Wednesday, December 30, 2009

mencapai hati.

assalamualaikummm semut semuaaaa.pasti semua sedang sibuk kan, belum berada di sarang masing2. harapnya, di masa sibuk ni, tinggi melonjaklah iman kalian inshaAllah.

dan buat mereka yang di luar sana, time time winter break ni pasti banyak gathering kan?bagaimana gathering anda?mencambahkan iman au la'[atau tidak]?

ittaqullah!hehe mcm berkhutbah pulak. sbnrnya nak share, korg dah baca belum post saiful islam yg plg baru?besttt. ok ni excerpts, kalau belum sempat baca.

HASAN AL-BANNA DARI KACA MATA ABBAS AL-SISI

Saya sentiasa ingat kisah yang diceritakan oleh Abbas Al-Sisi di dalam bukunya “Jalan Menuju Hati“ tentang pendekatan Hasan al-Banna di dalam dakwahnya.

Suatu ketika seorang lelaki datang ke pejabat Ikhwan al-Muslimin untuk mendaftar sebagai ahli. Apabila Hasan al-Banna melihatnya, beliau berkata, “Assalamualaikum ya Muhammad”

Lelaki itu amat terkejut. Bagaimanakah Hasan al-Banna tahu namanya. Kata Hasan al-Banna, “aku pernah mendengar rakanmu melaungkan namamu semasa kita di sebuah stesyen keretapi!”

Begitu sekali Hasan al-Banna sensitif dalam memenangi hati manusia di sekitarnya. Ia bukanlah skill yang dibuat-buat, tetapi datang dari jiwa yang mempercayai bahawa manusia berhubung dengan perasaan, bukan formaliti dan ilmu kepandaian. Apatah lagi hubungan paksaan.


“Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib!” [Fussilat 41: 34]


“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu.” [Aal 'Imraan 3: 159]


maka jangan mengalah, kalau hati mad'u df belum lembut. mari capai hati-hati! teringat kata semut api dahulu, kalau si mad'u tak dpt menerima, mungkin sebab hati penyampai atau penerima itu bermasalah. kerana si mad'u sedang mencari hidayah, inshaAllah hatinya bersih. that leaves it to us. kan? maka mari juga topup iman diri sendiri inshaAllah.

Friday, December 25, 2009

bahang kerja

Bismillah..

Ku kira.. pada detik ini, banyak jiwa-jiwa yang sedang mencari.
mana satu jalan yang terbaik?
aduh, sukarnya kerja susun menyusun ini.
Allah, tolong aku lagi sekali, please.
Kurniakan aku jalan dan ilham.
kurniakan aku kekuatan.
kurniakan aku keteguhan hati.
Permudahkan ya Allah.
Permudahkan ya Allah.
Amin.

Saturday, December 19, 2009

Friday, December 18, 2009

kaifa imaanuki?

Bismillah..
Ladybird, semutmerah oso wants to curah-curah-hati. hope u don't mind eh. Last 2 weeks was a DiSASter. gosh! Penah x ada perasaan yang semacam dah xdak feeling dengan Allah? hu, itula yg semutmerah rasa. dea rasa macam ada selaput/penghadang kat hati. I hate dis feeling. Hu. Ni semua salah jahiliah! asyik-asyik jahiliah. betul... kalo kita x dijaga dengan tarbiyah, kita akan dijaga oleh jahiliah. O.O
Adoila. penat la macam ni. bila dah bangun, jatuh balik. abis tuh, bila la nak up level diri. Semutmerah ternanti-nanti bila la semutmerah ni boleh istiqamah. tertunggu-tunggu bila mutabaah amal leh mantop. tunggu-tunggu bila la leh bina adik-adik yang hebat. tunggu.. tunggu. Bila sampai ke tahap otak dan hati semut yg kecik ni shut down sebab terlalu banyak sangat beban dosa, semutmerah rasa time tuh the only one dat can help me is Allah.
Alhamdulillah ya Allah.. I found ur comfort. Tatkala semutmerah dengar suara akak semut besi membebel di balik corong poltok, diri ini kembali tenang. resah jiwa dan momokan nafsu kembali mengikut kata hati yang kembali segar dengan peringatan dan belaian ayat-ayat Allah. 2 minggu ini sangat teruk dirasa tanpa peringatan dan taujih yang dapat daripada usrah. Hu. Jangan salah paham ye. semutmerah bukan la nak jadi ekstrim ke hapa. hehe. tapi, yg penting kat sini ialah peringatan yg diberikan kpd kita setiap minggu tu la yang wat semutmerah rasa bertenaga. (bear in mind, charger iman paling kuat ialah qiyammullail ye).
Satu pengajaran semutmerah dapat dalam 2 minggu yang horror ni ialah do NOT ponteng usrah. hu. peringatan utk sedara2 semutmerah sekalian, kalo ada kawan-kawan yang tertinggal usrah ka, tertido ka, terskip usrah ka, benda yang kita wajib wat ialah kena contact sedara-sedara kita ni. Kena make sure sama-sama iman kita nih dalam gud condition. tak kisah la sms, calling, skyping, anything will do.
Akhir kata,
to all semuts, selamat cuti. Jadikan cuti kali ini bermakna. jaga iman, jaga amal.
special to ladybird, selamat terbang tinggi, moga terbang-mu kali ini dapat topup iman dengan lagi power.
oh, special to chemut chomot yg chomel dan semut askar, selamat pulang ke sarang lagi satu. Balik sini nanti nak kirim belacan boleh? kidding only. hehe.

Thursday, December 17, 2009

be still, my heart



mungkin this is the best place tuk curahkan hati dan perasaan saya.
ya, aku sengsara. knape kan dalam sebesar besar gajah badan aku, hati yg cenonet nih gak yg kuat berdenyut sakit. =(
once my heart shuts down, thus my watery eyes glands comes pouring down.
thus as it beats more often, painfully i decrease my activity and prefer staying undercovers.
the heart sucks! blah!!! stop heart, dont fail me now. well girls. good news, esk is Awal Muharam!!


yippies kan! so rather than sending a note to santa? *duhhh kerja bodoh*
i going to send a note to dear Allah,

dear Allah,
thank u for sending me to US, thou i still feel as if its a holiday, please excuse my shortcomings.
i know i've wasted to much time, i didnt really took care of my ukhwah and being self centered most of the time. i know that its UR time that i took, i never really owned any 'time' also.

dear Allah,

im sorry that i layan rejam and ikhwan thou i told u a million times already that i would leave them. i sorry that i loved rejam more than i love u. i just left him last week for the zillionth time, and this time i lied to him. to seperate with him this time i lied to make him hate me. i lied to a person i love dearly to HATE me. sincerely Allah, im NOT happy at all for leaving rejam. after leaving him, i feel sad, *sepak2 selimut*, marah2 orang, and i even feel that the world is dark and gloomy *logikla sbb winter* and i cry alot too! *am still crying**cry2* i guess he wont bother me anymore. =) mabe this is how u felt when i 'broke' up with u Allah. if only i had a gun that can shoot my brains out, yeap maybe that is the only way not to think about him aagain. =( =( but Allah guess what, im cutting my heart in pieces just to be with u.

dear Allah,

i dont want to promise anything to u this awal muharam coz i've sed enuf promises and breaking it up the very second i said it. they say, in dunia, that admittance is the first step of recovery. i guess this is what im doing. i not a perfect daie ya rabb, i will never b. excuse me for my negativity. tomorrow is awal muharam, i dont know if i can love u more than last year. more importantly i dont know if u still love me, *tsk tsk*

for next year, i just want to ask a small request from u. please wait for me before closing the gates of heaven. dats it. please do wait for me!!! if u choose to close the gates of heaven before me, at least, let me take a peek of who got in. xD thnk u.


"aku mempunyai satu impian, iaitu, untuk menyayangi Allah lebih dari segalanya"

till then,
ladybird.


Monday, December 14, 2009

all is fair no? niahahaha


life can be such a freakin biatch to us sometimes,

admit it. its real isnt it if i say that we cant get everything we want,

worst than that sometimes even the smallest and the least we hope to have, we cant!!


is life even fair to us all? no. sadly its not. ='(


then tell me one thing that is fair?


when all else fails, we still have Allah. because sadly to say, even sisters of islam


sendri kan tikam belakang kite and kadang2 rasa nak cepuk2 je. teehee xD niahahaha.


itulah hidup kawan2. hidup tak selalunya indah.(u can quote after me) niahahahaha.


so when u think that the world is low and nothing else matters. find ur CREATOR, Allah azza wal jallah and tell Him your sorrows, for u'll be heard and help will be on its way. (yippies =))


well girls,


isnt dat fair? ;PpP

till then,
brimming with love,
lay-d-bird <3

Sunday, December 13, 2009

pendapat rewang

assalamualaikum.

hari ini, izinkan kerengga bermurah hati memberi pendapat sebentar. sekejap je, bole? pada pendapat kerengga la, dalam berjuta2 manusia pastinya ramai sudah ada blog. mungkin ada blog sendiri atau berkongsi2 blog macam kat sini ha. jadinya, pembaca boleh nampak macamana lifestyle atau peribadi penulis ni dari hasil karya blog dia. kalau banyak gambar2 editan sendiri tu maksudnya penulis mesti suka pictures and art. kalau yang banyak letak sajak mesti dia ni budak sastera. dan kalau banyak cerita gossip sana gossip sini mesti orang tu mat kepoh. tak kisahlah kan, tapi kenapa kerengga nak pembaca take note benda ni?

sebenarnya, sangatlah susah untuk seseorang tu menulis if dia tak suka menulis. dan kalaulah hari itu dia ringan tangan menulis, alangkah berharganya karya tulisan dia tu. tapi what if apa yang dia tulis tu puitis gile? answer: just accept it. baca dan hadam. bukan senang nak dia menulis, kan? kalau rock habis? answer: still the same.

kesimpulannya? takde. sendiri buatlah. :)

take care!

Saturday, December 12, 2009

Tugas kita.. hanya mengajak dan menyampaikan

Bismillah..

Duduk-duduk sebentar.
Tiba-tiba terfikir.
Macam mana para syuyuh (org lama) boleh bertahan dalam dakwah.
Tidak pernah kenal penat lelah.
Saya dulu pertama kali mendengar perkataan usrah dari mulut guru geografi saya.
Beliau dulu akhawat macam kita jugak.
Hasil tarbiyah daripada sini, bumi tanah percuma.

Bila teringat pada dia, buat saya kagum.
Kegigihan dia.
Kesungguhan dia.
Memberi dan memberi. mengajak dan mengajak lagi.
Walaupun dia tahu kadang-kadang tak nampak mana hasilnya.
dia tahu, manusia ini hatinya Allah yang pegang.
dia mengajak dan mengajak lagi.
dia teguhkan hati, tebalkan sabar.
Sebab dia tahu, tugasnya hanyalah menyampaikan.

Susahkan, nak membentuk orang.
sebab tu, jalan ini disunnatullahkan susah.
oleh sebab tu jugak, kena banyak bermunajat pada Allah.
Pesan guru geografi itu kepada saya.

Friday, December 11, 2009

lady gaga?


hahaha, SALAM SEMUA... mungkin ada yg tertanya2, ehh nih sape sesat nih, saya nih semut juga yaa, tapi setelah lama2 pikir2 sume name semut saya takde yg saya berminat so saya nak jadi ladyBIRD la bukan lady gaga yg bakal menyusul di purdue, ke dah lepas? wahahhaa


erms where to start, okie dokies, since i cant tell u who i am rite? okayy, nak crite la what to expect from my writings in this blog:


1) i might use english rather than bm coz i SUKE HATI I.

2) dont expect me to be puitis like 'ouh bunga berterbangan, satu-satu kelopak jatuh' coz im down right CYNICAL AND SARCASTIC n i might die if i do tht.wahahahha

3) i might be hated by u all at first, but lama2, u'll noe how loving n warm i am inside. (awww shucks)


4) i am controversial and hip sket meaning my words might be harsh.


teehee


till then,


brimming with love,

lay-D-bird

Thursday, December 10, 2009

Wednesday, December 9, 2009

selamat-semuanya

Bismillah..

Pintu bangunan Psychology ditolak kuat. Alhamdulillah, paper final statistik baru sahaja berlalu, membuatkan hatiku berdetak riang. Moga Allah memberikan yang terbaik. Malah hati bertambah riang tatkala pertama kali berkenalan dengan satu ciptaan Allah ini. Salju itu menyapa lembut mukaku sebaik saja aku keluar dari bangunan psychology. Kusangkakan ianya habuk sebab ia persis sekali habuk yg berterbangan. Pernah kamu berkunjung ke negeri utara tatkala musim ladang-ladang tanaman dibakar? seperti itulah habuknya tapi lebih halus dan putih tentunya. Bila difikir kembali, Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hidupku yang membuatkan hidup ini sentiasa terasa indah di bawah pemberian nikmatNya. Maha suci Allah, tersentak seketika dari lamunan, mengira-ngira semula apa yang aku berikan kembali kepada Allah. Sudahkah aku lakukan yang terbaik? Jika ada pun mungkin sedikit. Selebihnya hangat-hangat tahi ayam. Muhasabah semula, betulkan kompas kembali.

......
......

Sempena dah nak masuk tahun baru 1431 H ni, jom kita berazam untuk jadi mukmin muslim yang lebih baik. Iyalah, semua dalam kehidupan kita kan ke ibadah? Mesti sangat best kalau ibadah-ibadah kita ni indah di mata Allah. Oleh itu, lakukan yang terbaik, berikan yang terbaik, tak kira dalam ibadah khusus, dakwah, study, mahupun kerja. Itulah baru dinamakan muslim. Dia sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara dengan harapan Allah redha padanya.

oleh itu..
Wahai diriku,
Qum! Bangun!

Sunday, December 6, 2009

bergerak itu juga tarbiyyah

bismillah.
tepu dengan study yang menyihirkan, maka mari lepak disini sekejap =)

dulu askar selalu beri alasan "tak kuat, tak mampu" tika disuruh bergerak. setelah melaluinya sendiri, baru askar tahu, bergerak itself is a learning process. bak kata kak azwa, kalau tak tahu takpe, buat je. it is common to make mistakes, lepas tu belajarlah dari kesilapan. biar pengalaman mengajar kita.

tak tahu macam mana nak ajak usrah? hurm, ingat balik, siapa yang ajak usrah kita dulu, macam mana dia buat?tak tahu nak bawak apa dalam usrah, lihat naqibah/kakak kita, apa yang dia bawa, yang paling menyentuh hati kita?

tapi kenapa askar kata bergerak itu tarbiyyah? sebabnya, bila iman tengah paling down di gaung paling bawah sekalipun(nauzubillah), kita terpaksa review nota2 kita secara konsisten, kerana perlu disampaikan dalam usrah dengan adik2. perlu pula sentiasa cek amal adik-adik kita, secara tak langsung, ter'cek' juga amal diri sendiri, insyaAllah. bila lihatkan amal adik2 laju melebihi diri sendiri yang merangkak seperti kura-kura, adalah tazkirah yang paling best bagi askar, kerana diingatkan perlu lebih laju dan laju!

bila bercerita pada adik-adik, kita akan tersentak sendiri, jika apa yang dicakapkan tidak dibuat. mana taknya, Allah dah warning dah dalam surah assoff ayat 3. (sila pergi check!dah?ok sambung). akan terngiang-ngiang apa yang kita beritahu pada orang, kerana bimbang menjadi hipokrit, bimbang dapat kemurkaan Dia Al-haakim.

tapi pagi tadi, semut api igtkan semut askar,(semut api gigit kan pedih? =) ) sepatutnya, kita share apa-apa dengan iman yang melonjak-lonjak tinggi, kerana semangat mahu sampaikan sesuatu. tersentak askar sekejap. oh kiranya tak boleh bekerja secara lewa lah ya? dush, reset niattt!!!

maka askar berfikir dan berfikir. sungguh, rasa terbeban sangat2 bahu askar, memikirkan tanggungjawab sangat besar. adik itu bagaimana perkembangannya, adik ini bagaimana pula? usrah bukan pertemuan sekali seminggu je tau!mana nak kejar studies lagiiii?beratnyeee :(

kemudian, terjawab dan terubat bila terdengar lagu ini;
"Tiada pernah lelah
Memikirkan umat
Engkarkah atau dlm ibadah"
-Tiada kata terucap, tashiru-

sayang Rasulullah saw? mahu redha Dia? buatlah semua sunnah baginda saw. kakak askar kata, berdakwah adalah sunnah terbesar baginda :)
selamat beramal semuts! dan selamat berjuang pen dan kertas!

Friday, December 4, 2009

tensen

salam..

saya nak jerit jugak.

aaaaaaaaaaaaaaah!

tensennya.

tensen dgn diri sendiri.

*dish*

pegi stadi.

kuatkan amal. pegi!

p/s: post random. maap ye.

~slamat imtihan semut2 semua. sapa yg x staadi, dia la yg menjahanamkan diri sendiri. stadi tu alat, tahu? \(^.^)/

Thursday, December 3, 2009

aku

Syaitan jenis apa yg merasuk jiwa ini?

Apa jenis perangaikah ini?

Kaukah itu yg bergelar daei?

Sesak nafasku.

Kemana aku harus lari.

Ruang mana aku harus sembunyi.

Lari.. lari dari lembaga jahiliah yg menghantui hati.

Lupus.. lupuskan selut jahiliah yg membeku di hati.

Allah.. oh, Allah.. tolong aku.

teguhkan hatiku untuk bertaubat.

aku benar-benar mahu.

p/s: x dpt nak jadi comel. hu.


surat berantai sudah tiba

ini adalah surat rantai pertama. surat ni kerengga karang sendiri dan ditujukan kepada sapa2 yang terbaca post kali ni. (hah! kamu sudah terbaca ni. kena buat jugak ya..)
larian 13x100m akan dimulakan. get set, GO!!!


Soalan Muhasabah

1. Apa khabar iman?

2. Bagaimana cuti/minggu lepas? Bagi yang bercuti, gembira dengan apa yang dilaksanakan/dilakukan?

3. Rasa2nya, graf iman bagaimana?

4. Adakah kamu bangga dengan apa yang telah dilaksanakan/dilakukan sepanjang minggu lepas?

Soalan Chomel

1. Hari tu, solat raya aidiladha di mana?

2. Pakai baju apa? Warna terang (semestinya)?

3. Kalau nak tau surah/ayat favorite boleh?


Ha, selamat menjadi semut2 yang comel! (except pada chemut comot yang sudah chomel tu..hee)


I wanna run!!

terasa macam nak menjerit

aaaaaaaaaaaahhhhhhhh


tensen!

akak!!

kite tensen tengok akak.

kite tensen bila tengok akak asyik tido
kite tensen tengok akak nyanyi lagu2 jahiliyah
kite tensen tau sebenarnya!!

kite rase mcm nak lari jauh2 dari akak..
sbb kite rase xmampu nk bg or bawak kebaikan kat akak

nak tau tak,kite rase nak kawin cpt2! nak duduk dgn org yg beriman sket. so that kite tak terpengaruh dgn jahiliyah akak..

akak..
kita betul2 tensen nih..

kita benci tengok akak asyik tido je memanjang.

kita pun mula dah rasa malu nak cakap pasal tegakkan negara islamla ape la..

malu!
malu sbb hasrat melangit tapi diri sendiri compang camping..

i feel i'm a failure.

its only either i can influence u become a better person or u make myself better or it will turn other way round.

i will getting bad and so u r.

not to point others.
but myself too that so corrupted..
aku pun tengah cuba nak sental kuat2 jahiliyah yang ada dalam diri, ni tambah lagi dengan jahiliyah akak. kadang2 tak dapat lari akan terpengaruh dan memekatkan jahiliyah yang ada..aku pun terikut sama.

ya Allah aku memang hamba yang lemah.

ya Allah..ada kala..tak tahan dgn akak..

bukan nak bajet diri baik sangat. tapi pengaruh tak dapat tidak tetap akan terpengaruh jugak. its either kite dpt pengaruh akak, atau akak pengaruh kite..

kdg2 buat mcm tak tau je..
dlm hati mampu sabar je.

Allah tu ada. Allah tu ada.

kite benci tgk akak dlm jahiliyah. mcm kita benci diri kite dlm kurungan jahiliyah..

kadang-kadang geram dengan diri sendiri. kenapa aku tak bersuara?? kenapa?


maaf. saya tensen. kerja sihir pun takde bagi sy tensen camni. rasa nak jerit kat dunia tarbiyah..tarbiyah!! sudilah peluk daku erat-erat! saya nak orang kat sebelah saya pun tertarbiyah sekali..kalau saya tak dapat tarbiyah dia, paling kurang saya harap dapat selamatkan diri

in my mind only two. getting worst, or getting better. no matter what, i have no choice other than to choose I MUST GETTING BETTER. I MUST CHOOSE TO BE BETTER.

Wednesday, December 2, 2009

60:10

bismillah,

saje nak share cerita dengan semut2 lain. askar ada adik, tapi askar tak berapa nak click pada dia. dia kata dia mahu dekat pada islam, tapi askar tak selesa dengan dia. askar rasa dia pretending, suka menipu semata-mata mahu attention askar, bukannya mahu pada islam[ingatlah askar,hanya Allah yang boleh judge!] askar rimas dengan dia, walaupun sering sahaja kakak askar ingatkan, dia target mad'u yang bagus, sebab dia mahukan attention askar. tiba-tiba, askar terbaca ayat ni. tersentak!huhu.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka: dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir."[60:10]

tadi si adik beritahu, dia mahu berhijrah. doakan adik askar ya. dan doakan syaitan tidak berjaya merosakkan hubungan kami.

Tuesday, December 1, 2009

Kewajipan KITA

Wa ma 'alayna illal balagh
There is no responsibility on us
EXCEPT
conveying the truth
(Sheikh Maulana Sayyid Abu A'ala Al Mawdudi)

Sunday, November 29, 2009

hadiah besday

Bismillah..
Pertemuan jiwa-jiwa yg berbekas begitu dalam baru sahaja berlalu. Aku mula merindui mereka yg berada di bahagian atas kawasan tanah percuma itu. Subhanallah, ukhwah terasa begitu indah sekali. Aliran2 keimanan begitu terasa powerful sekali pabila berada disekeliling mereka. Mereka begitu riang ria dan mampu mengubat hati yg sepi. Subhanallah, terima kasih Allah, yg memberi aku nikmat utk merasai kenikmatan berukhwah dan perasaan kasih sayang yg membara ini. Alhamdulillah.

Syukurku pada Allah yg memberi hadiah besday yg paling bermakna pada hari itu. Peluang berjemaah maghrib di tepi Lake Lansing begitu membelai hati yg mendambakan saat-saat manis bersamaNya.

Terima Kasih Allah, pemberi hadiah terbaik. ^_^

1001 pengalaman



"ini Tom"



assalamualaikum.

sebelum kerengga menulis lebih jauh lagi, izinkan kerengga untuk clear up kan niat ya.


.......



.......



.......



selesai. ehem2. hari ni kerengga ada dua soalan untuk pembaca setia sarang nih.

1. amacam cuti kali ini?

ini jawapan kerengga:

kerengga suka cuti kali ni. Thanksgivings break yang bukan break untuk kerja dakwah kerengga. meski esok sekolah akan dibuka which means ada lectures, quizzes, exams dan finals akan berkunjung tiba, kerengga mahu juga berkongsi sedikit cerita hati sebelum kerengga duduk study atas meja, marathon revision untuk exam selasa ni. boleh ya?

dalam banyak2 cerita hati yang ligat menari2 dalam kepala sekarang nih, kerengga suka ingin berkongsi tentang ukhwah.

Ya, UKHWAH.

2. bagaimana ye ukhwah terjalin?

kerengga terasa surprise sendiri dengan rasa hati yang bagaikan mahu menangis2 tatkala sahabat2 kerengga pulang tadi. haah. mereka tidur 2 malam di rumah kerengga yang tak seberapa ni. biarpun kami sama2 kurang (mostly) mengenali sesama sendiri, mungkin kami tak tahu yang Allah sudah lama menautkan hati2 kami.

biarpun kami makan lain2 pinggan, kami menjamu lauk yang sama. lalu hati kami bertaut lebih erat.
biarpun mereka dari sebelah timur, kami tidur di bawah bumbung yang sama. berkongsi panas (heater overpowered) dan sejuk (heater off) dengan comforter dan selimut yang tak seberapa.
biarpun mereka sangat ceria dan talkative, tahukah itulah yang menceriakan cuti kami ? =)

biarpun.
biarpun...
biarpun.....

sedar tak sedar, saat berpisah kami sama2 membaca doa Rabitah. ada yang sanggup meninggalkan barang kesayangannya di sini. "takpe, Tom tinggal sini sebab kita sayang korang.." saat itu, airmata kerengga berguguran. terharu yang amat.

moga sahabat2 kerengga akan terus dilimpahi mentari Islam. hangat menyinari kehidupan yang islami. setulus ingatan yang takkan pudar dari tuan rumah.

Ya, UKHWAH...manisnya bukan?



Wednesday, November 25, 2009

pelajaran berguna : teguhnya sahabat

ambil dari buku [Quantum Change] by Amru Khalid, cetakan februari 2008

Keteguhan Sahabat Nabi

Dialah Khubaib ibn Uday yang diutus oleh Rasulullah saw bersama beberapa orang sahabat untuk mengajak kaum kafir kepada Islam. Kaum Muslimim membuat perjanjian dengan kaum kafir untuk saling melindungi, akan tetapi mereka mengkhianati perjanjian yang telah disepakati. mereka menangkap dan membunuh beberapa orang sahabat, salah satu di antaranya adalah Khubaib yang ditangkap dan ditawan kemudiannya dijual kepada kaum Musyirikn di Mekkah. Sebelumnya sebagian keluarga Khubaib telah dibunuh di Badar.


Khubaib dibawa ke Tan'im, sebuah tempat yang terlarang bagi penduduk Mekkah untuk melakukan umrah. Dia disalib di sebuah pohon kurma untuk dibunuh. Abu Sofyan memerintahkan kepada pengikutnya untuk tidak membunuh Khubaib sekaligus, akan tetapi menyiksanya terlebih dahulu dengan memukuli sebagian anggota badannya seperti tangan dan kakinya.



Orang2 kafir lalu berkumpul dan melepaskan anak panah ke arah tangan dan kaki Khubaib. Namun Khubaib tetap menegakkan kepalanya dan tidak sedikit pun mengeluh setegak gunung yang kokok menancap di bumi.


Hai para pemuda, itulah keteguhan yang menancap kuat pada diri sahabat Nabi saw; tidak terpedaya oleh bisikan setan yang sesaat mendorong, kemudian lalai dan tidak berupaya untuk membangkitkannya kembali.


Sebelum orang2 kafir mulai menghujani Khubaib dengan panah, Abu Sofyan menghampirinya dan berkata, "Hai Khubaib, bagaimana jika Muhamad menggantikan posisimu saat ini, dan engkau bebas kembali kepada keluargamu !?"


Dengan tegas Khubaib menjawab, "Demi Allah, tidak terbersit sedikitpun keinginanku untuk bersama keluargaku, sedangkan Rasulullah saw tertusuk duri. Bagaimana mungkn aku menjadikannya menggantikan posisiku ini?"


Abu Sofyan membalikkan telapak tangannya, dan berkata, "Sungguh, tak ada orang yang mencintai orang lain seperti cinta para sahabat Muhammad kepadanya !"


Coba anda bayangkan, apakah anda juga mencintai Nabi saw seperti cinta Khubaib kepadanya? Renungkanlah sejenak ekspresi cinta sahabat Khubaib yang disaksikan langsung oleh Abu Sofyan ini !


Abu Sofyan bertanya lagi, "Apakah engkau menginkan sesuatu sebelum kematianmu ?" Khubaib menjawab, "Ya, aku ingin melakukan shalat sebanyak dua rakaat." "Baiklah, kami memberikan kesempatan kepadamu untuk melakukan shalat sebanyak dua rakaat," kata Abu Sofyan mempersilakannya. Lalu dia melakukannya, dan Khuabib adalah orang pertama yang melakukan shalat sunnah sebanyak dua rakaat sebelum kematiannya. Namun dia hanya melakukannya dengan ringan.


Khubaib berkata, "Demi Allah, kalau saja kalian tidak mengira bahwa aku takut menghadapi kematian, aku pasti memperpanjang shalatku sesuai dengan kehendak Allah." Dia lalu melantunkan sebuah syair yang mengutarakan keteguhan pendiriannya menjelang akhir hayatnya,


"Ketika aku dibunuh dalam
keadaan berserah diri (Muslim)
Tak kupedulikan kematianku
Sepanjang dalam keadaan berserah diri kepada Allah.
Adalah kehendak Tuhan, dengan berkah-Nya
Menghimpun jasad yang terserak."


Yang teramat penting bagi Khubaib adalah mati dalam keadaan berserah diri kepada Allah. Dia tidak peduli dengan cara bagaimanapun menjelang kematian, selama berada di halan Allah, dan menegakkan agama-Nya. Alah Mahakuasa untuk memberikan berkah terhadap jasad yang tercabik.


Setelah melantunkan syair keteguhannya, Khubaibrkan berdoa kepada Allah untuk menggetarkan hati orang2 kafir, "Ya Allah, hitunglah jumlah mereka semua, binasakanlah dan cerai beraikan mereka, jangan biarkan satu pun tersisa dari emreka !" (HR.Abu Daud Ath-Thayalisi)


Mendengar doa Khubaib, orang2 kafir yang menyaksikannya menjauh darinya kerana diliputi rasa takut. mereka takut doa Khubaib akan menimpa diri mereka.


Lihatlah bagaimana kepandiran dan kekacauan hati dan pikiran mereka kerana diliputi rasa takut. Kepala mereka tertunduk ke bumi, hanya kepala Khubaib yang tetap tegak. Dengan kekuatan iman dan keteguhannya, tidak ada sedikit pun perasaan gentar dalam dirinya. Camkanlah, saudaraku! Mungkin anda tidak seperti Khubaib, akan tetapi satu yang harus anda teguhkan di dalam hati, bahwa Islam adalah segalanya; anda harus hidup demi menegakkan Islam di atas segala- galanya!


p/s: cerita ini benar2 menyentuh hati kerengga. :D

Tuesday, November 24, 2009

pelajaran berguna : teguhkan hati

ambil dari buku [Quantum Change] by Amru Khalid, cetakan februari 2008

Agamamu adalah Darah Dagingmu

Dalam setiap peperangan yang dihadapi kaum muslimin, Rasulullah saw biasa menentukan slogan yang ditulis di atas panji-panji perang untuk mengobarkan semangat para sahabat. Slogan ini berfungsi memotivasi semangat, agar hati mereka tetap teguh dalam perjuangan.

Slogan dalam perang Badar adalah "AHAD !!!" (Satu); slogan perang Uhud adalah "Dinuka!!..Lahmuka!!...Damuka!!..." (agamamu, darah dagingmu).

Agama Anda adalah darah daging anda, berarti, misalnya sampel darah anda diambil dan diletakkan di bawah mikroskop untuk diteliti, maka akan tampak kalimat "Aku mencintai agamaku." Sebuah kecintaan yang terinfiltrasi (menyusup dengan kuat) ke dalam pembuluh darah.

Slogan perang Khandaq adalah "Ya manshur, amitta," (jelang kemenangan, bunuhlah). Engkau akan meraih kemenangan, untuk itu maju dan bunuhlah. Jika engkau mati, kematian bukan berarti kekalahan. Engkau meraih kemenangan, Allah-lah yang menjamin kehidupan atau kematianmu.

Agama anda, sekali lagi agama anda adalah darah daginganda. Mungkinlah akan seteguh ini anda membela agama!? Ketika manusia menggeluti hawa nafsunya, apakah anda akan tetap berpegang teguh pada agama anda?! Ketika manusia berucap, "Ah, tak ada gunanya (berpegang pada agama)," apakah anda tetap teguh!? Haruskah demikian? Mengapa? Ya, kerana Islam terlampau mahal (nilai dan harganya), sehingga anda harus mencintainya lebih dari segalanya.

Teguhlah berjuang demi agama anda! Katakan, "Aku akan tetap teguh berpegang pada agamaku, apa pun yang terjadi; aku akan tetap menggalang manusia; mengingatkan sahabat2ku terhadap agama. Tidak ada yang dapat menghalangiku; aku tidak peduli pada ancaman atau cibiran. Yang terpenting, aku mengajak kepada jalan yang terbaik sepertiyang diperintahkan oleh Allah swt dan dijalankan oleh Rasulullah saw.
moga menginspirasi semua pembaca sebagaimana ia menginspirasi daku.

Friday, November 20, 2009

kerja

assalamualaikum warahmatullah.dedicated to adik beradik semut sekalian, dan semua pejuang keadilan di bumi ini.

Wahai kalian yang rindu kemenangan
yakinlah
tiada kemenangan tanpa perjuangan
tiada perjuangan tanpa pengorbanan
tiada pengorbanan tanpa iman
tiada iman tanpa kerja nyata
bersegeralah
sambut seruan perjuangan
Allahu Akbar!

izis, kami pejuang keadilan.
yours truly,
semut askar.

Thursday, November 19, 2009

Ber'cinta'kah kita?


Bismillah...

ALLAH loves you. No doubt. The question to ask is ....

1. Do you love Allah?

2. How deep is your love?

Cintakah kita.....

Bila diajak 'berjumpa' kte ckp 'kejap lagi laaa,awal lagi nih'
Bila dajak 'bdating' kte bg alasan 'sy penat laa hari ni.....'
Bila dberi surat cinta kte 'ltak atas almari, dtempat khas laa kununnye, tapi jarang2 dbaca'
Bila diberi hadiah kte 'wat wat tatao je...'
Bila dminta brkorban kte 'eerrrr...... errrrr...... (x terkata)'

bercintakah kita?
bercintakah kita......

Destiny is a choice!

Destiny is not a matter of chance but of choice. Not something to wish for
but to attain

- William Jennings Bryan

Sunday, November 15, 2009

Kejutkan aku dari lena!

Kejutkan aku dari lena dengan selimut dan mimpi..

apakah patut aku hanya biarkan yang tidur itu terus tidur?

tak patut bukan.

tapi, diri sendiri juga harus sedar sepenuh sedar supaya yang tidur itu lama-kelamaan akan celik. kalau jahiliyah diri ini sama saja macam yang tidur, yang tidur akan terus tidur.

diri kena selalu renew hati. renew iman. renew niat. renew semangat. sebab? mereka-mereka ni bahan yang 'tak tahan lama'. cepat betul dia expired. tapi even dia boleh cepat expired, dia juga boleh sentiasa direnew.

nak renew, tak perlu pergi kaunter macam nak renew buku.

macamana nak renew?

pesan pada diri, pesan pada hati, tak nak diri jadi fitnah. jangan biar yang tidur terus tidur. kalau yang dah celik, jangan biar dia tertidur.

ACTIONS!

Friday, November 13, 2009

kesemakan di dalam dada

Salam..
Sejak dua menjak ni terasa sgt dgn ujian kelapangan yg Allah bagi pada saya. Masa sgt la terluang sampaikan kita xtaw nak wat apa dah, padahal keja sgt la berlambak sebenarnya. Alih2, Sedar2 mata dok tgk video kat Youtube.. 30 minit.. sejam.. 2jam.. berlarut2. T.T

Saya sgt la x suka bila dlm situasi kita wat benda as if dalam keadaan separa sedar. (Tahu buang masa, tapi wat jugak). Saya mahu jadi macam kakak semut besi. mmg besi betulla. dah la ujung minggu berdaurah, pastu malam2 ahad (esok nak keja lak) melayan kami adik2 semutnya lagi.

Saya masih igt lagi sewaktu kat tanah air dulu.. Planner saya sarat dgn program2, daurah2, dan usrah bersama adik. Penat, tapi cukup utk membuatkan saya terasa menyumbangkan sumthing pada deen ini. Tapi sekarang, saya jatuh. Dari tangga yg atas, ke tangga yg bawah. Nauzubillah jgn sampai jahiliah wahai saya.

Lidah jadi kelu utk mengungkapkan, "jomla kita dok dan beriman sejenak". Padahal.. seorg daei perlu membina. "x bergerak itu adalah satu kesalahan". Ada benda yg masih belum settle dalam hati ini, tapi saya xtahu amenda la benda tu. jahiliah kah? rasa mcm dah buang. Tapi still xdak peningkatan dalam diri..

Apa yg saya mahukan adalah segalanya Rabbani..

Wednesday, November 11, 2009

seorang

kerja kerengga malam tu habis lewat. em, macam itulah kalau yang tinggal hanya 2 orang. kerja mesti dihabiskan, kalau tak pekerja esok akan merungut marah sebab sampah tak buang , dishwasher tak bersih dan sebagainya. tepat 9.50pm, kad di'swipe':

Kerengga
Clock-Out
Successful

Kala itu, kerengga bawak balik 2 bekas berisi strawberi-celup-coklat. Berbaki dari majlis tadi. Ingatkan nak bagi satu pada seorang adik ni. Terus kaki melangkah ke rumah adik yang bertentang arah dengan jalan balik rumah kerengga. Malam-malam. Sorang-sorang. Tapi kerengga teguhkan hati, kerana Allah ada malam itu dengan kerengga.

'Hasbunallah wa ni'malwakil'
Cukuplah Allah yang menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik2 Pelindung


Waktu dalam dishroom tadi, kerengga dah susun strawberi2 tu cantik2. comel sangat. macam tgh pakai kot (coklat) dan tali leher je strawberi ni, guman kerengga sorang-sorang. tapi, satu bekas tu kerengga tak pandai nak susun. buruk2. but isinya sama. dan waktu nak bagi adik tu, kerengga ingat nak bagi yang buruk sikit. sebab yang cantik tu nak share dengan housemates. then kerengga ingat pernah baca dulu, hadiah terbaik untuk orang lain is yang paling kita sayang. fikir punya fikir, kerengga pun bagilah adik tu yang cantik punya. terus adik tu puji cantik sangat susunan strawberi2 tu. then baru dia puji jugak decorative dia.

fikir punya fikir, memanglah..membina ikatan hati, caranya sangatlah halus.

pengembaraan kerengga belum habis. lepas borak2, kerengga minta diri. dah lewat sangat nanti. peluk cium adik tu (ehem2) then kerengga berjalan pulang. nampak seorang tapi hakikat ramai menemani kerengga saat itu. tiba2, ding-dong. Ding-dong. loceng jam menara tunjuk pukul 1030pm. siap ada lagu ala2 ringtones kemudiannya. apa tujuannya ek? kerengga pun tak amik kisah. hebat lagi loceng Allah nanti.

tengah2 jalan tu, tiba-tiba angin bertiup. daun2 berpusar hadapan kerengga. pokok2 berlambaian. menyisip salam sejahtera pada kerengga. tersenyum sungguh dengan hadiah Allah. betul2 Dia nak kata, Kerengga bukan seorang ya. ini, banyaknya makhluk Kami menemani kerengga pulang.

dan, terus rasa safe gila kemudiannya. sampailah kerengga selamat sampai ke bilik.

pengembaraan kerengga begitu saja pengakhirannya. nanti kerengga cerita lagi. jaga diri!

Tuesday, November 10, 2009

oh kakakku

bismillah,

semut askar datang lagi. hehe. haritu askar bercerita panjang dengan adik-beradik semut, tentang bagaimana kakak masing-masing melayan kerenah kami. atau kata lainnya, DF. pada mulanya, askar ceritakan tentang kakak askar yang sabar bawa kami jalan-jalan, dan makan-makan.

tapi kata kerengga, itu yang general. apa yang spesificnya?maka askar pun berfikirlah. apa ya yang kakak askar buat dulu?

kemudian baru askar teringat, [macam mana boleh lupa ni?dush.ketuk kepala sendiri].

dulu, askar sangat-sangat tak mahu berjumpa dengan kakak askar. kerana keliru dengan usrah. tapi kakak tak pernah memaksa, kakak sabar, dan tak pernah sentuh soalan sensitif itu.

tahun berlalu. kini askar tinggal berjauhan dari kakak askar. tapi dia sering Y!M, sering hantar mesej di phone, malah dia pernah call juga. sering juga email dari kakak sampai pada inbox askar.

apa yang kakak askar tulis?tanpa putus asa, dia bertanya khabar. khabar iman, khabar fizikal, khabar akademik. tanpa jemu, dia akan bertanya perkembangan askar, sudah ada usrah belum. sudah initiate usrah atau belum. dengan lembut dan penuh hikmah, itu pasti. tapi askar tak banyak perkembangan. maka askar lebih suka mendiamkan diri. kadangkala, askar invisible pada dia[betapa jahatnye, huhuk!].

bila askar makin ada perkembangan, sudah ada usrah daratan dan online, baru askar akan berani menegur kakak askar. walaupun sebenarnya rindu di hati, siapa tahu. huhu. bila rindu, askar akan baca buku tarbiyyah dzatiyah pemberiannya sebagai hadiah perpisahan.

bulan berganti bulan[hehe ayat jiwang]. kakak askar makin sibuk dengan persiapan masa hadapannya. askar sangat gembira untuk kakak askar. sangat-sangat! yang buatkan askar terharu, dalam kesibukannya, kakak askar tetap meneruskan mesej, Y!M, email seperti biasa. sedangkan askar tahu, kakak askar sedang sibuk sangat2!

suatu ketika, askar terjatuh. askar sangat sedih. jahiliyyah di kiri kanan. askar tak tahu mahu beritahu siapa, selain Dia. kemudian askar adukan pada kakak askar. askar dapat prompt reply. dia terus bertindak, menyelamatkan jiwa askar dari terus merudum jatuh.

kenapa askar sangat terharu dengan usaha-usaha si kakak? kerana askar tahu, personalitinya sama macam askar. kami bukan jenis yang ramah bertanya khabar. kami lebih selesa mendiamkan diri. tapi dia boleh keluar dari kepompong selesa, maka kenapa askar tak boleh?

alhamdulillah, terima kasih Allah, pertemukan askar pada kakak askar. terimakasih Allah. uhibbukifillah hubban syadidan kakak!

- cerita bukan sebarang cerita. mari ambil pengajaran! =) -

Saturday, November 7, 2009

rutin

bismillah.

assalamualaikum kawan-kawan!nama saya askar. nama penuh saya, semut askar. askar tak pernah lagi tulis apa-apa dekat sini. tapi membaca entry anai-anai, askar rasa sangat terkesan!dan perlu jugak menulis.

sedalam mana pon kita gali,
sekuat mana pon kita kerja,
kalau kita tak menjaga hubungan kita dengan big boss kita,
bahaya akan menimpa kita!

askar nak share lirik satu lagu ni:
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan"
mentari hidup, haikal.

askar mahu jadi mcm semut askar!yang rajin bekerja, dan sangat gagah perkasa. walaupun physically, saiznya kecik je. semut askar mahu jadi kuat rohani.

kadangkala, di kala askar dilanda kesibukan bekerja, askar terfikir, apa niat aku bekerja ni? sekadar hobi masa lapang ke?atau out of kebiasaan?atau, nauzubillah, nak tunjuk pada serangga-serangga lain yang askar sedang bekerja ke? hanya nak impress makhluk lain?atau mengharap redhaNya semata?

askar harap, kita semua akan mendapat redha Dia. tapi perlulah kita perbaharui niat selalu, dan bukannya hanya bekerja kerana itu adalah rutin harian.

Friday, November 6, 2009

Something's Missing

Bismillah,

anai2 bersuara lagi.

sejak kebelakangan ni, anai2 rasa ade kehilangan sesuatu.
rasa macam serba tak kena.
rasa tak complete.

anai2 taktau apa sebabnya..
sampaikan "keluarga-atas-talian" yang anai2 bawak pon perasan..
and dapat rasakan kelainan..

anai2 taktau apa sebabnya..
anai2 cuba hilangkan perasaan tu dengan buat macam2 perkara..
utk elakkan anai2 berfikir lama sangat sampai tak membuah apa2..

rupa2nya kan -- bila anai2 musahabah..
refleksi diri..
anai2 tak menunaikan hak yang lebih tinggi lagi..
hak yang patutnya first and foremost ditunaikan..
macam mana kita nak dekatkan seseorang kepada seseorang kalau kita sendiri masih belum lagi rapat dengannya, bukan?
macam mana kita nak bagi mereka rasa ke-best-an itu kalau kita masih belum rasa ke-best-an tu?
cakap as if rasa, langsung tak sama dengan merasai sendiri..

dan anai2 betul2 rasa yang anai2 perlu jaga hubungan tu betul3..
sebab pernah anai2 menghayati satu analogi tentang istana yang rapuh..
istana yang megah, cantik menarik, menyebabkan orang tertarik --
takkan berdiri megah selamanya kalau "base"nya rapuh..
dan ke-rapuh-an tu terjadi bila kita tak menjaga hubungan dengan Sang Pencipta betul2
dan bila2 masa saja istana yang berdiri megah tu boleh terjatuh..
bahaya!

hmm..

adek-beradek anai, dengarlah!
sedalam mana pon kita gali,
sekuat mana pon kita kerja,
kalau kita tak menjaga hubungan kita dengan big boss kita,
bahaya akan menimpa kita!

astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah..
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim -- ampunkan dosa2 kami..


wallahu'alam.

sejuknya hati..

Bismillah..
Tatkala saya dan sahabat tgh duduk membincangkan ayat alquran dalam halaqah hari ini, tiba-tiba masuk lima pemuda yg kelihatan seperti dalam lingkungan 16 hingga 17 tahun. Mereka berjalan, tanpa sedecit bunyi, seorg menjadi imam, empat lagi di belakang. "Wal-Asr..." Lantun imam muda itu usai membacakan alfatihah.

Subjek perbincangan antara dengar dan tidak. Fokus sy terlari kepada lima pemuda yg tgh bersolat itu. Begitu gahnya mereka. Entah kenapa kelibat mereka merupakan satu pandangan yg sgt mengagumkan.

Mereka sgt muda. baya adik2 saya yg masih di bangku sekolah. Saya sgt2 takjub dgn pemandangan semacam ini sebab jrg sekali saya melihat anak2 muda mempunyai kefahaman yg melahirkan amal seperti ini.

Kalaulah semua pemuda islam berke'faham'an seperti anak2 muda ini.

Kalaulah semua pemuda islam tahu, sedar dan faham.

Kalaulah mereka sedar jatuh bangun dakwah ini adalah di tangan mereka.

Dan saya? satu pemuda islam..

janganlah dikurangkan tenaga yg sedia kurang.

Thursday, November 5, 2009

Antara cahaya-cahaya, kita cahaya yang mana satu?

bismillah.

kunang-kunang tetap bercahaya

cahaya hanya dapat dilihat bila gelap menyelubungi.


namun..

di sebalik cahaya, ada dua jenis cahaya

cahaya menjadi terang walau makin gelap dan malap di sekelilingnya.
cahaya hilang terangnya bila gelap makin bertambah kelam.

sama ada cahaya mampu terus bertahan untuk bersinar mengatasi gelap
atau
cahaya akan tewas diselubung dengan kegelapan

antara cahaya-cahaya, kita cahaya yang mana satu?

cahaya yang akan tetap bersinar walau diulit gelap gulita

atau

cahaya yang makin malap disimbahi gulita malam?

kita menentukan ..

Jom kongsi cahaya!

Wednesday, November 4, 2009

petanda

sakit itu pengubat hati.

ujian itu rindu.

terima kasih huruf besar ya Tuhan.. :)

**menulis bersama putaran muhasabah cinta**

Monday, November 2, 2009

"ini kisah semut kecil berapi"

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur alhamdulillah.Dapat menjejakkan kaki kecilku di tanah ini. Seketika aku terkedu. Gelap. Suram. Tiada kata mampu kuucapkan kecuali 'Ya Allah, aku mahu Kamu'. Seketika tadi aku berhujankan cahaya, namun sekarang, kemana cahaya itu menghilang? Oh! Aku lupa! Aku lupa! Aku bukan di lembah cahaya lagi. Aku di lembah ini. Lembah yang bakal diterangi cahaya. Lembah yang bakal dihiasi keindahan bertuhankan Allah Yang Satu. Kaki kecilku menggeletar. Ya Tuhan, sungguh gelap tempat ini. Nyalakan api di dlm rohku ya Allah. Aku mahu mereka merasai bahangnya. Sampai saatnya, alihkan matahari itu ke lembah ini ya Tuhan. Ameen.

Dear readers and semut-semut sekalian.
Moga berputik bunga-bunga ukhwah antara kita.
Mekarkan ia Ya Allah.
Moga tautan hati ini akan mewangi di taman firdausi.
Ameen.

Salam sayang dari semut api
=)

Sunday, November 1, 2009

si merah yg membara

Malam ni sejuk benar. Baru pukul 7 mlm, tapi dah kelam gelemat macam dah larut malam. smerah jalan sama2 ngan grupmate keja sihir lepas habis diskusi dgn diorg. masing2 dah sampai ke tempat yg dituju. tinggallah smerah kna jalan sorg2 ke port besa smerah. setiap ujung minggu smerah akan ke situ utk membersihkan rumah ni supaya maknusia2 boleh menggunanya dgn selesa. Bila smerah sampai, smerah rasa mcm xnak pulak nak wat keja bersih2 hari ni.

Suka ati smerah je kan.. marah puan kecik nanti. tapi xpe, dah bagi tahu pun. smerah nak duduk kejap bercakap dgn Tuan kat sini. Dah lama benar smerah x berteleku betul2 utk bercakap dgn Tuan. Lama smerah duduk dan menangis kat situ.

"Tuan.. smerah x kuat kalau Tuan xdak. slalulah bersama smerah ye. kalau smerah lupa Tuan, Tuan jgn lupa smerah ye.. "

Smerah sedih benar dgn diri smerah. dah janji dah nak suburkn Islam kat sini. tapi smerah slalu jatuh2. smerah nak kuat macam adik beradik smerah yg lain. smerah xnak tertinggal jauh daripada kafilah dakwah nih. smerah nak bersama mereka, nak menghijaukan bumi tanah percuma nih. smerah haraap sgt pada Tuan. Moga Tuan izinkan smerah ye.

lupa lak nak perkenalkan diri.. sori.. nama saya semutmerah. org panggil smerah. salam ta'aruf~

anai² bersuara !

bismillah,

kelip-kelip di sangka api
kalau api, mana puntungnya?

hilang ghaib di sangka mati
kalau mati, mana kuburnya?

ha. jangan di sangka anai2 ni kecil and comel and sekejap ade sekejap takde, bermakna anai2 tetiba lenyap!

anai2 masih bekerja walaupon tak menunjukkan diri di khalayak ramai ye :)

saje nak menyuarakan sesuatu di sarang ini.
inshaAllah bila anai2 ade idea anai2 start tulis yeh.

dipersilakan semut2 lain utk men-surface-kan diri juga~


*kembali meneruskan kerja senyap2*











anai2 bila dah di-zoom in micron level.
boleh di-lihat yg anai2 adalah hybrid baru yg berwarna hijau coz dilahirkan di alam cyber.

Saturday, October 31, 2009

the very first

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah.

sepatah dua kata dari moderator..(cukup dua patah kata.heh he.)

okay semutsemut sekalian.teruskan bertebaran dgn coretan coretan kalian.inshaAllah beri manfaat kpd diri sendiri serta penyinggah-penyinggah enjet-enjet semut yg lain.=)

futuhnya di sini

Assalamualaikum.

biar saya perkenalkan diri. Saya kerengga. haah. yang warna merah2 tu. kalau kena gigit memang terasa pedih dan sakit. yep, hari ini hari pertama kerengga di sini. kerengga dijemput masuk oleh segerombolan spesis semut untuk join sarang mereka yang sangatlah best. kerengga rasa mereka ni hebat sebab boleh bersatu hidup in harmony walaupun bukan dari keluarga yang sama.

nak dengar cerita kerengga?

suatu hari, kerengga jalan2. sejuk juga di sini. menyesal tak pakai sweater bila keluar dari rumah tadi. dan kerengga tersesat masuk ke lorong mana entah dan tiba2 tanah menjunam ke bawah. kerengga jatuh tergolek. dah bangun semula, kerengga pandang ke hadapan. eh, terasa masuk ke dunia yang lebih kecil, dunia yang baru. Bukan sahaja lebih gelap dan penuh lingkaran lorong2 tapi sangat2 mengelirukan. Kiranya kalau salah masuk maka sesatlah kerengga nanti.

Tapi seketika di akhir lorong, kerengga terjumpa gerombolan semut2 yang kerengga cerita kat atas tadi. semuanya sedang duduk di atas dipan2 yang indah. menjamu air2 dari piala yang bercahaya. kerengga terpaku. wah, nak join bole ?! semut2 itu terus menyambut kedatangan kerengga, memeluk kerengga erat dengan senyuman yang tak pernah lekang. sejak hari itu, kerengga tak mau keluar dari kelompok sarang ni. inilah rumah kerengga yang sebenar!

dan terima kasih Allah yang menunjukkan jalan yang kerengga ingat sesat pada mulanya sebagai jalan yang paling, paling benar.

ramai lagi keluarga kerengga akan datang menulis coret isi hati. dan mereka semuanya hebat2. dan kerengga mahu jadikan diri ni hebat macam mereka. bila dah mampu upgrade, nak jadi macam sahabat2 kerengga yang pernah hidup zaman Mekah Madinah dulu. Tak terkata hebatnya. entah berapa banyak sarang yang berjaya mereka buat di seluruh dunia. kerengga kagum dan beriman.

sebelum kerengga tutup cerita, kalau boleh nak kongsi satu ayat yang amat..amat menyentuh hati kerengga sejak dulu..

'Katakanlah, "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu imbalan pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan". '

[Asy-Syura:23]

sekian.