasaan?atau, nauzubillah, nak tunjuk pada serangga-serangga lain yang askar sedang bekerja ke? hanya nak impress makhluk lain?atau mengharap redhaNya semata?

askar harap, kita semua akan mendapat redha Dia. tapi perlulah kita perbaharui niat selalu, dan bukannya hanya bekerja kerana itu adalah rutin harian.

2 comments:

ainaziz said...

salam~
trimas..
amin3..smoga jiwa ini sentiasa tenang~ n__n
salam ziarah juga~

semut said...

askar, go askar..