"sungguh, manusia berada dlm kerugian, kecuali orang-orang yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta SALING MENASIHATI UNTUK KEBENARAN & SALING MENASIHATI UNTUK KESABARAN"(103:2,3)
Wednesday, December 22, 2010
replaced
kan Allah janji, Allah akan gantikan dengan kaum yang lebih baik kalau kita tak 'berguna'? hu.
it hits me hard when it happens in front of my eyes. walau tahu, ofcourse lah janji Allah itu benar.
bila 'harun' yg saya sangat sayangi melangkah pergi, sampai down teruk berbulan-bulan, Allah gantikan dengan yang lain. yang muncul dengan peluang yang diciptakan Allah secara tiba-tiba, secara sekelip mata. bila satu adik lari, adik yang lain pula datang menyerah diri. walau mestilah taknak hanya tunggu dengan passive, patut berlari juga mengejar yang lari2 itu.
point saya, bukan tentang adik2 ini. tetapi, saya sangat takut, sekiranya satu hari saya give up, dan Allah terus gantikan dengan yang lain secepat itu. nauzubillahimin zalik. semoga Allah thabatkan hati-hati ini.
salam winter..
p/s:benar kata semut mana entah tak ingat, bila winter sahaja tummuhat masing2 melaju!bekerja bekerja yosh2!
Friday, December 17, 2010
daie
dia akan rendah hati bersimpuh depan Tuhannya
lantas menangis hiba
dan sama juga
biar jatuh teruk mana seseorang daie itu
dia masih menyimpan sisa rindu kepada Tuhannya
saatnya pasti tiba
tika daie yang lelah itu menundukkan diri
air mata terus berjurai turun
mengiyakan kebesaran Tuhannya
dan patuh pada fitrah dirinya yang perlukan Tuhannya
daie yang sebenar bukan terletak pada bersihnya kulit mukanya,
bukan juga pada kejernihan senyuman yang dilemparkan pada anak2 binaannya
dan bukan pada hebatnya tiap butir bicaranya
tapi daie yang sebenar
hatinya terus tunduk merendah hati
menginsafi kejahilan dirinya
matanya terbias bekas air mata
dari situ terjelas hikmah pada raut wajahnya, senyumannya, dan tutur bicaranya
daie itu menjadi impianku.
Thursday, December 16, 2010
:)
after fighting with exams and snow (?).
yep, i'm coming for more actions.
prepare brain for i'll use you for a need of dakwah's-brainstorming-phase.
gud luck y'll with exams and stay warm!
Friday, December 10, 2010
Thursday, December 9, 2010
evaluation
selalu terfikir, if I am the one being evaluated by Allah,
rasa-rasanya akan dapat rate rendah.
apa ye Allah akan letak untuk tahap performance aku sebagai hamba Dia.
cemerlang or tak? ke corot?
pondering.
Wednesday, December 1, 2010
snoww
tak tahu la, bila time winter kan, dia ada satu roh dakwah. hihik.
ke saya yang rasa sorang2?
time winter la peak untuk program-program KITA. cuti panjang kan.
but wait, kena mujahadah untuk final!
go semua orang! ^_^
Tuesday, November 30, 2010
Monday, November 29, 2010
kisah sorang adik
Friday, November 5, 2010
adikk.. akak mintak maaf ye.
tetiba tersedar ada satu janji dengan adik.
bawak dorang gi apple picking.
bila check web site, ladang apple dah tutup!
musim apple picking dah abis daa.
eh! dah bulan november.
huu.
adik, mintak maaf. :'(
Saturday, October 30, 2010
BE THE ROOT!
Monday, October 25, 2010
Sunday, October 17, 2010
minta maaf
Sunday, October 10, 2010
cinta baru
Thursday, October 7, 2010
pandu kereta
di country road bolehlah
orang tak hon sebab semua sama shj
tapi bila kereta masuk gelanggang lebuh raya
sikit-sikit sila-lah tekan minyak anda
masuk gear 5 (kalau manual)
kalau perlahan sangat orang hon
lama2 sebabkan kereta anda, traffic jam berlaku
semua orang jadi lambat
anda tiada option lain,
yg ada hanyalah menekan minyak lebih kuat
anda nak hentikan kereta?
mana bole..
ni kan lebuh raya.
nanti accident besar pula terjadi
siap2 kereta anda remuk takboleh dibaiki
jadi
teruskan pemanduan
fokus.
itu akan menambah keyakinan anda untuk tekan pedal minyak
mari, mari..
kita memandu laju!
Wednesday, October 6, 2010
bee-z
Monday, October 4, 2010
being me
Tuesday, September 14, 2010
a come back
Sunday, September 5, 2010
usrahtree
"Ntum lihat semua manusia dalam sistem tarbiyyah kita. Ingat baik-baik, mereka semua tidak confirm lagi bersama dengan kita. Kenapa?"
Berfikir sejenak.
"Mereka semua belum commit sepenuhnya dalam usrah kita?"
"Mereka belum bawa usrah lagi?"
"Mereka belum ditapis sepenuhnya lagi?"
Jawab akh tersebut.
"Kerana Allah yang memegang hati mereka. Terpulang pada Allah untuk menyatukan mereka bersama kita atau tidak. Pastikan setiap daripada kita mengikat jiwa kita kepada Allah setiap masa."
Saturday, August 14, 2010
sehebat syaitan?
Pada bulan Ramadhan, Allah merantai syaitan-syaitan. Dikunci dan dikurung dalam sel kurungan. Tapi yang peliknya, kejahatan dan keburukan sentiasa berlaku. Walaupun dalam bulan Ramadhan. Macam mana tu?"Syaitan ni pandai. Dia guna remote control je. Kawal dari jauh", kata naqib saya."Mereka dah 'ditarbiah' dengan mantap oleh syaitan. Sebab tu still buat jahat", tambahnya lagi.Seperti kata Tuhan dalam surah An-Nas pada ayat terakhir,"iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan manusia"
Tuesday, August 3, 2010
layang-layang
Tuesday, July 27, 2010
nisfu syaaban kami
malam semalam terasa special benar menyambut nisfu sya'aban di teratak pelangi ini.
Alhamdulillah Allah membasahkan hati ini di saat hati saya kering kontang dipenuh maksiat, juga dengan perut yg penuh dengan makanan Turkish.(Kitorang berbukak kat luar sempena alang-alang duit allowance dah masuk, juga menyambut besday seorang sahabat. *malas masak sebenarnya*). Anyhow, nak cerita bahawa manusia yang hatinya dekat pada tuhan yang mampu mendekatkan hati-hati lain pada tuhan. Berjejeran air mata ketika doa yang panjang dan mendalam diucapkan oleh beliau. Sungguh saya terasa indah benar perasaan di waktu itu. sudah lama tak rasa macam tu. Alhamdulillah..
Rahmati kami di teratak ini ya Allah. Simbahi kami dengan nikmat ukhwah yang kukuh. Kurniakan kami hidayah yang tak pernah henti. Amin.
Thursday, July 22, 2010
burung terbang tinggi!
Wednesday, July 21, 2010
hati yang berat
Inikah kesannya bila hati penuh maksiat?
Ya Allah, dah cuba banyak benda untuk dekat denganMu.
Adakah tak cukup Ikhlas?
Mungkin usaha ini tak cukup untuk membuang segala selut, debu kotoran dalam piala hati ini.
Maka Ya Allah, teguhkan hatiku.
Sucikan hati ini.
Tuesday, July 13, 2010
random lagi
Wednesday, July 7, 2010
kitorang ok =)
Buat semuts (dan anai-anai) yang berjauhan, kite nak kasik tahu korang kitorang ok lagi kat sini. capek sikit lepas kem. huhu, sebab lepas kem terus exam. sian semut pudu.. dorang sangat bertungkus lumus. Nanti pape kite roger lagi.
wassalam.
Tuesday, July 6, 2010
pancit
pertanyaan itu membuatkan saya tergelak pada awalnya..
sebab yang bertanya bukanlah orang yang tidak tahu..
saya ingatkan dia bergurau..
tapi sebenarnya ada yang ingin dia sampaikan..
"dah lama takde usrah ni, taklim je ada lah"
dia menyambung..
terlintas dalam hati
"di mana punca masalah?"
*******************************************
wahai naqib/ah,
penggerak islam sekalian,
sedar tak yang kita membawa satu amanah yang berat?
amanah yang mahu tak mahu,
harus kita pikul..
islam itu akan terus bergerak..
mahu ikut,
membantu,
hanya melihat
atau ketinggalan..
itu pilihan kita..
namun,
apabila kita sudah mula bergerak,
janganlah kita menjadi penghalang
perencat
atau menjadi hijab antara islam
dan manusia di sekeliling..
sedar tak sedar,
ada yang memerhatikan,
maka cubalah untuk menjadi contoh yang terbaik!
malah yang paling penting,
jangan kita lupa bahawa DIA sentiasa melihat..
wahai naqib/ah
bila diamanahkan untuk menjaga sekelompok mad'u,
peganglah amanah itu sebaiknya..
jangan kerana kita,
mereka yang dahulunya berminat,
kini makin menjauh..
kalau dulu-dulu,
masalah yang sering timbul adalah
betapa sukarnya mencari mad'u yang berminat pd islam..
bak dalam novel fatimah syarha
satu sosok (da'ie) yang sukar dicari,
menghabiskan tenaga dan waktu ke sana sini
mencari-cari mad'u
demi menyampaikan islam
namun sekarang,
mereka yang diberi kepercayaan
untuk bergerak dan bekerja
dalam islam semakin ramai..
tapi..
timbul masalah
naqib/ah yang mengabaikan kelompok usrahnya..
sehinggakan ada naqib/ah
yang telah berkali-kali diapproach oleh adik usrahnya
tapi masih belum dapat mencuri waktu utk mengadakan usrah..
terlalu sibukkah kita?
seminggu atau dua minggu tertinggal mungkin masih boleh dimaafkan..
namun,
jika sudah lebih sebulan atau 2 bulan?
mohonlah agar Allah mencampakkan kekuatan dalam diri kita
utk terus kuat dan istiqamah
'bergerak' dan 'bekerja' untukNya
yang dikategorikan sebagai manusia paling rugi di dunia ini..
iaitu yang menyangka dirinya telah melakukan kebaikan,
(mungkin dengan memegang title penggerak islam/naqib/ah)
namun sebenarnya akan diazab oleh Allah diakhirat nnt
akibat kelalaian sendiri..
peringatan terutama buat diri sendiri dan mereka yang menginginkan peringtan
p/s: kalau group usrah tak lengkap kerana ada ahlinya yang tidak mahu datang atau kurang berminat, itu tidaklah pelik, tapi kalau naqib/ah sendiri yang takde..erm..bukankah pelik? kerana selalunya naqib/ah itu adalah org yg sudah sedar akan tanggungjawabnya utk membimbing dan mendidik..layakkah kita digelar naqib/ah? layakkan!
p/s2: ketika diri menjadi malas (futur) paksalah utk memperbanyakkan amal ibadah (walaupun konfem susah, dah nama pun futur kan), tapi agar tidak terus jatuh graf iman kita dan moga berjaya mengalahkan nafsu dan musuh ketat kita, syaitan yg direjam!
p/s3: dosa/kesalahan itu ibarat tahi mata, kadang kita tak perasan tapi ia membuatkan kita malu jika orang lain nampak (and of course ia memburukkan wajah)..lalu tugas sahabat dan orang sekelilinglah untuk menegur kita agar dosa itu tidak terus melekat pada kita..(komen sy:pagi2 bangun tidur cucilah muka!! dan sentiasa pastikan tiada tahi mata melekat --> taubat dan taqwa~) -credit to nabilah mohamed tapi dah ditambah2 skit ayatnya.. :)
Sunday, July 4, 2010
Muhasabah - Kelemahan Diri
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....
Saturday, July 3, 2010
Hak²
"bla bla bla.. saya minta maaf kalau selama ni saya tak dapat nak menunaikan hak2 adek beradik saya..bla bla bla"
Wednesday, June 16, 2010
tertipu!
Masalah besar yang dihadapi oleh seorang daie adalah bagaimana untuk meninggalkan jahiliyyah. Mana mungkin seorang daie mampu bertahan di atas jalan dakwah ini berbekalkan jahiliyyah yang ada. Jika ada yang mengatakan sebaliknya, ternyata anda salah!! Kerana jahiliyyah akan merosakan amal dakwah anda.
Mungkin ramai daie di luar sana tertanya-tanya, bagaimana cara yang terbaik, di sini aku memberi sekadar pengalaman sahaja.
Satu-satunya cara terbaik meninggalkan jahiliyyah adalah anda menyibukkan diri dengan dakwah tarbiyyah, iradah qowiyah (keinginan yang kuat) sahaja tidak cukup untuk anda meninggalkan jahiliyyah. Lebih banyak anda bergerak dan berfikir untuk dakwah dan tarbiyyah, semakin banyak jahiliyyah yang akan anda tinggalkan.
Sebagai daie yang belajar, kita hanya perlu ada 2 bahagian masa, masa belajar dan masa dakwah, tiada masa untuk jahiliyyah..
masa untuk seorang daie belajar
Biasanya apa yang terjadi adalah daie-daie ini cuba mengisi jahiliyyah dalam ruang masa dakwah mereka, lalu tergadailah dakwah mereka. Atau pun mereka mengisi masa jahiliyyah mereka dalam ruang masa study mereka. Apabila gagal atau prestasi akademik merosot, mereka mula merasakan dakwah yang menjadi sebab utama, bukanlah jahiliyyah mereka, lalu mereka mula menarik diri perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit dari kelajuan dakwah, lalu tergadailah dakwah mereka sekali lagi. bukan hanya dakwah tergadai, prestasi akademik tidaklah meningkat juga, tetapi prestasi jahiliyyah meningkat dengan pesat sekali.
Lalu mereka merasa pelik dengan fenomena ini, sekali lagi mereka memperlahankan dakwah ini, memberi masa yang lebih untuk study kononnya. Ternyata mereka tertipu lagi! buat sekelian kalinya, dakwah mereka tergadai lagi. Kasihan sungguh dakwah bertuankan daie-daie seperti ini. Sudahlah yang kenal dakwah itu sedikit, dari yang sedikit ini, ramai pula yang tertipu dengan jahiliyyah. Alahai kesian!!
jika dahulu kita bicarakan kitaran bodoh manusia. kali ini aku berbicara kitaran bodoh seorang daie yang tertipu dengan jahiliyyah. ternyata jahiliyyah akan merosakkan dakwah dan study mereka.
bahagian masa daie yang tertipu
apa yang ingin aku katakan adalah, jangan cuba menarik diri anda dari dakwah ini, kerana anda hanya menggantikan bahagian itu dengan jahiliyyah. jangan mudah tertipu!! senang saja syaitan mencantikkan mata kita.
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan” [6:112]
cp dari Sayonara Jahiliyyah!!
Friday, June 11, 2010
daurah
menyahut panggilan semutM. saya disini! hehe. bahang summer membawa perubahan dalam semua hidup semut-semut. ada yang dah balik kampung. tapi askar masih tersangkut disini. walau sungguh, askar rindu tanah malaya dengan sepenuh jiwa raga.
baru-baru ni, ada program dekat universiti askar. macam leadership camp untuk group yg terpilih. mula2, askar tak terasa nak pergi, tapi ditakdirkan Allah, askar pergi jugak, hanya sebab dalam tentatif ada qiam jama'ie. [susah nak qiam sendiri summer2 ni t.t].
bila pergi, tengok2, camp tu, lebih kurang macam daurah penggerak!huwaaa sepanjang program tu terbayang2 wamy, tts. dia punya susunan meja and kerusi dalam dewan dah lebih kurang dah. pengisian, dan gaya penyampai, macam sebijik je dengan salah sorang murabbi di tanah air. ada pengisian psl ciri2 jundi, ada slot untuk buat planat, dsb.
sepanjang program, ada sorang makcik yang sentiasa mengiringi sisters. and 24 jam dia cuba psycho ktrg. terubat sikit rindu pada kakak2 kat malaysia, yang setiap kali prog, akan tidur dgn kami, bersembang dgn kami, sambil cubaan menyelitkan sedikit sebanyak kuasa psikik. eheh sukahati je namakan kuasa psikik.
manakan sama tarbiyyah gaya melayu dan tarbiyyah bukan melayu. tapi sikit sebanyak, mengubat rindu askar pada daurah kat malaysia.
dan tak sama juga daurah real, dan daurah online. tapi seorang jundi, kita bagi dia bahan terbuang, dia akan proses dan proses menjadi barang berguna kan? gunakan segala resource yang ada secara maksima. ini pesanan untuk askar sendiri, dan semua semut2 yang bertebaran, dan para duat yang jauh dari malaysia.
salam rindu,
askar.
vocab:
jundi=askar
jama'ie=beramai-ramai
du'at=daie-daie(plural)
p/s:er, siapa mahu tolong askar definiskan daurah?
Thursday, June 10, 2010
Semangat Baru
Wednesday, May 26, 2010
kotak
"Kotak itu tersimpan segala khazanah bumi", kata Pak Atan lembut.
"Ya? Betul? ", Kassim separuh menjerit.
Ada ruang di setiap penjuru kotak itu.
Ruang kosong yang berisi infinite garisan.
How big is infinity?
Monday, May 24, 2010
aksi
snap
Thursday, May 6, 2010
Dialog
Wednesday, May 5, 2010
eliminate the sedentary
either lavish food or lingering around.
It costs all money, sweat, and tears.
qum.
Friday, April 23, 2010
pohon2 yang banyak di sekeliling
terasa ingin sangat berkongsi apa yang baharu dibaca.
p/s: bacalah setiap patah dengan baik2. hadam terus. lepas tu, reflect keadaan diri kita.
di sini, ya.
Thursday, April 22, 2010
Housemateku=Murabbiku
Bersyukurku pada Allah kerana Dia tempatkan aku bersama orang-orang yang hebat.
Betapa Allah mahu mendidikku melalui orang-orang disekelilingku ini.
Tentunya orang yang paling dekat denganku sekarang adalah housemateku.
Dan housemateku adalah orang yang paling hebat aku pernah jumpa kot! Alhamdulillah.
Daripada dia aku belajar banyak benda yang sememangnya aku dah lama nak ubah, tapi tak boleh-boleh.
In away, housemateku yang banyak menDF, men-psyko aku untuk mengubah apa yang ada dalam diriku ini.
Sungguh unik org yang beriman itu. Mereka saling lengkap-melengkapi.
Alhamdulillah lagi sekali. ^_^
Be a better Muslim yuk!
Tuesday, April 20, 2010
Luahan perasaan semata-mata
Sunday, April 18, 2010
memindahkan kereta api
Saturday, April 17, 2010
Self Diagnose 101
Friday, April 16, 2010
daei yang tempang
Terasa diriku tempang.
Tanpa teman dakwahku yang setia. Mus'ab namaya. Dell Inspiron 15.
My Mus'ab is being attacked by trojans! bad trojan! T.T
Pening kepalaku.
Cemana nak berUO, nak menguruskan urusan-urusan D&T yang menghambat?
Astaghfirullahalazim.
Allah, selesaikan segala masalahku. Amin.
Tuesday, April 13, 2010
mereka sentiasa ada untuk 'mengganti' kita
zalimnya aku bila aku buat kerja lain sampai studi pun terabai. terabai tu bukan sebab kerja lain yg aku buat tu. tapi kegagalan untuk MENGURUS kerja lain tu seiring dengan kerja studi. ditambah pulak dengan kelemahan diri yang ada virus-virus malas, lemah semangat n mudah lari fokus.
pastu terfikir lagi.
ada je orang yang boleh gagal dalam studi. dan aku tengok orang tu tak kenal pun lagi D & T.
jadi aku rasa, aku tak perlu takut seandainya dalam perjuangan aku sekarang ni, mungkin aku 'tersyahid'. lebih baik lagi tersyahid dalam keadaan yang aku masih berada atas jalan ni dari aku tersyahid dengan langsung tak buat apa2 untuk D&T. tak bermaknalah aku nak mintak 'syahid'. sungguh aku tak mahu 'gugur' dari medan perjuangan ni. kerana aku masih mahu meneruskan perjuangan. andai 'tergugur' risau untaian rantai itu terputus atau lambat bergerak.
'syahid' yang dikejar bukan syahid yang membantutkan perjalanan D&T. seharusnya syahid yang dikejar itu syahid yang mempercepatkan D&T. seperti syahidnya para sahabat dalam peperangan menentang puak musyrikin. lantas, atas syahidnya mereka, islam beroleh kemenangan. (pasti punya faktor2 lain jugak yang menyumbang. tapi tanpa pengorbanan mereka, tak mungkin islam mampu menang dan bertahan(selain dari kuasa Allah yang mendatangkan pertolongan dengan memberi kemenangan kepada orang beriman). syahidnya mereka mengobarkan lagi semangat para sahabat untuk terus berjuang.
justeru, 'syahid' itu yang mahu digapai. bukan 'syahid' yang boleh mengugat semangat sahabat2 seperjuangan mahupun adik2. kerana melihat kakak yang 'syahid' membuatkan mereka gusar dan ragu-ragu apakah jalan ini jalan yang benar. iya. tidak mahu aku jadi fitnah atas jalan ini. namun hakikatnya, harus aku percaya akan qadar Ilahi. yang harus ku sedar, buat selagi terdaya dan termampu. curahkan segalanya. berusaha berusaha dan terus berusaha tanpa mengalah.
dulu, masa result sangkut, dimana mungkin sekadar anganan untuk menjejak kaki ke bumi canada ni, aku menggunakan 'alasan' dakwah kepada Allah untuk mengurniakan aku peluang. dan Allah Maha Berkuasa, mengabulkan hajat aku. sekelip mata, takdir bertukar. beberapa minggu sebelum tarikh berlepas, aku mendapat berita dari mama, pegawai JPA telepon kata aku boleh fly. masha Allah. tak tergambar perasaan tika itu. aku khabarkan berita ni pada semut api. semut api macam dapat agak tapi seakan tak percaya. aku suruh dia konfemkan dgn JPA betul2. dan hari itu hari jumaat kalau tak silap. aku yang mendapat berita di sekolah, (jadi cikgu sementara) terasa pagi tu syahdu sangat.
subhana Allah. kekuasaan Allah memang tiada tara. hanya kita perlu sandarkan KEYAKINAN setulusnya. mengimbau kenangan silam ni, buat aku muhasabah balik. apa maknanya untuk aku terus berada di sini? masa singkat. 4 tahun. (dan insha Allah andai punya rezeki, mau je sambung master. boleh dapat lagi 5-7 tahun di sini. untuk mantapkan lagi rantai2 menggerakkan dakwah).
dan aku memerhati dari sudut kaca mata aku yang silau ini. kalau aku tak bekerja, dan berusaha perbaiki diri. perbaiki CHARACTER. masih lagi nak manja2. ingatlah masa tak tunggu kita. akan sentiasa ada junior2, lapisan-lapisan seterusnya yang lebih baik dan akan mengganti tempat kita. siapa yang rugi? Allah tak rugi. Islam tetap akan terus orang perjuangkan hingga mati. yang rugi nanti kita sendiri.
ini rentetan selepas aku berbincang dengan ikhwah tentang penempatan ikhwah2 junior untuk ke sini. mendengar perkhabaran batch mereka mantap2, buat aku terfikir sejenak. semakin hari akan lahir generasi yang mungkin lagi hebat lagi mantap tanpa aku berusaha pun akan sentiasa ada. tapi tak mau ke aku menjadi antara simen-simen yang memperkuat dan memperhebatkan batu bata tersebut? tidak mahukan aku menjadi kain yang menggilap logam-logam tersebut untuk memperjuangkan dan menaikkan islam kembali? janji Allah itu pasti. Sunnatullah pasti akan terjadi. pilihan ada pada kita yang memerhati.
konklusi :
Friday, April 9, 2010
kisah khalifah kita
AI : You must be familiar with the caliphate story isn't it?
Me: It is the most ashamed story for the Muslim.
(berlalu sambil tak tahu nak kata apa dah pasai rasa malu.)
Conclusion:
1) Cerita pasal Mongol menyerang Baghdad tu benar ye kawan-kawan. Silalah ambik pengajaran. Naikkan semula khalifah.
Rasa malu sangat-sangat dalam kelas tadi. (u know when it feels when people talk about you. You must be felt embarrased lagi-lagi bila org cakap benda buruk pasal u. today, the story of caliphate being told in front of the nonmuslim in my class whereas i'm the only one who is muslim there.Talk about islam bermakna talk about me) T.T
Sunday, April 4, 2010
The weapon
Saturday, April 3, 2010
Tak tahu nak cakap apa dah.
Tebalkan kesabaranku.
*burst out crying*
p/s: jalan dakwah bukan untuk orang yang manja--->peringatan untuk diri.
4 times I went to the bmv to get my license. It turns out all my attempts to get the written test done are being rejected by the officer in charge. I dunno am I dumb or what. T.T
but, I am a stubborn person. Please turn down my application 1000 time over. I'll keep try to get my license no matter what. hah!
demi Allah!
^o^
Friday, April 2, 2010
anasir taghyir
Thursday, April 1, 2010
Kill that P word
Saturday, March 27, 2010
kecek serupo bikin
Monday, March 22, 2010
Hidayah [part 1]
Bila Hidayah naik darjah satu, ayahnya membawa dia ke bandar membeli baju sekolah. "Nak skirt atau baju kurung?" Ayahnya bertanya. "Mungkin baju kurung. Ibu kata budak sekolah pakai baju kurung." Kata Hidayah kepada ayahnya. Hidayah gembira kerana dibelikan baju putih berkain biru gelap. Di matanya baju itu lagi cantik daripada skirt biru gelap yang dipakai Aida, kawan sekelasnya. Hidayah juga selalu cemburu pada Fatin yang memakai tudung ke sekolah. Hidayah merasakan Fatin comel benar bertudung. Lalu Hidayah bertanya pada Fatin. "Macam mana eh buat tudung? kami nak pakai jugak,"Tanya Hidayah. Fatin menjawab tanpa segan silu." Haa, nak buat tudung senang ja. Amik kertas, pastu rendam dalam air. Nanti amik kertas tu pastu jemur tengah panas." Fatin, gadis kecil bergigi rongak di depan bercerita penuh semangat. "Camtu la buat tudung!" Omel Fatin sambil mengunyah keropok lekor.
“Wah! Nak buat lah tudung tu.” Fikirannya berputar-putar kepada tudung putih yang bakal dipakainya ke sekolah kelak. Petang itu Hidayah sibuk di belakang rumah dengan kertas putih yang dijemurnya. “Tak nampak macam tudung pun!” Sebal hatinya. Seminggu Hidayah merengek pada ibunya untuk mendapatkan tudung buat dirinya. Lalu belum tamat sesi persekolahan tahun itu, ibunya membelikan tudung putih bercorak bunga di tepi buat Hidayah. “Nanti Hidayah panas. Jadi ibu belikan Hidayah tudung yang satu lapis je. Ok tak?” Tanya ibunya. “ Ok bu!” Hidayah menyeringai gembira. Hatinya puas.
Hidayah si gadis kecil berumur tujuh tahun itu selalu hairan dengan ayahnya yang tak pernah sekalipun dilihatnya menunaikan solat. Di bulan Ramadhan juga begitu. Tidak pernah dilihatnya ayah bangun sahur bersama ibu dan adiknya. Kadang-kadang Hidayah naik geram sama ibu dan ayahnya yang tidak menghantar dia ke kelas Fardhu Ain di sekolah. Dia sedih bila mendapat tahu kawan-kawannya ke kelas Fardhu Ain sebaliknya dia tidak. Dia berfikir dan berfikir lagi.
*nama-nama watak tiada kaitan antara hidup dan yang telah meninggal dunia.
attoriq
Erti Allah itu kekuatan yang paling aula sebelum segalanya mula dia fahami. Erti seorang murrobi yang juga pernah menjadi mutarabbi juga dihadam lumat. Kini dia mula faham dalam gambaran yang lengkap tentang attoriq addakwah ini. Bila dia fikirkan semula tentang anak-anak binaannya. Dia jadi kaget. Yang dekat dengannya jarang benar berjumpa untuk ditautkan hati, inikan pula yang berada jauh berbatu-batu darinya. Apa harus dia lakukan? sedangkan yang mengikat manusia di jalan ini adalah hati-hati yang bersatu, hati-hati yang tsiqah. Itu kuncinya.
Dia termenung lagi. Merenung kelemahan diri.
Saturday, March 13, 2010
selangkah kebelakang
quote:to a special sum1 (u may not even know that u are); if awk masuk dlm system tarbiyyah ni, kte akn kerap bjumpa.i pray tht one day u will :')
endquote.
Sunday, March 7, 2010
Zzz...
p/s:sedih niiii. huaa.
Thursday, March 4, 2010
terlena
Terlenakah aku ya Tuhan?
Kejutkan ia
Kejutkan ia
Sebelum mentari pudar warnanya
Sebelum asap memenuhi ruang angkasa
Apa gunanya ilmu menggunung tinggi jika tiada amal disertakan bersama?
Tanya diri buat sekian kali
Tuesday, March 2, 2010
muhasabah
terasa diri bagai jatuh terhempas.
Jauhnya hati daripada Allah,
Kurangnya ingatan pada Allah,
Makannya banyak, zikirnya malas.
Tidurnya banyak, qiyamnya culas.
Hidup bermewah, infaq pula yang dielak.
Justeru bagaimana kelak?
Ngeri menerpa di ruang fikiranku,
Akukah benih tarbiyah yang tak menjadi itu?
Nauzubillahiminzalik.
Tsabatkan diriku.
Amin.
Sunday, February 28, 2010
Saturday, February 27, 2010
Permata
Telah pasti apa yang tidak pasti.
Permata ini yang dicari.
Betapa butanya hati ini.
Dia begitu hampir sekali.
Hanya perlu sentuhan sang murobbi.
Ya Rabbul Izzati.
Giliran aku kini.
Melengkapkan diri ini.
Ya Rabbul Izzati,
Kuatkan diri ini,
Sabarkan diri ini,
Sentiasa dekati diri ini.
Pesan murobbi masih tersemat di memori,
"Mad'u itu seperti lampu. Hanya perlu dipetik suisnya."